Malu Bertemu Teman Sekuliah Gara-gara Muka Berjerawat dan Berparut Hitam

By | February 1, 2017
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+3Share on Facebook0

20 Disember 2016

“Kak, saya ni ada masalah resdung. Muka saya pun teruk sangat sampai malu nak jumpa kengkawan kalau ke kelas”

“Eh eh, kalau setakat resdung je kenapa pulak nak malu, bukan orang tau pun. Ke muka naik jerawat bernanah sampai bengkak muka?” Sengaja soalan tu aku ajukan, mana tahu mengena umpan aku.

“Aah la kak. Muka saya ni dah lah berjerawat merah bernanah tu pastu siap berparut sana sini, berbekas hitam parutnya. Cukup pakej kak”

Ohmaigod, gerabak kenangan kembali menerjah mindaku. Sama seperti masalah yang aku alami dulu.

Jadi tanpa segan silu, aku nasihatkan adik manis ni supaya follow #tips yang aku amalkan :

  1. Hindari daripada memelihara haiwan berbulu.
  2. Elakkan guna sarung bantal, cadar dan selimut yang berasaskan bulu binatang.
  3. Pakai penutup hidung semasa berkemas rumah.
  4. Minum air dalam kuantiti banyak sama ada air suam atau mineral.
  5. Lap muka dengan tuala basah dan air suam dengan kerap.
  6. Hindarkan dari makanan laut seperti udang, kerang dan sotong.

At last, dia mohon aku cadangkan suplemen yang sesuai dengan bajet yang dia ada. Almaklumlah seorang pelajar pun perlukan suplemen juga selain dari beli buku kan.

Aku cadangkan sustained released vita-c plus dan Garlic complex. Selain untuk masalah resdung, gabungan vitamin ni sangat elok untuk kecantikan kulit wajah juga.

Garlic complex ni best sebabnya ia gabungan bawang putih dan rosemary. Bawang putih penyembuh semulajadi jerawat kerna sifat anti radang dan anti septiknya yang menjadi musuh jerawat.

Herba ni mempunyai sifat antibiotik yang kuat, yang boleh membantu untuk merawat keadaan jerawat dan kulit berminyak. Tak risau lagi akan bintik-bintik hitam sebab ia membantu mencerahkan kesannya serta parut pada kulit.

Vitamin C ramai yang dah tahu keberkesanannya pada kesihatan dan juga kecantikan kulit. Jadi, aku cuma terangkan mengapa vitamin C sesuai untuk melawan jangkitan resdungnya.

Vitamin C bertindak sebagai antihistamin dan ianya mengurangkan rasa tidak selesa yang mengiringi gejala resdung dengan ‘blocked’ sel penerimaan histamin. Jadi, kurang lah rasa gatal gatal nak menggaru hidung tu.

Ia juga membantu dalam pengeluaran sel-sel darah putih yang akan menguatkan sistem imun.

Sifat antioksidan dalam vitamin c yang kuat tu membantu menyingkir keluar serangan radikal bebas dan patogen yang cenderung untuk melemahkan sel-sel. Ia juga mengembalikan konsistensi air hidung kembali semula kepada keadaan biasa.

Bila adik manis ni dah faham penerangan secara terperinci, dia dengan pantasnya tanya berapa harga dan nombor akaun untuk masukkan duit. Wahhh, teruja betul agaknya nak mencuba. Aku pun tumpang seronok bila customer faham dan setuju dengan cadangan aku.

12 Januari 2017

Aku contact kembali adik manis ni. Sengaja nak buat ‘after sales service’. Itu pentingnya berniaga. Bukan setakat tahu menjual tapi tak reti nak ambil tahu masalah pelanggan. Mudah-mudahan dia ulangkali beli dengan aku. Amin.

Memula dia cakap muka dia naik bengkak kemerahan. Dah macam kena sengat lebah. Dia ingat makin teruk selepas makan suplemen. Tapi, aku explained tu hanya ‘healing crisis’ dan mohon dia teruskan juga. Bila dia faham selok belok pasal krisis pemulihan ni, dia akur dengan nasihat aku. Chewahhh 😉

Dia mohon aku titipkan doa semoga wajahnya kembali cantik seperti sediakala dan bebas jerawat. InsyaAllah, semoga dengan izin-Nya dan konsisten makan suplemen, dia beroleh apa yang dihajatkan.

2 thoughts on “Malu Bertemu Teman Sekuliah Gara-gara Muka Berjerawat dan Berparut Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.