SUUNTO Ambit Multisport GPS Watch Jam Heart Rate Monitor

Home / Diari MommaVogue / SUUNTO Ambit Multisport GPS Watch Jam Heart Rate Monitor

SUUNTO Ambit Multisport GPS Watch

SUUNTO Ambit Multisport GPS Watch | Jam “Heart Rate Monitor” amat diperlukan untuk orang yang aktif bersukan bagi mengira heart rate semasa melakukan aktiviti sukan atau senaman.

Sebelum ni tak pernah dengar pun jam yang boleh kesan kadar jantung dan boleh kira kalori semasa kita bersenam.

Tapi bila suami MV agak aktif bersenam untuk menurunkan berat badan, dia sangat tertarik dengan jam tangan ini yang berkeupayaan untuk merekodkan segala denyutan jantung sewaktu bersenam dan jumlah kalori yang dibakar sewaktu bersenam.

SUUNTO Ambit Multisport GPS Watch

Inilah SUUNTO Ambit Multisport GPS Watch pilihan suami MV.

Ia jadi pilihan suami MV kerana ia tidaklah kelihatan seperti jam sports yang lain dan memang suami MV memakainya setiap hari.

Pertama kali mendengar jenama Suunto, sungguh MV tak pernah dengar. Kelakar pun ada bila suami beritahu nama jam ni.

Tentu anda pernah lihat atau terbaca ulasan mengenai jam tangan yang dinamakan Heart Rate Monitor. Jenama Polar, Suunto, Garmin, Timex, Sigma adalah antara jenama yang popular di Malaysia.

Kevin Zahri pun pakai jam HRM jenama Suunto ni juga tapi jenis Suunto Ambit RM2,249

SUUNTO Ambit Multisport GPS Watch

Apakah Kepentingan dan Kelebihan Menggunakan Jam “Heart Rate Monitor” ?

Heart Rate Monitor (HRM) adalah alat pengurusan kecergasan yang penting dan kunci bagi seseorang untuk mengejar pencapaian terbaik.

HRM membolehkan kita mengumpul sebanyak mungkin informasi mengenai keadaan jantung semasa latihan.

Setiap maklumat disimpan secara digital yang menjadi rujukan penting untuk analisis dalam program mengurangkan berat badan.

Jam ini juga dapat menyimpan data kita bersenam, jangka masa bersenam, tarikh, jumlah kalori, denyutan jantung maksima, minimum, average dan berapa lama kita berada dalam zon cardiprotective.

SUUNTO Ambit Multisport GPS Watch

Ini data yang disimpan semasa suami MV join HomeRun di Setia Alam 5 Disember yang lepas. Memang semua data ada dalam tu. Bagus kan?

SUUNTO Ambit Multisport GPS Watch ini bukan sahaja memberikan fungsi heart rate monitor tetapi juga ada built-in GPS yang membolehkan kita track kelajuan, jarak senaman.

SUUNTO Ambit Multisport GPS Watch juga adalah heart rate monitor high-end yang khusus lebih sesusai untuk outdoor trekking, mounting climbing dan lain-lain.

Pada pendapat MV, sangat berbaloi beli SUUNTO Ambit Multisport GPS Watch ini untuk yang serius bersenam dan buat workout. Tetapi, kalau setakat nak bersenam biasa-biasa saja better don’t buy. Nanti bazirkan duit saja tau.

Menariknya, ada keluaran terbaru Suunto Ambit3 Vertical Black – with HR – Multisport GPS Watch. Kalau berkenan boleh la tinjau kot-kot ada special diskaun kan. Boleh juga cuci mata kat facebook Suunto

Akhir kata, semua jenama jam tangan heart rate monitor ada kelebihan dan reputasi yang tersendiri. Buat pilihan berdasarkan objektif, citarasa dan budget kita yang unik.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

5 Comments

Comments are closed.