Diet Detoks Singkirkan Logam Berat

By | June 2, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+1Share on Facebook5

Diet Detoks Singkirkan Logam Berat | Ketoksikan logam adalah salah satu masalah kesihatan yang serius hari ini.

Tanpa kita sedari sebenarnya kita dikelilingi oleh logam berat, samada bahan pencuci, bahan kosmetik dan penjagaan diri, bahan memasak, air minuman, makanan, bahan industri, dan produk pengguna.

Diet Detoks Singkirkan Logam Berat

Menurut satu artikel baru-baru ini yang disiarkan dalam American Heart Journal, terdapat bukti epidemiologi untuk menyokong pendedahan kepada logam toksik meningkatkan risiko penyakit jantung dan komplikasi yang berkaitan.

Walaupun istilah “detox” digunakan secara meluas di kalangan orang ramai, ia adalah penting untuk ambil perhatian bahawa istilah teknikal yang digunakan untuk menggambarkan detoksifikasi logam adalah “chelation”

Natural Detox Treatments Chelation therapy adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan pendedahan logam berat yang serius.

Sebahagian daripada tanda-tanda amaran yang badan kita  dilanda keracunan logam berat termasuk:

  • Keletihan kronik
  • Penyakit autoimun
  • Gangguan neurologi
  • Brain fog
  • Kemurungan, bi-polar dan kebimbangan
  • Dementia
  • Insomnia

Diet Detoks Singkirkan Logam Berat dengan langkah mudah

Banyak langkah pemakanan yang boleh diambil untuk membebaskan diri kita bukan sahaja daripada logam berat tetapi toksin lain juga.

Langkah 1: Menyingkirkan toksin

Cara terbaik untuk memulakan detoks semulajadi adalah dengan berhenti mengambil toksin seperti alkohol dan tembakau. Juga mengurangkan minuman kafein dan hasil tanaman bukan organik.

Langkah 2: Membersihkan badan

Dalam Islam pun kita digalakkan berpuasa sunat pada 13-15hb setiap bulan kan?.

Ini adalah cara semulajadi untuk membersihkan badan dan mengeluarkan makanan yang tidak dihadam dari sistem tubuh kita.

Langkah 3: Minum air

Air adalah pembersih badan semula jadi.

Sesetengah dari kita tidak mahu dehidrasi dan tidak mahu minum terlalu banyak air, kerana ia boleh mengancam nyawa juga.

Jika kita bosan dengan minum air kosong, tambah beberapa potongan lemon segar dan beberapa keping timun.

Satu lagi sumber air adalah teh, teh hijau terutamanya yang kaya dengan antioksidan.

Diet Detoks Singkirkan Logam Berat

Ketumbar dan pasli mempunyai kesan chelating logam berat yang sangat baik.

Boleh try jus daun ketumbar, pasli, seleri dan lemon ini selama 14 hari detoksifikasi logam berat.

Diet Detoks Logam Berat

Minum jus herba ni secara konsisten akan membantu membersihkan keracunan logam berat seperti aluminium, arsenik, kadmium, merkuri, nikel, plumbum dan uranium dari badan kita.

Langkah 4: Tukar diet kita

Semasa proses detoks ni bukannya terhad kepada buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja. Makan macam biasa, ada pengambilan karbohidrat, protein dan serat.

Namun, elakkan makanan hasil tenusu, bijirin dengan gluten, daging dan kerang. Juga elakkan pemanis tiruan, gula dan makanan yang tinggi lemak tepu.

Lebihkan makanan organik kerana ia bebas dari racun perosak.

Langkah 5: Dapatkan cukup vitamin dan mineral

Diet detoks singkirkan logam berat ni bukan sahaja menghapuskan toksin dan makanan yang berbahaya tetapi juga memberi tumpuan kepada mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita untuk berfungsi pada tahap terbaik.

Jika kita bimbang tidak mendapat vitamin yang diperlukan dalam diet pemakanan, elok la pertimbangkan untuk mengambil suplemen multivitamin.

Langkah 6: Jangan lupa tentang herba dan rempah

Herba dan rempah dalam masakan juga boleh membantu badan kita menyingkirkan toksin dan mencerna makanan dengan betul.

The Agency for Healthcare Research and Quality telah menunjukkan bahawa herba dan rempah tertentu, seperti milk thistle (Silybum Marianum), bunga cengkih (Eugenia aromatica), bawang putih (Allium sativum) dan kunyit (Curcuma longa), mempunyai antioksidan dan anti-radang.

Hati, buah pinggang dan sistem gastrousus kita dicipta untuk membuang toksin, tetapi pencemaran, racun perosak dan bahan kimia berbahaya yang lain sangat mudah meresap masuk ke dalam badan.

Jadi, perlu untuk kita sebulan sekali melakukan diet detoks singkirkan logam berat ni dari badan kita.

 

11 thoughts on “Diet Detoks Singkirkan Logam Berat

  1. ema

    thanks for info…dalam badan kita banyak benda yang asing…dan perlu kita keluarkan.

  2. Kakzakie Purvit

    Kakak tertarik dgn jus daun ketumbar, parsley, lemon dan saleri itu
    Kakak nak cuba buat sendiri bila bahan cukup. Dapur kakak buat masa ini daun ketumbar aje yg tak ada lain tu ada lagi.
    Kakzakie Purvit recently posted…Nostalgia lama kembali segarMy Profile

Comments are closed.