PERSONALITI popular, Fara Fauzana dan Heliza Helmi bersama 25 orang selebriti yang lain bakal memeriahkan Karnival Geng Masjid yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 April 2017 di Masjid Dato’ Klana Petra, Nilai.

Tema Karnival Geng Masjid kali ini ialah “Ramadhan yang Dirindukan”

Karnival yang sarat dengan program ilmiah seperti forum, ceramah, aktiviti riadah dan gerai jualan ini merupakan susulan kejayaan siri pertama Karnival Geng Masjid yang diadakan pada Disember tahun lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Matlamat utama penganjuran Karnival Geng Masjid ini adalah untuk menjadikan Masjid sebagai lokasi untuk segala aktiviti berfaedah. Antara aktiviti yang ada ialah pertandingan MasterChef, mewarna untuk kanak-kanak, aktiviti berkuda, flying fox, soopa doopa, penampilan superhero, lukisan khat dan kartunis serta sesi perkongsian ilmu perniagaan.

Siapakah para jemputan yang akan hadir memeriahkan Geng Masjid?

Antara 25 jemputan hebat yang pihak penganjur panggil mengikut 3 hari aturcara ialah Fara Fauzana, Heliza Helmi, PU Rahmat, Kumpulan Raihan, Dato’ Siti Nor Bahiyah dan suami, Encik Mimpi, Luq dan ramai  lagi.

Jadi kepada anda yang berkelapangan, jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan Karnival Geng Masjid pada 28 sehingga 30 April ini di Masjid Dato’ Klana Petra, Nilai!

Jom sama-sama mengunjungi Masjid hujung bulan ini dan rebut peluang tiket ke Jannah!. Bawa semua ahli keluarga anda.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Fara Fauzana, Heliza Helmi Bersama 25 Selebriti Bakal Meriahkan Karnival Geng Masjid

3 thoughts on “Fara Fauzana, Heliza Helmi Bersama 25 Selebriti Bakal Meriahkan Karnival Geng Masjid

Comments are closed.