Jika ditanya kepada setiap orang.. “Adakah anda berminat untuk memulakan perniagaan?”. Sudah pastinya ramai yang akan berkata dengan kuat “YA!”. 

Jika nak memulakan perniagaan, MV cadangkan anda mula dengan satu (1) produk dahulu. Ya, hanya SATU.

Ada MV rungkaikan panjang lebar tentang memulakan bisnes tu disini.

7 Perkara yang perlu untuk memulakan bisnes dan gerenti berjaya jika diamalkan

❗ KEIZINAN suami. Bila dah berumahtangga, redho isteri terletak pada suami. So, nak mulakan apa-apa bisnes sekalipun, bincang dan minta pendapat suami. Kalau suami dah bagi lampu hijau, itu maknanya dia redho isterinya nak berbisnes.

❗ SMARTPHONE. Zaman 2💜17 ni, semuanya dah tak pakai nokia 3210 kan? So, apa gunanya ada smartphone yang canggih kalau tak mampu menjana pendapatan. Dengan smartphone hebat tu anda mampu menarik bisnes melebihi harga yang anda bayar untuk beli smartphone tu.

❗ INTERNET. Dah ada smartphone mahal langganlah data internet paling laju. Kuasa internet sangat meluas. Bisnes dihujung jari ni perlu melayari internet 24 jam. Senang anda nak bina rangkaian dengan prospek.

❗ KEINGINAN. Keinginan adalah titik permulaan, apabila Keinginan berganding dengan kepercayaan, bergaul dengan berterusan dan diekspresi melalui tindakan, ianya menjadi satu kombinasi yang begitu hebat.

❗ Buat kerana MINAT! Lakukan perniagaan kerana minat. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga minat pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!

❗ USAHA. Yang ni memang senang kalau anda bukan jenis yang menyalahkan orang lain, mencipta 1001 alasan dan merungut tak henti-henti. Apa yang paling penting usaha yang jitu dan berterusan.

❗ Fokus, Fokus, dan FOKUS! Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Anda hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih sehingga berjaya.

Sentiasa meletakkan fokus yang mendalam dan dalam 1 bulan mesti dapatkan jualan sepantas mungkin untuk dapatkan semula modal yang kita dah leburkan.

Mohon restu dari isteri atau suami. Pohon juga doa dari mereka. Jika masih punya ‘keramat hidup’ iaitu ibubapa, hubungi mereka selalu dan dengan rendah hati minta mereka titipkan supaya perniagaan kita berjaya.

Doa ibubapa sangat mustajab. Restu mereka azimat kejayaan kita.

“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah, doa ibubapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)

Oleh itu, selalu berpesan kepada kedua ibu bapa kita supaya mendoakan kejayaan kita, dan lebih baik jika spesifik ketika menadah tangan berdoa.

‘Mak, tolong doakan saya “

Sila tukar kepada

“Mak tolong doakan saya berjaya mencapai target jualan vivix 30 botol bulan Februari ini”

Atau “Ayah tolong panjatkan doa saya capai pangkat Master Coordinator bulan Oktober ya”

Amalkan selalu skrip ni, insyaAllah kita dapat apa yang kita hajatkan. Kita jangan terlalu fikir Allah nak bagi ke tak. Itu bukan urusan kita. Kita hanya perlu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal sungguh-sungguh.

Betulkan semula niat ” Ya Allah datangkan kepadaku lebih ramai pelanggan supaya mereka mendapat manfaat dari produk yang aku jual, datangkan kepadaku anak didik yang baru supaya aku dapat bantu mengubah nasib kehidupan mereka “

Buat. Buat. Buat. Jangan asyik membina tembok alasan.

So, kalau anda rasa kriteria dan asas-asas diatas tu dapat dicapai dan ada dalam diri, BERTINDAK sekarang!

Jom Bina Bisnes Bersama MommaVogue Group

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

DOA dan RESTU, PRA-SYARAT SEBUAH KEJAYAAN