Hilangkan Demam dan Selsema TANPA Ubat | Dulu masa MV tak mengenali Shaklee kalau demam dan selsema pasti mencari paracetamol seperti panadol actifastpanadol soluble ataupun Vitamin C soluble kat farmasi.

Paracetamol ni sebenarnya mengurangkan penghasilan tentera-tentera baik dalam badan kita. Kalau tentera pun tiada maka tiada la peperangan kan?

Sebab tu badan kita bila makan paracetamol cepat lega demam. Padahal apa yang terjadi, kalau kuman tu jenis virus biasa saja dia akan singgah berehat di mana-mana nod limfa. Kalau yang jenis ganas, dia akan menyerang organ dalaman kita. Maka, jadilah pneumonia, bronkitis, meningitis dan asma.

Petua hilangkan demam dan selsema TANPA ubat dengan cepat

Kalau anak-anak dan MV demam, kami memang amalkan minum air kosong ni dalam 1-3 liter sehari. Ini bertujuan untuk membersihkan sistem tubuh badan dari kuman. Selain tu, ia juga berfungsi untuk mengelakkan dehidrasi akibat pengeluaran hingus dan kahak yang berlebihan.

Bila dah ada demam ni, batuk dan selsema tu bonus la kan. So, MV suka buat minuman teh halia madu dengan hirisan lemon ke dalamnya untuk memberi kelegaan pada batuk dan sakit tekak.

Anak-anak pula memang digalakkan makan Chewable Vita-C dan juga OmegaGuard.

  • Antibiotik semulajadi Bawang putih

Hilangkan Demam dan Selsema TANPA Ubat

Kalau dah ada batuk tu mesti akan berkahak kan? Anak MV yang kedua ni memang risau sikit kalau dia demam. Jadi MV selalu lah sediakan minyak bawang putih untuk urut dia setiap malam supaya senang dia nak bernafas.

Tidur malam tu, mesti sapu minyak kat tapak kaki dan pakaikan stokin untuk dia.

Style MV pula, memang ambil 2 biji Garlic Complex untuk hilangkan kahak semasa demam dengan cepat. Kalau nak makan mentah memang tak tertelan la sebab bau bawang putih ni sangat kuat.

  • Air asam jawa

MV memang ada stok asam jawa yang banyak kat rumah ni. Selain masakan, inilah gunanya untuk menghilangkan demam dengan cepat. Air asam jawa ni MV gunakan untuk lumur kepala dan badan anak-anak. Sifatnya yang menyejukkan tu membantu menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat.

  • Air Kelapa Muda

Air ni favourite la kalau family MV demam. Selain menyejukkan badan, air kelapa ni pun sebenarnya antibiotik semulajadi untuk melawan virus demam dalam badan kita tu.

Tambahkan Immune Booster Shaklee untuk hilangkan demam dan selsema tanpa ubat dengan cepat

Sejak mengenali Shaklee selama 5 tahun ni, MV dan suami mengamalkan Garlic, Vitamin C dan Zinc untuk meningkatkan sistem imun badan. Anak-anak pula Chewable Vita-C dan OmegaGuard memang menjadi suplemen kegemaran mereka berdua .

“Sistem Imun Anak Lebih Kebal TANPA Ubat”

Dan, kalau demam kami up kan dos dari biasa. Bukan tak percayakan ubat tetapi kalau boleh berikhtiar dengan cara yang semulajadi pastinya itu pilihan utama kami. Sekurang-kurangnya kalau demam, badan kami tak la seteruk seperti orang yang tak ambil vitamin langsung.

Bulan ni pula, mungkin secara kebetulan kita masih lagi dalam cuaca panas yang terik dan pastinya ramai yang kurang sihat kan?

Hilangkan Demam dan Selsema TANPA Ubat

So, MV dengan rasa suka hati mengumumkan promosi BUY 6 at 7 dan juga BUY 2, 5% LESS untuk pembelian Vita-C Plus dan OmegaGuard ni.

Hilangkan Demam dan Selsema TANPA Ubat

Kita boleh jadikan sebagai First Aid kit di rumah sekiranya keluarga kita demam dan selsema ni sebelum dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar kesihatan.

Jom dapatkan HARI INI juga untuk kesihatan diri dan keluarga kita!

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Cara Mudah Hilangkan Demam dan Selsema TANPA Ubat

13 thoughts on “Cara Mudah Hilangkan Demam dan Selsema TANPA Ubat

Comments are closed.