Doa Melembutkan Hati Anak

Doa Melembutkan Hati Anak | InsyaAllah entry hari ni MV nak berkongsi dengan anda semua doa melembutkan hati anak yang sangat mudah untuk diamalkan. MV terpanggil nak tulis macam ni selepas membaca perkongsian rakan MV, Oja Samid mengenai 10 Bahasa Dosa Penyebab Anak Degil dan Bermasalah, enam hari yang lepas. Perkongsian yang sangat menyentuh jiwa MV sebagai ibu.

Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita sebagai ibubapa selalu menunjukkan sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka. Kita suka mengherdik mereka dengan perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka. Inilah sebenarnya punca yang menyebabkan anak degil dan bermasalah dengan kita.

doa melembutkan hati anak

Bukan salah anak kalau dia degil dan bermasalah tetapi letakkan kesalahan itu kepada diri kita dahulu. Imbas kembali adakah kita sebagai anak pernah menyebabkan ibubapa kita berdukacita dengan sikap kita? Adakah kita pernah melanggar suruhan Allah s.w.t? Renungkan ini dahulu.

MV pernah mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus, beliau menerangkan jika kita pernah langgar perintah Allah di dunia ini, maka ada ketikanya Allah ‘bayar’ tunai dengan memberikan anak yang bermasalah. Nauzubillah.

Doa Melembutkan hati anak yang degil

Kita ni termasuk diri MV sendiri cepat menghukum anak walaupun untuk keasalahan yang kecil dan remeh.

Sedangkan Nabi s.aw. pun cukup hormat dan sayang kepada anak-anak apabila bertemu dengan mereka kerana mereka ini tidak berdosa. Inikan pula kita ibubapa yang banyak compang campingnya.

Ada pelbagai lagi cara dan pendekatan yang lemah lembut untuk mendidik anak-anak selain merotan dan mengherdik. Antaranya ialah dengan berdoa.

Inilah doa yang MV amalkan setiap malam ketika anak tidur. InsyaAllah MV yakin amalan doa ini boleh melembutkan hati anak-anak dan membentuk peribadi mereka. MV pasti anda juga mampu amalkan doa ini.

#1. Membaca surah Thaha ayat 1-5

doa melembutkan hati anak

#2. Membaca Surah Al-Insyirah

doa melembutkan hati anak

#3. Doa Nabi Daud 

doa melembutkan hati anak 2

#4. Ayat 19 Surah As-Syura

doa melembutkan hati anak

#5. Selepas solat lima waktu, amalkan ayat 40 daripada Surah Ibrahim
doa melembutkan hati anak

Ketika memasak, sentiasa membaca zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang sehingga makanan masak.

Mungkin ada banyak lagi doa yang boleh kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan juga kita sebagai ibubapa. MV berharap perkongsian ini sedikit sebanyak akan memberikan manfaat kepada anda semua.

Untuk peringatan MV dan juga semua, dengarkan lah pesanan dari Ustaz Zul Ramli ini. Betapa pentingnya kita menghormati ibubapa agar hidup tenang sentiasa.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Doa Melembutkan Hati Anak dan Membentuk Peribadi Mulia

8 thoughts on “Doa Melembutkan Hati Anak dan Membentuk Peribadi Mulia

Comments are closed.