“Alamak apa bintik-bintik merah kat badan aku ni? Macam chicken pox je. Ahh sudah..”

Datangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang ‘salam’. Mula-mula hanya ada sebiji bintik merah di mana-mana bahagian badan. Kemudian ia merebak ke seluruh badan dengan cepat.

Jom, kenali jangkitan itu.

Apa itu Chicken Pox atau Cacar Air?

Demam campak atau cacar air adalah jangkitan biasa yang berlaku disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai virus varicella zoster.

Cacar air mudah berjangkit daripada seorang individu ke individu lain. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Seperti penyakit berjangkit yang lain, chicken pox boleh menjangkiti orang lain melalui sentuhan atau cecair daripada tubuh pesakit. Virus ini boleh merebak seawal 48 jam sebelum ruam mula timbul sehinggalah lepuh chicken pox tadi kering dan berkeruping.

7 Gejala Chicken Pox yang Tidak Boleh Diabaikan

Biasanya, gejala cacar air adalah kemunculan ruam merah, ruam gatal ke atas seluruh badan, bermula dari muka, kulit kepala, dada dan belakang. Tetapi sebelum ruam timbul, gejala ringan seperti selesema boleh timbul, termasuk:

  1. Demam dengan suhu 100.4 ° F atau lebih
  2. Sakit di bahagian otot atau sendi
  3. Sakit perut dan hilang selera makan
  4. sakit kepala ringan
  5. Ketidakselesaan, keletihan dan kelesuan
  6. Sakit tekak
  7. Gejala luar biasa seperti sakit dada dan sukar bernafas

Ringkasnya, ruam cacar air melalui tiga fasa yang berbeza:

  • Bintik (spot) 1-2 hari – dalam masa satu atau dua hari selepas gejala seperti selesema, ruam mula muncul.
  • Lepuh (blisters) 2 -3 hari – gelembung berisi cecair yang sangat gatal timbul di atas bintik. Ianya berlanjutan selama sehari atau lebih sebelum pecah.
  • Kerak dan keruping (scab and crust) 5 -10 hari- yang meliputi lepuh selepas ia pecah dan mengambil masa kira-kira kira-kira dua minggu untuk semua keruping hilang.

Cacar air biasanya ringan tetapi komplikasi yang serius seperti pneumonia bakteria mungkin berlaku sekiranya chicken pox menyerang orang dewasa.

credit : Medindia.net

Apa Nak Buat Bila Kena Chicken Pox atau Cacar Air?

Kalau anda tiada pengalaman dijangkiti chicken pox, sila baca tips ini sehingga habis untuk mengetahui apa yang patut dilakukan.

Do’s and Don’ts Jika terkena Jangkitan Chicken Pox

  1. Dapatkan vaksin mengikut jadual yang diberikan oleh pengamal perubatan. varicella vaccine boleh diberikan kepada kanak-kanak dan orang dewasa untuk mencegah bermulanya penyakit ini.
  2. Jangan menggaru ruam / lepuh. Ia boleh mengoyakkan kulit dan membiarkan kuman masuk dan menyebabkan jangkitan kulit yang teruk. Selain itu, nanah yang meleleh keluar dari ruam juga boleh menyebarkan jangkitan kepada orang lain.
  3. Rehat yang cukup adalah penting untuk pemulihan cepat.
  4. Menjauhkan diri dari orang lain kerana cacar air berjangkit.
  5. Dalam usaha untuk mengurangkan menggaru ruam / lepuh semasa tidur, pakaikan stoking di tangan pesakit pada waktu malam terutamanya jika ia adalah kanak-kanak.
  6. Pastikan kuku pesakit dipotong pada setiap masa.
  7. Mandi dengan rendaman air daun semambu yang boleh membantu untuk mengurangkan gatal-gatal dan jangkitan kulit.
  8. Mengekalkan kulit yang lembap pada setiap masa kerana kekeringan boleh memburukkan lagi gatal-gatal. Krim herba pelbagai guna boleh membantu dalam melembapkan kulit.
  9. Jangan lupa untuk membasmi sarung bantal, cadar, tilam, dan lain-lain, yang digunakan oleh pesakit. Ini adalah penting untuk mengelakkan penyebaran virus.
  10. Menggunakan kapsul Vitamin E dengan cara mengeluarkan cairan kapsul itu dan lumurkan pada parut untuk hilangkan parut campak.

Sebagai seorang muslim, doa adalah senjata ampuh paling mujarab apabila menghadapi musibah. Selain berusaha dengan rawatan moden dan tradisional, jangan lupa banyakkan berdoa memohon kepada Yang Maha Esa kerana dialah sebaik-baik Penyembuh.

“Kesan Demam Campak Hilang Tanpa Tinggalkan Parut yang Hodoh”

Jika anda ingin berikhtiar dengan suplemen Shaklee, paling minimun MV boleh sarankan Nutriferon, Vitamin C dan juga Herbal Blend Multipurpose Cream.

Jika ingin mencuba produk ini, sila klik disini.

Untuk butiran lanjut, boleh hubungi MV melalui whatsapp +60122050258

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Ini Yang Anda Perlu Tahu Jika Diserang Chicken Pox!

7 thoughts on “Ini Yang Anda Perlu Tahu Jika Diserang Chicken Pox!

Comments are closed.