Daftar Haji Menggunakan Akaun KWSP | Kebetulan bulan ni ramai yang nak menunaikan haji, MV pun nak berkongsi maklumat ni lah.

Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.

Kaedah Pelaksanaan Daftar Haji

Daftar Haji Menggunakan Akaun KWSP

Kita boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan cara-cara berikut:

  1. Hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam
  2. Bawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP.
  3. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa Lembaga Tabung Haji.

Cara Daftar Haji Menggunakan Akaun KWSP di Lembaga Tabung Haji

Kalau siapa yang bekerja swasta memang mencarum dalam KWSP kan?

So, jangan risau kalau dalam akaun Tabung Haji kita tak mencukupi RM1300 untuk pendaftaran haji.

Sebabnya kalau kita seorang pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), secara automatik kita berhak mendaftar untuk pergi haji tanpa perlu keluar modal sesen pun!

Bagaimana caranya? Mudah saja, dengan syarat kita ada baki simpanan minimum dalam akaun 1 sebanyak RM1,300 sahaja. Sebenarnya kemudahan ini telah berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012 lagi. Cuma ramai yang tak tahu, kan? Yang tahu macam MV pun melengahkan urusan ni, dah rugi 4 tahun.

Syarat Daftar Haji Menggunakan Akaun KWSP Tanpa Deposit RM1300

Mereka yang layak perlu memenuhi syarat berikut :-

  1. Beragama Islam dan mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
  2. Warganegara Malaysia/Permastautin Tetap
  3. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
  4. Belum mencapai umur 55 tahun

Caranya senang sahaja. Bawa terus penyata KWSP ke pejabat Tabung Haji dan maklumkan pada pegawai nak buat pendaftaran haji.

Dalam kes MV, minggu lepas pergi ke TH untuk depositkan duit raya anak. Sebenarnya tak terniat pun nak daftarkan haji ni sebab suami tiada bersama.

Jadi, dalam hati duk fikir takkan la nak daftar diri sendiri sahaja kan, sebab nak menunaikan haji dengan suami juga. Masa tu pula memang tak bawa pun penyata KWSP.

Namun, kalau niat kita baik pastinya Allah akan permudah urusan kita. Pegawai yang layan MV tu sangat peramah orangnya. Beliau tanya dah daftar haji ke Puan?. MV cakap belum, lagipun suami tak ada hari ni. Pegawai tu cakap tak apa, kalau puan ada no akaun KWSP suami pun dah mencukupi, kita tak perlukan cap jari dan IC pun untuk proses ni puan. Alhamdulillah, mudahnya urusan MV.

MV pun terus login i-akaun KWSP dan screenshot no akaun KWSP suami dan juga MV untuk proses selanjutnya.

Daftar Haji Menggunakan Akaun KWSP

Pegawai Tabung Haji tu terus key in maklumat no. akaun KWSP dan selesai. MV akan mendapat peruntukan haji pada tahun 1527 Hijrah / 2104 M.

Selain itu ada satu lagi kemudahan yang kita boleh gunakan dengan akaun KWSP. Jika kita mendapat tarikh lebih awal, kita boleh memohon untuk mengeluarkan wang di Akaun 2. Had pengeluaran adalah sekitar RM3000 dan sekali seumur hidup.

Jadi bukan alasan lagi untuk kita mendaftar haji. Dengan adanya KWSP, ia membantu kita menyediakan deposit tersebut.

Untuk maklumat lanjut bagi Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan Pengeluaran Haji Pencarum KWSP di laman sesawang KWSP atau hubungi THCC di talian 03-6207 1919.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Daftar Haji Menggunakan Akaun KWSP Tanpa Deposit RM1300

14 thoughts on “Daftar Haji Menggunakan Akaun KWSP Tanpa Deposit RM1300

Comments are closed.