Sebelum azan subuh pagi tadi, bumi telah memaksa sang awan menangis. Titisan mutiara terus menyirami bumi dengan nyanyiannya yang gemersik sehingga kini. Harmonisasi yang sangat merdu digegendang telinga.

Hujan rahmat di pagi jumaat

Dari Sahal bin Saad katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Ada dua macam doa yang tidak ditolak iaitu ketika azan dan ketika turun hujan.”

Dan Rasulullah S.A.W. juga bersabda “Pada hari Jumaat terdapat suatu saat, apabila bertepatan seorang Muslim dengan saat itu dan dia sedang solat (berdoa) meminta kebajikan kepada Allah nescaya Allah akan memperkenankannya.” [Riwayat Bukhari & Muslim]

Alhamdulillah rahmat buat seluruh alam. Rahmat buat orang-orang yang sentiasa mengingati pencipta-Nya, yang tahu memanfaatkan waktu-waktu seperti ini.

Hari Jumaat dikala waktu hujan, merupakan antara waktu-waktu mustajab berdoa. Alhamdulillah, kedua-dua waktu tersebut digabungkan pada pagi mulia ini.

Rasulullah S.A.W. mengajar kita untuk membaca doa yang sunat dibaca ketika hujan turun iaitu:

Hujan rahmat di pagi jumaat

Dari Ummul Mukminin, ’Aisyah radhiyallahu ’anha,

إِنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً
“Nabi s.a.w ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan, ”Allahumma shoyyiban nafi’an” [Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat]”. (HR. Bukhari)

Semoga Dia mempermudahkan segala urusan MV dan juga anda semua hari ini.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

HUJAN RAHMAT DI PAGI JUMAAT

5 thoughts on “HUJAN RAHMAT DI PAGI JUMAAT

Comments are closed.