Bedah Kerana Resdung, Bukan Mahu Cantik

Menurut laporan Kosmo!, Ajai mengaku telah menjalani pembedahan menukar batang hidung tetapi bukan untuk tujuan kecantikan, sebaliknya ia dilakukan kerana masalah sinus yang dihadapi.

“Sebenarnya sudah berbelas tahun saya menghadapi masalah sinus dan ia semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Puncaknya, suatu hari apabila saya bangun daripada tidur saya dapati telinga sebelah kiri saya tidak boleh mendengar apa-apa.

Jadi, saya terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesyorkan untuk saya jalani pembedahan hidung supaya masalah yang sama tidak berulang.”

Akhbar Harian Metro pula melaporkan pelawak Shahrol Shiro juga terpaksa menjalani pembedahan akibat masalah yang sama. dia tidak menyangka masalah pening kepala dan berdenyut pada bahagian atas kening kirinya sejak seminggu lalu disebabkan oleh sinus.

“Sudah seminggu saya sakit kepala dan rasa berdenyut di bahagian kening kiri sangat mengganggu sampaikan tidur malam tidak lena. Berikutan tidak cukup rehan, saya jadi lesu. Ditambah lagi dengan jadual kerja yang padat, lagilah penat.

Saya jadi bimbang dan pergi buat pemeriksaan di hospital pada Ahad lalu. Rupa-rupanya saya disahkan menghidap sinus dan terus ditahan di wad untuk menjalani pembedahan.”

Apa itu Sinus?

Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka kita. Setiap individu mempunyai empat rongga yang dikenali dengan  nama maksila, frontal, etmoid dan sfenoid.

Masalah atau penyakit yang disebabkan rerongga ini disebut sebagai sinusitis.

Jangan Remehkan Penyakit Resdung

Sinusitis atau resdung memang popular di kalangan rakyat negara kita. Ternyata sinusitis ini tidak boleh dipandang remeh oleh kita dan membiarkan ianya terus merebak dan bersarang. Jika terus dibiarkan dan menjadi semakin serius, resdung bukan sahaja boleh merosakkan deria bau dan pendengaran, tetapi lebih teruk resdung boleh mengundang maut akibat komplikasi otak.

Sinusitis merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Kuman yang sering menjadi punca penyakit ini ialah Streptococcus dan Staphylococcus.

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan sinusitis.

Lazimnya, penghidap resdung akan berhadapan dengan keadaan seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, tak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala bagi yang sudah kronik pula, resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak.

Penyakit resdung sebenarnya dapat dirawat dengan rawatan ubat-ubatan seperti antibiotik atau antihistamin atau ubat analgesik bagi mengurangkan radangan. Selain mengurangkan radang dan alahan terhadap sesuatu ia juga berfungsi untuk membuka ostia (ruang) yang tersumbat.

Punca resdung kronik

Masalah yang mengganggu mukosa atau saliran sinus boleh menyebabkan sinusitis kronik. Ini termasuk:

  • jangkitan kuman dan alergi (alahan)
  • alahan kronik
  • pendedahan berterusan kepada asap rokok atau asap kenderaan
  • asma
  • sinusitis akut yang kembali menyerang

Tanda-tanda sinusitis kronik

  • sakit di bahagian muka dan tekanan
  • Sakit kepala
  • hidung tersumbat
  • hingus dan lendir yang berwarna hijau
  • kehilangan deria bau
  • demam
  • batuk
  • sakit tekak

Komplikasi Penyakit Resdung

Menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dato’ Dr. Abdullah Sani Mohamad berkata, sinusitis yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

* Kanak-kanak

Sinusitis di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

* Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.

Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Alternatif Mengurangkan Masalah Resdung tanpa Melakukan Pembedahan

Bawang putih @ Garlic Complex

Sifat anti-virus, anti-radang dan anti-bakteria yang kuat membantu untuk melegakan gejala resdung dalam tempoh singkat dan membantu untuk melawan jangkitan bakteria yang menyebabkan masalah resdung. Allicin dan scordinin mempunyai ciri-ciri anti-mikrob yang kuat yang membantu menyembuhkan jangkitan sinus.

Bawang putih juga mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu untuk memberikan kelegaan daripada bengkak dan kesakitan.

Elderberry @ Vivix

Elderberry terkenal meningkatkan sistem imun dan merawat jangkitan sistem pernafasan dan juga bakteria sinusitis. Ia bertindak sebagai anti-mikrob. Elderberry berkesan dalam merawat resdung. Ia kaya dengan antosianin dan flavonoid, yang dikenali bagus melawan jangkitan.

Vitamin C @ Sustaines Released Vita-C Plus

Vitamin C bertindak sebagai anti-radang dan antioksidan yang memberikan sokongan kepada sistem imun yang diperlukan untuk mengurangkan kesesakan sinus kronik dan lelehan hingus.

Daun Alfalfa @ Alfalfa Complex

Ia adalah satu anti-histamine semula jadi yang baik. Alfalfa akan mengurangkan dan mencegah gatal, bersin dan batuk yang datang dengan alahan.

Dan akhir sekali, perkara yang paling penting yang kita perlukan untuk menyembuhkan sinusitis ialah kesabaran. Penyembuhan badan mengambil masa yang agak lama. Penting untuk memberi badan kita masa yang diperlukan bagi membolehkan sistem imun kembali bekerja dengan efektif.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Jangan Remehkan Penyakit Resdung, Ia Boleh Menjejaskan Pendengaran!

7 thoughts on “Jangan Remehkan Penyakit Resdung, Ia Boleh Menjejaskan Pendengaran!

Comments are closed.