Kita ni lebih familiar dengan masalah osteoporosis tetapi jarang mendengar tentang osteopenia, kan?

Sebenarnya ada 2 masalah kepadatan tulang ni; iaitu osteopenia dan osteoporosis. Selalu dengar osteoporosis ja, jarang sangat dengar osteopenia ni. Padahal kedua-duanya mempunyai faktor-faktor risiko yang sama.

Apa itu Osteopenia?

Osteopenia bukanlah penyakit. Ianya lebih merujuk kepada ketumpatan tulang yang lebih rendah daripada apa yang diperlukan. Ketumpatan tulang adalah penanda berapa padat dan kuat tulang-tulang kita. Osteopenia meningkatkan risiko osteoporosis; tetapi tidak semua orang yang ada masalah osteopenia akan mengalami osteoporosis.

Jisim ketumpatan tulang yang rendah meletakkan individu untuk mendapat risiko osteoporosis.

Osteopenia merupakan satu tanda amaran bahawa anda perlu mengambil langkah-langkah untuk mencegah osteoporosis dan mengelakkan sebarang keretakan pada masa hadapan.

Sebenarnya ada beberapa faktor yang membuat lebih terdedah kepada osteopenia:

  • Merokok
  • Tidak mendapat senaman yang cukup
  • Penyakit “Coeliac”
  • BMI rendah
  • Ubat-ubatan tertentu

Apa yang dimaksudkan dengan Ketumpatan Tulang?

Ketumpatan Tulang adalah istilah klinikal biasanya merujuk kepada jumlah bahan mineral per isipadu tulang. Ia digunakan sebagai petunjuk tidak langsung osteoporosis dan risiko patah; semakin rendah kepadatan tulang, semakin tinggi risiko.

Bermula daripada kelahiran kita, jisim tulang terus meningkat dan dibina dengan banyak semasa remaja. Ia kemudian mencapai puncak pada usia 25 dan kemerosotan beransur-ansur dengan peningkatan umur selepas itu kerana demineralisasi.

Wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami masalah osteopenia berbanding kaum lelaki.

wanita lebih banyak osteopenia

Ini kerana,

  1. Tulang wanita bersaiz lebih kicil dan nipis. Maka, lebih mudah alamai tulang rapuh bila keperluan kalisum tidak cukup.
  2. Wanita didatangi haid setiap bulan, mengandung dan menyusui bayi. Tiga situasi ini memerlukan nutrien kalsium-magnesium yang mencukupi. Cuba bayangkan apa akan jadi pada tulang kita kalau badan tak dapat nutrien yang cukup semasa hamil dan menyusukan bayi. Jadi, memang tak hairan diusia muda seawal 30-an ramai wanita dah kena osteopenia. Yang dah sampai tahap osteoporosis pun ada.
  3. Paras hormon estrogen yang mendadak turun selepas fasa menopaus ataupun wanita yang telah dibuang rahimya akan menyebabkan kadar kehilangan jisim tulang yang cepat serta meningkatkan risiko osteoporosis.

Apakah Punca Osteopenia?

Osteopenia boleh disebabkan oleh banyak faktor yang mempengaruhi kepadatan tulang, seperti:

  • Osteopenia biasanya dikalangan wanita selepas menopaus kerana mereka kehilangan hormon estrogen. Keadaan ini adalah biasa di kalangan wanita tua berusia lebih daripada 65 tahun.
  • Osteopenia juga berlaku kepada individu dengan penyakit seliak (iaitu alahan gluten) dan individu yang mengambil ubat-ubatan glukokortikoid (steroid) untuk tempoh masa yang panjang.
  • Pemakanan yang buruk, kurang bersenam, berat badan yang tak normal, pengambilan rokok dan alkohol yang berlebihan, tertekan, pengambilan tinggi soda, teh, kopi, minuman tenaga; atau sejarah keluarga, kehamilan remaja, dehidrasi kronik, ketidakseimbangan fosforus, kekurangan vitamin D dan kalsium; semua ini adalah penyumbang kepada osteopenia.

Ubah Gaya Hidup dan Amalkan Senaman Supaya Tulang Kembali Perkasa!

Perubahan Gaya Hidup seperti berhenti merokok, makan makanan yang seimbang, melakukan senaman dengan kerap dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti fizikal dan sukan berisiko.

Senaman bukan hanya untuk merawat masalah osteopenia, tetapi juga untuk membantu mencegah keadaan menjadi osteoporosis.

  1. Senaman berat (Weight-bearing exercise) termasuk berjalan dan mendaki.
  2. Intensiti latihan tinggi (High-intensity exercise) yang melibatkan kelas aerobik, berenang, menari atau berbasikal.
  3. Keseimbangan (Balancing): postur dan keseimbangan adalah latihan penting untuk mengelakkan daripada terjatuh. Contoh senaman seperti pilates, yoga dan tai chi adalah bagus untuk keseimbangan badan.

Amalkan Diet Pemakanan yang Betul untuk Tulang Kembali Kuat dan Sihat!

Pengambilan kalsium dan vitamin D dalam jumlah yang cukup diperlukan untuk tubuh untuk mencegah tulang rapuh.

Kepadatan tulang Masih NORMAL, Walaupun Usia Sudah Melebihi 35 Tahun!

testimoni-ostematrix

Ini adalah keputusan ujian Bone Density Puan Arnie. Gembiranya bukan kepalang kerana keputusan itu menunjukkan kepadatan tulangnya masih NORMAL. Beliau konsisten amalkan OsteMatrix, iaitu suplemen kalsium-magnesium Shaklee sepanjang hamil dan menyusukan anak.

Cadangan Nutrisi Untuk Kesihatan Tulang yang Berpanjangan

OsteMatrix gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D. Ia juga diperkaya dengan mineral mangan, tembaga, zink dan boron dalam membantu metabolisma tulang dan mengaktifkan enzim yang terlibat untuk pembinaan kepadatan tulang.

ESP adalah protein soya terbaik. Ia kaya dengan sumber protein yang diperlukan oleh tubuh badan bagi membina tulang yang kuat.

Vitalea pula multivitamin yang lengkap dengan 28 sumber vitamin dan mineral yang diperlukan oleh orang dewasa bagi meningkatkan kepadatan jisim tulang.

Ataupun anda boleh memilih Collagen Powder.

Apa pula kaitan tulang dengan kolagen ni? Kolagen adalah salah 1 kunci kepada tulang yang kuat kerna 90% protein dalam tulang adalah dari kolagen.

Tulang matang dihasilkan dari protein dan mineral. Lebih kurang 60% berat tulang adalah mineral kalsium dan fosfat. 40% lagi adalah air dan matriks yang terbentuk sebelum mineral mendap ke dalam tulang dan berfungsi seperti kerangka. 90% protein mariks adalah kolagen yang merupakan protein paling banyak dalam badan kita.

Kolagen sangat kuat dan membentuk tulang, tendon, kulit dan tulang rawan.

Bayangkan kita ada tali, gam dan simen. Bagaimana kita nak kat bahan-bahan ni supaya menjadi teguh dan kukuh?.First thing, jalinkan tali menjadi tali yan lebih tebal dan kuat. Kemudian lekatkan dengan gam supaya tali itu menjadi lebih tebal macam tali kapal. Simen tadi kita campurkan air dan tuang ke atas tali. Ha kan, simen tu akan memenuhi ruang-ruang diantara tali dan menambahkan kekuatannya.

Jangan termenung je tunggu tulang tu rapuh. Cegah sebelum parah!

 

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?

7 thoughts on “Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?

Comments are closed.