Terapi Jalan Dapat Hindarkan 6 Jenis Penyakit Kronik

Terapi Jalan Dapat Hindarkan 6 Jenis Penyakit Kronik | Tahu tak amalan berjalan kaki selama 30 minit tanpa henti sebanyak 3 kali seminggu dapat membantu menghindari penyakit kronik?

Banyak fakta kesihatan tentang terapi jalan ditemui oleh pakar kesihatan. Antaranya pakar kesihatan seuruh dunia menyatakan bahawa berjalan cepat selama satu jam mampu membakar 300 kalori pada setiap sesi aktiviti. Ada juga fakta menjelaskan terapi jalan ini baik untuk kesihatan paru-paru, saluran darah dan mengurangkan risiko serangan jantung termasuk untuk golongan perokok.

Malah pakar perubatan dan kesihatan turut menjelaskan aktiviti berjalan yang dilakukan secara konsisten ini mampu  memulihkan dan memperbaiki sistem tubuh manusia.

Terapi Jalan Dapat Hindarkan 6 Jenis Penyakit Kronik Rakyat Malaysia

Terapi Jalan Dapat Hindarkan 6 Jenis Penyakit Kronik

  1. Strok ~ Kajian yang dilakukan oleh Harvard School of Public Health terhadap 70,000 responden yang mengamalkan aktiviti berjalan kaki selama 20 jam seminggu didapati kurang berisiko untuk mendapat serangan strok.
  2. Jantung ~ Terapi jalan membantu fungsi otot jantung mengepam darah untuk keperluan ke seluruh tubuh selain memastikan peredaran darah berjalan dengan sempurna. Selain itu, terapi jalan juga  berupaya untuk meningkatkan kolesterol HDL yang bertindak sebagai span penyerap kolesterol LDL yang secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko terkena serangan jantung sehingga 50%. Bahaya plak kolesterol di dalam arteri menyebabkan strok dan serangan jantung.
  3. Osteoporosis ~ Terapi jalan bukan hanya membantu menjaga fungsi urat saraf, otot tubuh dan sistem peredaran darah didalam tubuh tetapi juga mengurangkan risiko kerapuhan tulang akibat kekurangan kalsium di dalam tubuh.
  4. Kencing Manis ~Laporan penelitian Natinal Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Disease menyatakan risiko terkena penyakit diabetes jenis 2 dapat dikurangkan dengan melakukan terapi jalan sejauh 6 kilometer sejam dalam tempoh 50 minit. Amalan secara rutin akan mengurangkan pergantungan penderita diabetes kepada ubat. SO, kita boleh kawal diabetes tanpa suntikan insulin.
  5. Kanser ~ Terapi jalan sangat istimewa kerana ia membantu mengurangkan kemunculan sel kanser terutamanya kanser usus besar. Risiko sel kanser dapat dikurangkan kerana sewaktu melakukan aktiviti berjalan kaki, tubuh akan turut bergerak dan melancarkan peristaltik usus sehingga dapat melawaskan pembuangan air besar yang tertahan didalam usus individu.
  6. Obesiti ~ Tompokan lemak di bawah kulit akan terbakar dengan cepat ketika berjalan kaki selama sejam secara rutin di bawah sinaran matahari. Apabila lemak terbakar maka ia dapat menurunkan berat badan dan menjadikanna lebih stabil. Kajian juga membuktikan bahawa berjalan laju dapat membakar sehingga lima kalori dalam masa seminit. Obesiti dan diabetes adalah penyakit utama rakyat Malaysia.

credit : CDC, NIH

Tips membuat aktiviti Terapi Jalan untuk mencapai 10,000 langkah secara berkesan

Terapi Jalan Dapat Hindarkan 6 Jenis Penyakit Kronik

Anda boleh memulakan terapi jalan secara perlahan-lahan dengan melakukan aktiviti berjalan setempat. Terapi berjalan yang dimulakan dengan berjalan setempat membantu meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan.

Selepas dah biasa, baru mula dengan berjalan perlahan-lahan. Mulakan dalam tempoh 20 minit sehari selama 5 hari dan tambah mada berjalan sebanyak 10 minit pada setiap minggu hingga anda mampu melakukan aktivit berjalan kaki selama 1 jam sehari.

Terapi berjalan perlu dilakukan selama setengah jam dalam seminggu bagi memastikan keadaan kesihatan berada di tahap yang memuaskan. Anda boleh dapatkan pedometer sebagai alat untuk mengukur berapa langkah yang sudah anda lakukan setiap kali melakukan terapi jalan ini.

Pastikan juga kasut yang digunakan bersesuaian dan selesa serta menyerap peluh.

Jadikan aktiviti ini sebagai satu rutin harian, berdisiplin, komitmen dan berusaha untuk melakukannya secara konsisten.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Terapi Jalan Dapat Hindarkan 6 Jenis Penyakit Kronik

17 thoughts on “Terapi Jalan Dapat Hindarkan 6 Jenis Penyakit Kronik

Comments are closed.