Hari ni genap selepas 4 tahun pemergian mama ke sisi penciptaNya.

Sesungguhnya tidak ada sesiapa pun yang sanggup menghadapi kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya.

Apatah lagi, jika insan yang pergi itu merupakan ahli keluarga sendiri. Tak dapat nak digambarkan betapa sakit dan peritnya perasaan sedih yang terpaksa ditanggung.

Namun realitinya semua orang akan merasai kehilangan kerana setiap yang bernyawa itu pasti kembali kepada Penciptanya jua.

Tidak terkecuali, aku yang terpaksa menerima hakikat teramat rindu setelah 4 tahun pemergian mama tersayang akibat kegagalan bauh pinggang.

Siapa yang dapat mengganti seorang ibu yang pengasih dan penyayang?

Pemergian mama memang satu kehilangan besar dalm hidupku. Aku merasa sebahagian daripada perahu hidupku telah terbenam dalam laut kehidupan yang maha dalam, tidak berdasar dan maha luas tidak bertepi.

Aku merasa hidup terkatung-katung, tanpa tempat berjemak-kira, mengadu nasib diuntung badan, menyampaikan rasa senang dan gembira, semuanya telah putus.

Hanya juraian pokok melur menjulur yang sedia menemani mama dan memberi teduhan kasih untuk masa yang agak lama, walau pun kiranya matahari telah terbit memancarkan cahayanya.

Aku diam menyepi, melayan perasaan dan fikiranku, mengenangkan mama yang telah besemadi di situ selama empat (4) tahun. Pergi yang tak akan kembali lagi, menuju kepada rahmat Allah.

Semua orang akan diuji tuhan, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari. Namun bila sampainya hari tuhan ambil dia semula. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang.

Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu.

ALFATIHAH UNTUK MAMAKU TERCINTA “Hjh UmmulKhir Binti Hj Othman”

Semoga mama tenang bersemadi di sampingNya.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Genap 4 Tahun Selepas Pemergian Mama Tersayang

2 thoughts on “Genap 4 Tahun Selepas Pemergian Mama Tersayang

Comments are closed.