EcoWorld Season’s Flower Show dengan Sentuhan Romantis

By | March 2, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook1

EcoWorld Season’s Flower Show

EcoWorld Season’s Flower Show | EcoWorld Season’s Flower Show telah berlangsung bermula 13 Feb sehingga 6 Mac ini. Ianya yang dianjurkan oleh EcoWorld Gallery@Eco MajesticSemenyih.

MV juga tidak melepaskan peluang ni memandangkan Semenyih tu tidak la jauh sangat dengan Bangi ni. Masuk pun PERCUMA kan!

MV pergi hari Sabtu. Sesampainya di EcoMajestic, memang terkejut juga kerana begitu ramai orang kat sana. Suasananya amat meriah. Nak parking kereta punya la jauh. Tapi, Alhamdulillah ada disediakan shuttle van dan buggy untuk pengunjung ke pameran tu.

Setelah mengambil wristband (yang diberikan percuma), kami pun mempercepatkan langkah untuk segera ke taman bunganya.

Ada kemudahan seperti payung yang turut disediakan untuk pengunjung yang hadir. Booth makanan dan minuman juga turut ada untuk pengunjung kunjungi.

Terdapat 4 negara yang menjadi pilihan EcoWorld Season’s Flower Show iaitu London, Shanghai, Paris dan Amsterdam. Setiap landskap yang di buat adalah bertemakan setiap negara pilihan ini.

EcoWorld Season’s Flower Show menampilkan beberapa ikon Negara yang popular di seluruh dunia seperti France’s Eiffel Tower, China’s red lanterns, Netherland’s windmills and clogs, Britain’s red telephone booth and mailbox, serta Portugal’s umbrella sky

EcoWorld Season's Flower Show

Ini Pit Stop yang pertama MV dan family. So, anak-anak bila nampak buaian apa lagi, depa ingat boleh berayun la buaian ni. Tetapi malangnya, buaian ni statik, tak bergerak pun. So, ambil feel je la.

EcoWorld Season's Flower Show

Perjalanan diteruskan ke Amsterdam. Terdapat dua kincir angin di sini. Yang satu lagi adalah lebih cantik tetapi ramai orang di sekitarnya untuk snap gambar, so snap kat sini dulu la kan.

EcoWorld Season's Flower Show

Dah abis jelajah kat Amsterdam, MV teringin nak tengok show house pula. Ramai juga orang kat situ.

Dah puas menjelajah ke show house saja la nak bergambar berlatar belakangkan Payung terapung berwarna-warni tu, nampak tak? Itu lah Portugal’s umbrella sky.

EcoWorld Season's Flower Show

Melepasi payung warna warni tu, jumpa la kincir angin kedua. Nampak tak kincir angin yang kat belakang tu? Ha, anak-anak MV snap gambar dari jauh ja. Punya ramai orang kat situ.

EcoWorld Season's Flower Show

Masih lagi di Amsterdam, dalam Terompah Belanda gergasi (Dutch Clogs). Anak-anak tidak pernah ke Amsterdam jadi ini pun dah cukup baik untuk mereka. Cuaca time ni memang matahari betul-betul atas kepala.

EcoWorld Season's Flower Show

Kat belakang Dutch Clogs tu ada lembu, so anak-anak excited sangat nak snap kat sini.

EcoWorld Season's Flower Show

Last sekali area sini, cuba teka di mana anak MV sekarang? Hihi, kat Paris la kan!

EcoWorld Season's Flower Show

Sebelum balik tu lepak berehat dulu kat tepi tasik tu. Cer tengok telatah anak-anak MV ni. Bukan main best lagi depa kan.

MV tak sempat nak bergambar di China’s red lanterns sebab masa tu sesak dengan orang ramaiAnak-anak pun dah bising ‘kelaparan’.

Kami berada di sana untuk betul-betul sejam dan panas berpeluh. Sangat panas hari itu dengan orang yang macam sardin didalam tu.

EcoWorld Season’s Flower Show akan berlangsung hingga hujung minggu ini sahaja. MV menjangkakan lebih ramai pengunjung yang akan pergi hujung minggu ini.

19 thoughts on “EcoWorld Season’s Flower Show dengan Sentuhan Romantis

  1. aRz MoHa

    untunglah dapat juga bergambar di sana kak….masa di penang hari tu tak sempat katanya ramai orang…malas pula nak beramai ramai ni
    aRz MoHa recently posted…Aku Rindu Kau RinduMy Profile

Comments are closed.