Elakkan Pendedahan Permainan Gajet kepada Si Kecil

By | February 7, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+2Share on Facebook6

Elakkan Pendedahan Permainan Gajet

Elakkan pendedahan permainan gajet | Lambakan gajet seperti komputer riba dan tablet di pasaran sememangnya tidak dapat dihalang. Ini kerana teknologi ini akan terus berkembang pesat sejajar dengan kemodenan sesebuah negara.

Dengan perkembangan teknologi dan gajet yang diberikan kepada anak seperti iPad, telefon pintar dan televisyen menyebabkan ramai kanak-kanak mampu menyebut A sehingga Z dan 1 sehingga 10 dengan baik, tetapi tidak boleh memanggil mama dan ayah, apatah lagi perkataan lain yang bermakna. Malah si anak juga bijak bermain permainan dalam tablet serta tahu membuka aplikasi YouTube dan video kartun.

Mendedahkan permainan gajet sejak usia di bawah dua tahun sememangnya mengganggu perkembangan daya tumpuan kanak-kanak. Daya tumpuan antara kemahiran penting bagi si comel menguasai pertuturan bahasa. Permainan gajet sebenarnya tidak membabitkan komunikasi dua hala. Maka ia tidak melatih kanak-kanak untuk berinteraksi. Telefon pintar tidak boleh menunggu tindak balas kanak-kanak, apatah lagi menjawab berdasarkan perkataan yang keluar daripada mulut mereka.

Kesan Buruk Permainan Gajet dan Peranan Ibubapa

Bagi yang memberikan gajet sebagai teman setia sejak anak dilahirkan, mereka mestilah bertindak segera dengan mengurangkan atau menghentikan terus pendedahan kepada gajet. Gantikan dengan pelbagai jenis permainan yang mampu membuatkan anak melupakan televisyen atau gajet itu.

Walaupun tidak menolak permainan gajet mempunyai banyak kebaikan namun sebagai ibubapa, anda perlu memantau perkembangan anak-anak. Takut sekiranya mereka menggunakannya untuk perkara yang salah. Maklumlah sekarang, pelbagai perkara boleh berlaku, dengan hanya satu klik sesiapa saja boleh melihat aplikasi dipilih.

Elakkan Pendedahan Permainan Gajet

Kanak-kanak yang menghabiskan lebih banyak masa dengan permainan gajet cenderung untuk kurang melakukan aktiviti fizikal. Ini menyebabkan otot tidak bergerak dan badan tidak berpeluh.

Apabila mereka kurang bersenam, ini akan meningkatkan risiko kegemukan, penyakit jantung dan kencing manis. Ada juga kes kanak-kanak mengalami kekurangan berat badan disebabkan keasyikan bermain permainan video sehingga lupa makan. Ini turut menjejaskan perkembangan fizikal dan mental serta mempengaruhi pembelajaran di sekolah. Terlalu obses pada permainan gajet juga turut mempengaruhi tabiat tidur di kalangan kanak-kanak. Ini kerana apabila bermain, mereka akan leka dan tidur sehingga lewat pagi.

Sumber : Hubpages & Quora

Jadi adakah ianya satu perkara yang tidak baik untuk mendedahkan anak-anak dengan permainan gajet? Terpulang. Kita sebagai ibu bapalah yang memandu dan mencorak kehidupan mereka.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order :
=======================================
CALL/SMS/WA : 0122050258 (Noriza)

One thought on “Elakkan Pendedahan Permainan Gajet kepada Si Kecil

Comments are closed.