Euphoria Shaklee Wellness Fair di Sri Petaling, Part 1

By | May 25, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook8

Euphoria Shaklee Wellness Fair

Semalam berkesempatan menghadiri Euphoria Shaklee Wellness Fair yang dianjurkan oleh Puan Norita, super upline MV yang lebih mesra dengan panggilan kak N. Beliau sering menganjurkan wellness fair ni di Miri dan Labuan bersama-sama anak didik beliau. Ini julung kali dianjurkan di Semenanjung.

Program ini berlangsung di Hotel Sri Petaling, sesi pendaftaran bermula pukul 9.00pagi dan MV memang sampai awal dengan ditemani si kecil Humaira. Yang bestnya bila mendaftar, tak sangka pula nak dapat door gift DTX Complex yang sememangnya MV dah lama plan nak beli dan try makan…rezeki sungguh, syukur.

Euphoria shaklee wellness fair

RM155 sebotol, tapi MV dapat FREE!

Program dimulai dengan perkongsian dari Master Hussin dan Pn.Salwa, iaitu upline Puan Norita, yang juga mertua beliau. Mereka dah menjadikan Shaklee sebagai kerjaya selama 20 tahun. Dan, sekarang perniagaan ini diwarisi oleh anak mereka, Master Naquib.

Euphoria shaklee wellness fair

Euphoria shaklee wellness fair

Sesi pertama dimulai dengan perkenalan antara sesama pengedar shaklee. Kami berkongsi rasa, “Perkara apa yang paling BERANI pernah dilakukan sepanjang hidup?”. Macam-macam ada, ada seorang yang berkongsi tengah sarat mengandung 8 bulan bawa lori hantar suami dia pergi hospital, WOW!!! Sangat BERANI!…

Euphoria shaklee wellness fair

MV dengan si kecil Humaira excited nak berkongsi juga..

Euphoria shaklee wellness fair

Dalam pukul 10.30 pagi, kami teruskan dengan program Mastering Skill, iaitu “Memahami 5 Motivasi Manusia”.

Kalau anda pernah membaca buku Razzi Armansur yang bertajuk Jutawan MLM, anda akan temui 5 Motivasi Manusia ini pada m.s 49 Bab 7 : BERNIAGA DENGAN BERUK..

Jika kita berjaya memenuhi kehendak 5 motivasi manusia ini dan menggunakannya sepanjang urusan perniagaan, maka kejayaan PASTInya milik kita.

Best juga melakonkan situasi upline dan downline ni..boleh faham macammana nak handle bila menghadapi potential customer dan juga downline MV nanti..

Dah selesai, kak N umumkan ada hadiah untuk kami semua, jeng jeng jeng, SURPRISE!!! MV memang ‘tamak’ la, beratur depan sekali nak dapatkan gift tu.. 😛

Euphoria Shaklee Wellness Fair

Vita-E complex kegemaran suami MV, bernilai RM149

Best tau, sebab boleh hadiahkan Vitamin E ni untuk suami MV..

Kami akhiri sessi pagi dalam pukul 1.00 tengahari, anak-anak pun dah mula ‘protes’ menunjukkan rasa lapar mereka. S0, MV pun memang tak buang masa lagi la bawa Humaira untuk lunch.

Euphoria Shaklee Wellness Fair

MV cuma ambil spagheti, lasagna, seketul rendang ayam dan 2 ketul kari daging. Cukupla, lepas ni nak timbang berat dan lemak pula..So, tak boleh makan BANYAK.. 🙂

Euphoria Shaklee Wellness Fair

Ini pula favourite dessert untuk si kecil Humaira..Kena tambah untuk kali ke-2 yea.. 😎

Euphoria Shaklee Wellness Fair

Tengok muka Humaira, memang puas hati dapat makan sedap kan!

MV makan cepat sebab pukul 2.00 dah nak mula sesi petang pula..yang tu MV cerita di lain entry yea..

Kalau anda yang membaca ni nak join Shaklee, jom ambil peluang mendaftar bulan ini. Anda layak miliki multivitamin tertua di dunia secara percuma jika mendaftar sebagai ahli dengan belian produk Shaklee.  😉

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

8 thoughts on “Euphoria Shaklee Wellness Fair di Sri Petaling, Part 1

Comments are closed.