Pilihan Green Smoothies untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi

By | April 1, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+2Share on Facebook11

Green Smoothies untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi | Oh! Hari baru bulan baru ni cuaca sungguh terik walau pun jam baru menunjukkan pukul 9.00 pagi! Nampaknya sinaran cahaya matahari menerangi seluruh Bangi ni dengan teriknya. Syukur ada juga matahari kan  🙄

Siapa yang suka smoothie? Mesti ramai kan yang suka smoothie, macam MV kalau ke Alamanda, Putrajaya memang suka ke kafe BOOST, MV dan suami berkongsi minum weekend warrior protein smoothies (banana, blueberries, oat, low fat milk, vanilla yogurt, chia seeds and protein booster) , manakala anak-anak suka local favourite juices campuran watermelon dan lychee. Rasanya yang fresh TANPA gula sangat melazatkan.

Smoothies ni sebenarnya boleh dijadikan ‘meal replacement’ yang berkhasiat dan mudah. Mudah sahaja nak buat smoothies ni. Hanya sediakan buah-buahan atau sayuran yang kita nak then blend ja. Kita juga boleh tambah serbuk protein ke dalam smoothie sebagai energy booster.

Sangat elok untuk diet kerana apabila kita diet, kita perlu dapatkan bekalan protein yang secukupnya. Bukan terus tak makan tau.

Smoothies yang sihat juga sebenarnya boleh membantu mengimbangi tahap tekanan darah kita.

Menurut Harvard School of Public Health, kita perlu berusaha untuk mengambil sekurang-kurangnya sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari, tetapi tentu sukar bagi sesetengah orang yang tak suka nak makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk ikut cadangan tu. So, paling senang dan melazatkan buatla smoothies  😉

Menyediakan smoothie yang sihat dengan menggabungkan semua makanan yang baik pastinya memenuhi citarasa kita juga.

Kalau ada dikalangan ahli keluarga kita yang mengalami masalah hypertension ni, kita digalakkan untuk makan makanan TERBUKTI secara santifik untuk turunkan tekanan darah yang kaya dengan potassium, nitrate dan vitamin C kerana ianya boleh membantu melawan kesan natrium pada tekanan darah.

Makanan ini juga boleh membantu mengurangkan risiko kegagalan buah pinggang dan kehilangan mineral tulang dalam badan kita.

Campuran makanan yang kaya dengan antosianin bersama-sama dengan makanan yang kaya dengan nitrat, kalium, dan probiotik adalah smoothie yang sesuai untuk menurunkan tekanan darah kita.

Kebanyakan sayur-sayuran mengandungi pelbagai mikronutrien – vitamin dan mineral, serta sebatian bermanfaat lain. Banyak sayur-sayuran menyediakan sumber yang kaya dengan vitamin C, sejenis nutrien yang membantu mengekalkan tisu penghubung, serta vitamin B penting untuk metabolisme kita.

7 Jenis Green Smoothies untuk tekanan darah tinggi yang boleh diamalkan setiap hari

Selalu kalau minum smoothie, kita letak buah-buahan dan sayuran je kan, tapi kali ini MV nak berkongsi resipi Green Smoothies untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi berserta protein terbaik Shaklee iaitu Cinch® Shake Mix, ESP – Soy Protein Isolate Powder dan Meal Shakes untuk kita amalkan.

“Cinch Shake TERBUKTI Rendah Indeks Glisemik”

Senang je resipinya dan siapa yang ada Shake n Take tu lagi senang, blend semua bahan-bahan, siap dan boleh terus minum!

Strawberry Lemonade Shake:

Green Smoothies untuk tekanan darah tinggi

Mangosteen Energizer:

Green Smoothies untuk tekanan darah tinggi

Vitamin C Booster Smoothie:

Green Smoothies untuk tekanan darah tinggi

Kale Booster Smoothie:

Green Smoothies untuk tekanan darah tinggi

Cinch Strawberry kiwi Smoothies:

Green Smoothies untuk tekanan darah tinggi

Strawberry Banana Shake:

Green Smoothies untuk tekanan darah tinggi

Meal Shakes Chocolate Banana Smoothie:

Green Smoothies untuk mengawal tekanan darah tinggi

Buah-buahan berry seperti blueberry dan strawberry kaya dengan antocyanin serta membantu menyingkirkan natrium dan air yang berlebihan dari badan. Pisang kaya dengan kalium dan nutrien penting yang lain membantu dalam menurunkan darah tahap tekanan. Buah kiwi kaya dengaan vitamin C pula membantu dalam memerangi radikal bebas.

Kale dipenuhi dengan serat dan sulfur yang membantu hati kita sihat dan berfungsi dengan lancar.

Kalau smoothies ini ditambah dengan yogurt, susu (fresh milk, full cream milk atau skim milk) dan badam pasti melazatkan lagi campuran smoothies kita. Dan, untuk rasa lebih kenyang taburkan la flaxseeds atau chia seeds.

Untuk hasil yang terbaik, boleh amalkan minum smoothie ni setiap hari sewaktu sarapan atau snek petang.

Diet hanyalah satu permulaan …

Sudah tentu terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi tekanan darah tinggi.

Ini termasuk aktiviti fizikal, tidur yang cukup, pendedahan cahaya matahari, meditasi dan cara kita mengawal stress.

Namun, paling penting What goes into your mouth pastinya faktor yang sangat mempengaruhi tekanan darah kita.

Terdapat begitu banyak makanan semulajadi yang boleh membantu mengawal tekanan darah kita terutamanya jika kita nak mengelakkan pengambilan ubat-ubatan farmaseutikal untuk tempoh jangka masa panjang.

esell-shaklee-logo-500x351

32 thoughts on “Pilihan Green Smoothies untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi

  1. Ikhwan

    nenek saya baru sahaja meninggal dunia, akibat tekanan darah tinggi 🙁

Comments are closed.