13
- January
2018
Posted By : noriza rahman
Elakkan Kaki Kejang Kejung Masa Hamil dengan Mudah

Kejang Kaki Semasa Kehamilan

Cramp @ kejang kaki semasa mengandung adalah masalah yang biasa dialami oleh ibu-ibu mengandung. Ada ke ibu-ibu nak tahu cara mengatasi kaki cramp semasa mengandung ni? Hehe. Teringat pula masa preggy anak pertama. Hampir setiap malam terjerit sebab kaki cramp. hehe

Normal sangat bila ibu mengandung mengalami masalah kaki cramp terutamanya semasa trimister ketiga. Ianya kerap menyerang di malam hari atau pada awal pagi.

Kenapa agak-agaknya? Fasa ni, berat ibu semakin bertambah dan ianya turut mempengaruhi kitaran sistem dalam badan ibu.

Pertumbuhan baby yang semakin membesar juga turut menekan saraf dan salur darah yang membekalkan oksigen ke bahagian bawah kaki (anggota bawah) menyebabkan kaki kejang sering terjadi.

Cuba kaedah mudah ini bagi mengurangkan rasa sakit, membantu melegakan atau mencegah kekejangan kaki seperti yang MV amalkan sekarang ni:

  1. Jangan berdiri atau duduk dengan kaki anda untuk jangka masa yang panjang.
  2. Senaman dan regangan kaki dengan kerap pada waktu siang dan beberapa kali sebelum tidur.
  3. Urutan yang menenangkan sangat membantu untuk betis dan kaki.
  4. Duduk dengan selesa dengan kaki kita dinaikkan sedikit.
  5. Berbaring di sebelah kiri untuk meningkatkan peredaran darah dari kaki.
  6. Minum air dengan kerap untuk kekal terhidrasi pada siang hari.
  7. Cuba mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot.
  8. Regangkan otot di bahagian yang terjejas.
  9. Tidur dalam keadaan kaki ditinggikan sedikit.
  10. Pilih kasut yang sesuai yang menawarkan keselesaan, sokongan pada kaki.

Selain MV amalkan semua tu, suplemen pun MV ambil juga. 3 jenis ni memang WAJIB sebab ia mengurangkan keradangan, melegakan otot dan merehatkan saraf otot kaki kita.

Antara suplemen yang MV cadangkan adalah:

OmegaGuard merupakan asid lemak omega-3 yang membantu mengurangkan rasa sakit semasa kaki kejang.

Selit juga promosi OmegaGuard untuk bulan Januari 2018 ni. hehe

B Complex pula mampu merehatkan dan bersifat sebagai anti stress. Kadang kala perubahan hormon dalam badan semasa hamil boleh menyebabkan berlakunya stress.

OsteMatrix adalah suplemen kalsium-magnesium yang mampu mengurangkan atau mencegah ibu hamil dari terkena cramp kaki semasa hamil.

Sebab tu, ibu hamil perlu mengambil nutrisi yang cukup semasa mengandung. Anda juga boleh mengambil set ibu hami dari shaklee bagi memastikan anda cergas sepanjang kehamilan.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.