Kesakitan pada bahagian perut boleh terjadi akibat pelbagai sebab. Selain perubahan fizikal pada bahagian abdomen yang menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan lain seperti sakit pada bahagian bawah pusat sebelah kanan perut mungkin petanda bahawa anda menghidap apendik.

Dalam istilah perubatan, apendik tidak memiliki fungsi tertentu seperti organ lain, jadi apabila apendik dibuang, ia tidak akan memberi kemudaratan kepada keadaan kesihatan individu tersebut.

Apa itu Appendicitis atau Radang Apendiks?

Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendicitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen)

Apendiks Mama Pecah akibat dari Radang Apendiks

Sebenarnya, sakit apendiks atau dipanggil radang apendiks ini memerlukan pembedahan segera dan tidak boleh ditangguh kerana ia melibatkan nyawa. Lebih teruk jika apendiks tersebut pecah dan bernanah di dalam abdomen sepertimana yang dialami oleh mama MV sendiri.

Patutlah mama mengadu sakit perut yang amat di bahagian kanan, tak boleh nak tidur langsung. Kebetulan masa tu abang bercuti di kampung. Dia lah yang bawa mama ke Hospital Daerah Yan. Bila dah buat x-ray semua, katanya takda masalah apa cuma sakit perut biasa.

radang-apendiks

Tapi, bila pulang ke rumah mama asyik mengadu sakit perut. Abang tak fikir panjang, terus je pecut kereta bawa ke Hospital Besar Alor Setar, Sultanah Bahiyah. Di sana terus ke bahagian kecemasan dan mama diambil ujian darah dan air kencing. Mama diletakkan di zon kuning.

Tengoklah wajah mama yang menaggung kesakitan yang amat. Masa ni sebelum masuk wad pembedahan. Sedih amat melihat mama waktu ini.

Mama terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang apendiks. Mama dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen. Selepas tu mama diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan di wad sehingga sihat. Seminggu juga mama ditahan dalam wad masa tu. Buat dialisis pun kat hospital juga.

“Mama Lebih Bebas Jalani Aktiviti Harian dengan RawatanDialisis CAPD”

Simptom-simptom apendicitis yang perlu diketahui:

  1. Tanda awal yang biasa berlaku ialah bila kita mula rasa sakit dari bahagian pusat dan kemudian melarat ke bahagian bawah abdomen/perut.
  2. Jika radang merebak ke tisu sekitar, rasa sakit bawah perut akan rasa lebih kuat dan mungkin semakin teruk.
  3. Loya dan muntah-muntah. Ramai yang sangka mungkin salah makan atau keracunan makanan. Maka, ubat tahan muntah dan loya menjadi pilihan ramai doktor. Ini pentingnya kita tahu gabungan gejala dan tanda sakit perut yang luar biasa.
  4. Hilang selera makan. Bila dah selalu muntah dan rasa loya, mana mungkin nak makan dengan berselerakan? Jadi, kalau kita sakit perut lebih dari 3 hari, selera makan pun hilang, eloklah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan rapi.
  5. Cirit-birit. Ini antara gejala awal berlaku radang appendik.
  6. Sembelit. Ada sesetengah pesakit appendik rasa susah nak buang air besar
  7. Sukar kentut. Ini antara tanda/gejala penting sakit perut atau radang appendik. Memang amat susah untuk buang angin bila seseorang tu appendiknya sudah bengkak. Jadi, jangan marah kalau insan tersayang anda kentut. Itu tandanya dia sihat!
  8. Bengkak pada abdomen/perut. Memang tak berapa nampak sebenarnya, tapi kalau betul-betul appendik kita bengkak (di dalam perut), memang akan boleh dilihat jika kita berbaring. Akan nampak sedikit bengkakan di sekitar bawah perut kanan. Biasanya kalau ditekan, memang terasa sakit dan tak selesa.
  9. Demam. Ini soalan nombor 1 yang doktor akan tanya. Jadi, kalau ada rasa badan panas sedikit (lebih 37 degree), pastikan kita maklumkan pada doktor.
  10. Kedudukan lutut. Bagi pesakit ini, bila ditarik kedua lutut ke arah dada, rasa sakit perut tu akan berkurang dan lebih selesa.

Bolehkah radang apendiks ini dicegah?

Tidak ada cara untuk mengelakkan radang apendiks ini. Walau bagaimanapun, radang apendiks ini kurang terjadi kepada individu yang makan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Mama jalani pembedahan tu bulan Disember, tapi disebabkan ada jangkitan kuman pada tempat yang dibedah tu, mama terpaksa masuk hospital lagi.

Tengoklah mama tu, walaup sakit sempat lagi melayan adik yang sibuk nak ambik gambar. Rupa-rupanya inilah kali terakhir mama masuk wad. Tanggal 29 April 2013, mama dijemput Illahi buat selama-lamanya.

Semoga mama tenang disamping-Nya.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Ingat Sakit Perut Biasa, Rupanya Apendiks Dah Pecah dan Disahkan Radang Apendiks

5 thoughts on “Ingat Sakit Perut Biasa, Rupanya Apendiks Dah Pecah dan Disahkan Radang Apendiks

Comments are closed.