Implanon Kaedah Perancang Kehamilan

By | June 2, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+8Share on Facebook7

Implanon Kaedah Perancang Kehamilan

Implanon Kaedah Perancang Kehamilan | Pastinya anda buntu memikirkan kaedah perancang keluarga selepas berpantang kan? MV pun sama, selepas bersalin anak kedua, macam-macam la doktor bagi nasihat pasal perancang keluarga ni. Doktor risau rahim tak sempat nak baik kalau mengandung dalam masa setahun selepas bersalin.

Sebabnya MV pernah operate bersalin anak sulung dulu.

Selepas MV habis berpantang 44 hari, terus MV pergi ke LPPKN dan pasang implanon dengan kos RM320. Itu pada tahun 2013 la. Now dah naik menjadi RM500 termasuk pemasangan.

Implanon Kaedah Perancang Kehamilan

Implanon Kaedah Perancang Kehamilan Paling Effektif 

Implanon Kaedah Perancang Kehamilan

Apa benda implanon ni? IMPLANON ialah kontraseptif hormon yang mengandungi 68 mcg etonogestrel dalam implan penghantar yang fleksibel untuk jangka panjang, iaitu tiga tahun. Ia sebesar batang mancis dan dipasang di bawah kulit lengan kiri (jika wanita itu menggunakan tangan kanan) atau sebaliknya jika wanita itu menggunakan tangan kiri.

Kebaikan Implanon

  • Anda terlindung dari kehamilan selama 3 tahun.
  • Pengguna tidak perlu melakukan apa-apa.
  • Implanon tidak mengganggu kehidupan seks anda.
  • Kesuburan anda kembali dengan cepat selepas Implanon dikeluarkan.
  • Cepat dan mudah untuk dipasang dan dikeluarkan.

Keburukan Implanon

Kemungkinan kecil, wanita yang menggunakan Implanon akan mengalami:

  • Waktu pendarahan yang berpanjangan dan yang tidak menentu
  • Amenorrhea (tidak datang haid) jika wanita itu memberi susu badan.

MV memang tidak datang haid langsung sepanjang breastfeeding anak selama 2 tahun 4 bulan ni. Lama kan? Sampai ada kalanya MV risau juga, normal ka macam ni..Then, bila berkongsi bersama kawan-kawan yang lain, ada juga yang mempunyai masalah yang sama. Ada pula yang pakai implanon, bleeding berpanjangan..Kiranya MV ni patut bersyukur la…

Implanon Kaedah Perancang Kehamilan

*Imej google* Macam ni la keadaan badan MV bila naik gegata tu

Cuma yang tak bestnya since pakai implanon ni MV terpaksa terima kesan naik gegata seluruh badan macam gambar kat atas tu. Setakat gatal biasa tak apa, tapi ini gatal yang memang tak boleh nak tahan sehingga wajib makan ubat tau!

Implanon Kaedah Perancang Kehamilan

*Imej google* Bila pergi klinik, ubat anti histamine ni la yang doktor bagi kat MV

Then, MV discuss dengan suami untuk remove. Pada 12/5/2015, MV pergi ke LPPKN kajang. Masa nak buang ni kena bayar RM100. Agak susah nak keluarkan sebab implanon tu dah melekat dengan isi. Jenuh juga doktor nak keluarkan. Lebih 5 minit la. Pot pet doktor tu duk membebel sambil nak tarik keluar. Rupanya itu lah penyebab MV dapat gatal-gatal seluruh badan..ini berdasarkan apa yang doktor informed la.. 😎

Implanon Kaedah Perancang Kehamilan

*Imej google* Macam ni la cara implanon tu dikeluarkan dari lengan MV.

Now, Alhamdulillah dah beransur kegatalan dan MV teruskan dengan mengambil Set Gegata Shaklee iaitu B-complex, Vitamin C dan Alfalfa Complex..

Ada satu news yang MV nak kongsikan bersama anda semua, iaitu MV dah datang period selepas 2 minggu remove implanon ni dengan konsisten makan DTX Complex. MV ceritakan next entry yea…

Implanon Kaedah Perancang Kehamilan

Anda pun menggunakan Implanon sebagai perancang kehamilan? Jom kongsikan pengalaman anda..

 

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi mommavogue@gmail.com atau SMS/WA/Telegram ke 0122050258 / 0123950258

Masukkan ID MV sebagai penaja : 882633 jika anda ingin mendaftar keahlian secara ekspres (Express Enrollment) "Join Now" di www.shaklee.com.my.

place-your-order

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee Bandar Baru Bangi. Cash On Delivery area Bandar Baru Bangi, Kajang, Semenyih dan Putrajaya.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Gdex/CityLink/Poslaju)

*DISCLAIMER

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

20 thoughts on “Implanon Kaedah Perancang Kehamilan

  1. BM

    Alhamdulillah kerana sudah beransur pulih. Semoga pengalaman ini dapat memberi pengetahuan buat mereka yang sedang mengalami masalah yg sama.

    p/s: Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda…anda amat2 dihargai
    BM recently posted…Walau Jauh… Kau Tetap Di Hati IniMy Profile

    Reply
  2. Nur Razali

    Menarik info kak nord tentang implanon ni, yg gatal2 tu mmg x trtanggung rasanyakan..nur pernah rasa mse pantangkan awisy, Alfalfa teman setia masa tu ☺☺ Alhamdulillah..
    Nur Razali recently posted…Ibu Hamil GemukMy Profile

    Reply
  3. Enaealieyna

    Alhamdulillah sy x pernah kena gatal mcmtu.. x pernah naik pon sepanjang pakai.. xuma perut je buncit skit sbb period x datang..

    Reply
  4. Fazaruah

    Kami pun ada pasang slps anak ke2. Period mmg xmenentu, pastu badan mmg cpt naiklah… mslh gatal2 tu xda buat ms skrg. Ni masuk tahun ke2 kami pasang. Psg sekejap je. Xtau cmna rupa klu dh bukak nanti

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.