Ramai wanita hari ini berlumba-lumba untuk cantik tanpa memikirkan keselamatan produk yang dipilih. Asal ada saja iklan yang menyebut kesan pencerahan seawal tiga hari, memaparkan testimoni di laman media sosial atau menayangkan tutorial menerusi video pendek, maka berbarislah komen yang meminta ‘PM’.

Lebih menghairankan, sudah banyak kes penipuan kosmetik murahan dipaparkan di akhbar, majalah dan televisyen, namun masih ramai juga tidak takut untuk mencuba.

Bahan Kosmetik Disahkan Mengandungi Bahan Logam Berbahaya

Plumbum digunakan secara meluas dalam produk kecantikan untuk kulit licin dan bercahaya. Logam plumbum sering didapati di dalam gincu dan jika digunakan berlarutan boleh menyebabkan masalah saraf dan pembelajaran.

Penggunaan produk mengandungi plumbum dalam tempoh lama dan kuantiti yang banyak boleh mendatangkan kesan gangguan hormon, masalah buah pinggang dan keradangan kulit.

Syarikat-syarikat kosmetik mendakwa bahawa produk mereka mengandungi arsenik untuk mengeluarkan bintik-bintik gelap dari kulit. Penggunaan arsenik menyebabkan kulit membengkak, goiters dan alergi.

Penggunaan merkuri kini semakin berleluasa di dalam kosmetik. Merkuri bertindak sebagai agen pemutih yang selalu digunakan dalam sabun dan krim. Merkuri dalam bentuk bukan organik bertindak mencegah pembentukan melanin menjadikan tona kulit lebih cerah.

Antara kesan utama merkuri bukan organik yang terkandung dalam pencerahan kulit sabun dan krim adalah kerosakan buah pinggang.

Merkuri dalam produk mencerahkan kulit juga boleh menyebabkan ruam kulit, perubahan warna kulit dan parut, serta pengurangan rintangan kulit untuk jangkitan bakteria dan kulat. Kesan lain termasuk keresahan, kemurungan atau psikosis dan neuropati periferal.

Sebelum ini, KKM pernah membuat kenyataan bahawa banyak kosmetik di pasaran dikesan mengandungi racun berjadual seperti asid azelaik, hidrokuinon dan tretinoin. Semua racun ini adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia : Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual”

Selain logam berat, pengguna juga perlu menerima hakikat bahawa kemungkinan wujudnya tretinoin, hidrokuinon dan asid azelaik dalam produk kosmetik yang diguna wanita negara ini setiap hari.

Tretinoin adalah bahan aktif yang digunakan untuk masalah jerawat dan jeragat. Kesan sampingan yang biasa adalah iritasi dan pengelupasan kulit, fotosensitif (sensitif kepada sinaran cahaya) dan ada kemungkinan risiko teratogenik (kecacatan bayi dalam kandungan) untuk ibu mengandung.

Hidrokuinon pula dikenali sebagai bahan aktif untuk masalah jeragat dan untuk mencerahkan kulit. Penggunaan bahan ini boleh mendatangkan iritasi kulit dan fotosensitif.

Manakala asid azelaik pula banyak digunakan untuk masalah jerawat, rosacea dan jeragat yang akhirnya membawa kesan iritasi kulit termasuk keradangan dan kegatalan pada tempat yang disapu.

Pengguna Perlu Lebih Bijak dalam Memilih

Dalam hal ini, wanita terutamanya perlu bijak dan membuka mata seluasnya. Mungkin pada peringkat awal penggunaan, mereka hanya mengalami iritasi dan kesan alahan pada kulit dan mata. Namun, jangan dilupa bahawa kulit juga akan terus menyerap bahan toksik dalam kosmetik untuk jangka masa panjang.

Pengguna sepatutnya lebih bijak membuat pilihan dengan mengetahui latar belakang pengeluar produk. Sebelum kita guna, nilaikan semula sama ada produk itu selamat digunakan atau tidak. Jangan kita sebagai pengguna yang merosakkan diri akibat taksub nak cantik.

Anda boleh rujuk senarai penuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual bagi tahun 2017 di  Bahagian Regulatori Farmasi Negara menerusi npra.moh.gov.my.

 

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

AWAS! Elakkan Guna Produk Kosmetik yang Disahkan BAHAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.