Cara Untuk Meningkatkan Hormon Testosteron Secara Semulajadi

By | October 4, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook8

Meningkatkan Hormon Testosteron Secara Semulajadi

Meningkatkan Hormon Testosteron Secara Semulajadi | Entry yang lepas MV ada kongsikan entry penurunan hormon testosteron adalah tanda lelaki menopause. Kadar hormon testosteron yang rendah telah menjadi isu kesihatan yang besar hari ini. So, MV akan kongsikan langkah terbaik untuk meningkatkan hormon testosteron secara semulajadi dan merangsang hormon pertumbuhan manusia (HGH) yang cepat.

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa tahap metabolisma, otot dan mood dikawal oleh testosteron. Malangnya, kebanyakan lelaki kehilangan kira-kira 1.5 peratus testosteron setiap tahun sebaik saja memasuki usia 30 tahun. Jadi, ini adalah hormon yang perlu diawasi oleh semua orang!

Tips untuk Meningkatkan Hormon Testosteron Secara Semulajadi dan cepat

1. Berpuasa ~ Secara khusus, berpuasa membolehkan organ-organ untuk berehat, terutamanya hati, yang begitu penting secara semula jadi mengimbangi hormon, terutamanya testosteron.

2. Latihan Angkat berat ~ Lakukan senaman latihan berat sekurang-kurangnya tiga hari seminggu, ideal empat atau lima hari seminggu. Secara khusus, mengangkat sekurang-kurangnya 30 minit sehingga selama satu jam atau lebih sangat bermanfaat meningkatkan tahap testosteron yang rendah sangat. Ia bukan saja meningkatkan testosteron tetapi membentuk otot badan.

3. Lemak sihat ~ Tambahkan lemak yang sihat dalam diet harian. Kebanyakan lelaki dengan testosteron rendah mengambil makanan ringan dan makanan karbohidrat terlalu banyak. Jenis lemak sihat yang diperlukan adalah asid lemak omega-3. Pengambilan salmon yang kaya dengan manfaat dua kali seminggu atau menambah suplemen minyak ikan adalah sangat digalakkan.

Meningkatkan Hormon Testosteron Secara Semulajadi

4. Detoks hati ~ Hati sangat penting kepada tahap testosteron. Apabila hati tidak berfungsi secara optimum, ia memberi kesan kepada pengeluaran testosteron. Ini kerana hati memegang enzim yang bertindakbalas dengan kumpulan 17 beta-hidroksil testosteron.

Meningkatkan Hormon Testosteron Secara Semulajadi

5. Kurangkan Tekanan ~ Jika anda hidup dalam tekanan, kemarahan dan sukar memaafkan, ianya akan memberi kesan kepada paras testosteron dari semasa ke semasa. Tetapi jika anda belajar untuk memaafkan, mengawal emosi dan membuang kebencian, anda akan sedari ia membantu jiwa anda tenang dan secara semula jadi meningkatkan tahap testosteron anda.

6. Vitamin D ~ Salah satu nutrien yang paling penting yang boleh membantu rangsangan tahap testosteron. Pada tahun 2011, hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal Hormone and Metabolic Research mengumumkan bahawa suplemen vitamin D meningkatkan testosteron secara semulajadi pada lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan sehingga 30 peratus.

7. Diet zink ~  Pengambilan zink berkaitan dengan hypogonadism iaitu keadaan di mana kelenjar menghasilkan sedikit atau tidak ada hormon. Tiram tinggi dengan zink yang membantu meningkatkan tahap testosteron.

Credit : draxe

Sekiranya anda mencari penyelesaian mudah dengan amalan suplemen MV sarankan anda amalkan DTX Complex, OmegaGuard, Zinc Complex atau OsteMatrix.

Meningkatkan Hormon Testosteron Secara Semulajadi

Masalah tekanan dan obesiti juga menjadi punca tahap testosteron menurun tanpa disedari. Jangan tunggu sehingga usia meningkat, kualiti pun menurun. Biarlah usia meningkat seiring dengan kemampuan anda beradu ‘tenaga’!

Adakah anda tahu apa-apa penyelesaian lain untuk meningkatkan testosteron secara semulajadi?

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

15 thoughts on “Cara Untuk Meningkatkan Hormon Testosteron Secara Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.