Bila bicara tentang pembersihan buah pinggang, ramai yang menggambarkan seperti mencuci kereta, atau seperti mencuci pakaian menggunakan mesin basuh. Malangnya, pembersihan buah pinggang tidak begitu mudah.

Pembersihan buah pinggang

Buah pinggang adalah organ yang sangat halus yang menapis darah – 24/7 – sepanjang hayat.

Perkara penting untuk pembersihan buah pinggang yang mesti diamalkan ialah minum air dengan jumlah yang mencukupi (8 cawan atau 2 L air) setiap hari untuk menyingkirkan bahan buangan dan meningkatkan peredaran darah ke organ.

Sebaiknya amalkan diet rendah protein terutama protein haiwan dalam apa jua bentuk termasuk susu, produk tenusu, telur, ayam, ikan dan makanan laut. Pemilihan makanan jeni ini yang kaya dengan fosforus akan menggalakkan pemendapan kalsium.

Elakkan juga pengambilan rhubarb, coklat dan semua produk yang mengandungi kafein. Jenis makanan ini akan meningkatkan kalsium oxalate atau asid urik didalam buah pinggang dan membentuk batu karang.

Sebaiknya amalkan makan buah cranberry, buah delima dan jus blueberry yang mengoptimakan fungsi dan kesihatan buah pinggang.

Diet yang sihat, senaman yang teratur dan sentiasa terhidrat adalah penting untuk menyokong kesihatan buah pinggang.

Tanda-tanda perlukan pembersihan buah pinggang

  1. Batu karang
  2. Edema
  3. Jangkitan pundi kencing atau recurrent bladder
  4. kerap mengambil preskripsi ubat tahan sakit terutamanya acetaminophen
  5. Diabetes jenis 2
  6. Terlampau letih
  7. Berat badan naik dengan mendadak
  8. Ekzema, jerawat, kulit ruam

Bagaimana untuk Membersihkan Buah Pinggang?

Buah pinggang boleh membersih sendiri jika cecair yang diambil adalah cukup daripada makanan harian seperti buah-buahan, sayur-sayuran serta cecair lain.

Pembersihan buah pinggang : Herba untuk cuci buah pinggang serendah RM1

Buah pinggang organ badan yang mempunyai tanggungjawab besar. Banyak bahan dan toksin yang tersaring kat dalam buah pinggang. Maklum lah, tugas buah pinggang adalah menapis darah dengan membuang garam dan racun yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita. Oleh yang demikian, pembersihan buah pinggang perlu untuk meningkatkan fungsinya.

Terdapat pelbagai alternatif yang boleh dilakukan bagi mencuci  buah pinggang ni. Antara herba yang disyorkan boleh membantu membersihkan buah pinggang ialah:

#1. Akar Dandelion

Akar dandelion

Daun dan akar dandelion sebenarnya kaya dengan serat. Akar Dandelion adalah diuretik dan menggalakkan proses penyingkiran sisa. Oleh kerana sifatnya yang diuretik, ia membantu membersihkan kedua-dua buah pinggang dan hati. Selain itu, dandelion mengurangkan water retention dan melegakan kerengsaan dalam sistem kencing.

Untuk membersihkan buah pinggang, amalkan minum 2 cawan teh dandelion dua kali sehari untuk beberapa minggu. Untuk membuat teh dandelion ini, anda hanya perlu:

  • Rebus 2 sudu teh akar dandelion kering dalam 1 cawan air selama 5 minit.
  • Matikan api, tutup dan biarkan selama kira-kira 10 minit.
  • Tambah sedikit madu

#2. Halia

Halia adalah antioksidan yang kuat dan anti-radang yang membantu untuk menyingkirkan toksin dengan berkesan melalui buah pinggang serta meningkatkan penghadaman. Ia bertindak sebagai pembersih darah. Herba ini juga bermanfaat untuk pembersihan hati.

Salah satu cara terbaik untuk menikmati manfaat pembersihan halia adalah mengamalkan minum teh halia. Untuk membuat teh halia, hanya perlu:

  • Reneh 2 sudu teh halia segar parut dalam 2 cawan air selama 10 minit.
  • Masukkan madu dan jus lemon.

Minum 2-3 kali sehari. Juga, masukkan halia mentah atau kering ke dalam masakan harian anda untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

#3. Kunyit

kunyit

Kunyit pula kaya dengan ciri-ciri antiseptik dan digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Ia membersihkan buah pinggang, menyahtoksin hati dan membersihkan darah. Selain itu, ia mengandungi ciri-ciri anti-radang yang boleh membantu mencegah dan merawat radang buah pinggang dan jangkitan.

  • Campurkan 1 sudu teh jus kunyit mentah, ½ atau 1 sudu teh jus lemon, secubit cili merah dan sedikit madu dalam secawan air suam. Minum sekali sehari untuk beberapa minggu.
  • Satu lagi pilihan adalah untuk menambah ½ sudu teh setiap serbuk kunyit dan serbuk halia kering ke dalam 2 cawan air mendidih. Reneh selama 10 minit, kemudian tapis. Tambah ½ jus lemon dan 1 sudu besar sirap maple. Minum sekali sehari untuk beberapa minggu.
  • Boleh juga amalkan kunyit mentah sebagai ulam.

#4. Daun sup

Daun pasli

Daun sup adalah herba terbaik yang membantu buah pinggang untuk flush semua toksin dan juga bermanfaat untuk merawat batu karang dan jangkitan saluran kencing.

Anda boleh jadikan daun sup ini sebagai salad.

Amalkan minum satu gelas sehari dan anda akan mendapati perbezaan ketara kerana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang melalui air kencing.

Makanan yang membantu dalam mengekalkan tahap kalium yang sihat adalah sangat baik untuk buah pinggang.

Jangan tunggu sehingga anda telah terkena jangkitan buah pinggang yang tidak terperi sakitnya. Mulakan sekarang untuk mendapat manfaat dengan menggunakan herba semulajadi ini secara kerap sebagai tonik buah pinggang sebagai pencegahan.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Herba untuk Cuci Buah Pinggang Serendah RM1

3 thoughts on “Herba untuk Cuci Buah Pinggang Serendah RM1

Comments are closed.