Entry sebelum ni MV sentuh pasal bahaya visceral fat berlebihan dan cara pengukuran visceral fat yang praktikal. Hari ni MV ingin berkongsi pula bagaimana cara untuk kurangkan visceral fat dalam badan.

Lemak visceral dikenali juga dengan nama Belly fat.

Lemak perut ini bukan sahaja hodoh tetapi pada masa yang sama ia menimbulkan ketidakselesaan kepada empunya diri.

Apabila lemak disimpan berhampiran dengan organ-organ penting, lebih mudah untuk lemak ini untuk masuk ke dalam aliran darah dan beredar ke seluruh badan.

Inilah yang membawa kepada masalah seperti arteri tersumbat, tekanan darah tinggi, dan juga masalah dengan fungsi metabolik dalam badan.

Kurangkan Visceral Fat dalam 3 Langkah Mudah

Sering kali orang kurus (seperti MV) secara automatik fikir mereka mesti sihat kerana – well we’re skinny. Kebenarannya adalah, kita tahu risiko lemak di bahagian abdomen, dan it’s not pretty. Kurus sahaja tidak cukup.

Jadi adakah mungkin untuk kurangkan visceral fat?

Ada beberapa perkara yang praktikal yang anda boleh lakukan. Sekiranya anda mengamalkan 3 perkara ini ke dalam kehidupan dan diet harian anda, ia akan membawa anda ke landasan yang betul dalam perjuangan anda untuk kurangkan visceral fat ini.

Kurangkan Visceral Fat Dengan Senaman Kardiovaskular

Senaman kardiovaskular ialah senaman yang meningkatkan kadar jantung. Peningkatan kadar jantung dan pernafasan akan mengangkut oksigen ke simpanan lemak dimana ia akan digunakan untuk memecahkan lemak.

kurangkan-visceral-fat

Tips ~ jika anda ingin meningkatkan intensiti senaman kardiovaskular maka anda perlu menggunakan ‘interval training’ yang melibatkan berlari, berjoging dan berjalan. Ini akan meningkatkan aktiviti kardiovaskular dan meningkatkan pengeluaran hormon pertumbuhan yang seterusnya membakar lebih banyak lemak dan meningkatkan metabolisma badan.

Makanan untuk Kurangkan Visceral Fat

Sayur-sayuran dan buah-buahan segar bukan sahaja akan membantu menghilangkan lemak visceral yang tidak diingini tetapi juga memberi badan anda nutrien penting yang diperlukan untuk berfungsi dengan betul.

Lebihkan juga makanan yang tinggi serat seperti beans, legumes, pelbagai buah-buahan, whole grains dan oat.

kurangkan-visceral-fat

Satu lagi makanan boleh meningkatkan metabolisme ialah Cayenne pepper! Lada panas ini akan meningkatkan kadar jantung anda, membuat anda berpeluh, dan pada masa yang sama meningkatkan metabolisme anda.

Tambahan Omega 3 adalah Lemak Bagus untuk ‘membakar’ dan kurangkan visceral fat

kurangkan-visceral-fat

Omega-3 “membakar lemak badan dalam 3 cara yang berbeza”

  • Pertama, omega-3 membenarkan badan untuk membakar lemak dalam situasi dimana pembakaran lemak dimatikan, seperti ketika pengambilan makanan high-carb atau selepas senaman intensiti tinggi (high-intensity)
  • Kedua, jumlah omega-3 yang tinggi meningkatkan sensitiviti insulin. Jika badan sensitif kepada insulin, kurang insulin yang dihasilkan selepas bermaksud kurang lemak disimpan. Begitu kuga jika badan sensitif kepada insulin, dan hormon diuruskan dengan baik maka lebihan lemak yang disimpan akan dibakar setiap hari.
  • Ketiga, omega-3 meningkatkan haba selular iaitu ‘fumaces’ yang dikenali sebagai mitokondria dan peroxisomes. Omega-3 merangsang organel ini membakar dan menghasilkan lebih banyak tenaga, sekaligus menjadikan badan kita sebagai mesin ‘fat-burning’.

Sumber semulajadi Omega-3  paling biasa ditemui didalam ikan, telur, biji, daging lembu, dan sayur-sayuran hijau, terutama yang hijau gelap.

kurangkan-visceral-fat

Terdapat tiga jenis omega 3 utama:

  1. Asid eicosapentaenoic (EPA): EPA didapati terutamanya dalam ikan (ikan yang lebih besar) dan minyak ikan.
  2. Asid Docosahexanoic (DHA): DHA adalah sangat penting untuk badan anda, dan juga terdapat terutamanya dalam ikan (ikan yang lebih kecil) dan minyak ikan.
  3. Asid Alpha-Linolenik (ALA): ALA didapati kebanyakannya dalam biji, minyak sayur-sayuran dan sayur-sayuran berdaun hijau. Ia kemudiannya ditukarkan kepada EPA dan DHA didalam badan anda.

Bunyinya tidak sukar untuk menyingkirkan dan membakar lemak visceral ni kan?

Ikut strategi mudah ini dan perut buncit anda akan hilang perlahan-lahan untuk kebaikan masa depan dalam jangka masa panjang.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Bagaimana Cara untuk Kurangkan Visceral Fat

4 thoughts on “Bagaimana Cara untuk Kurangkan Visceral Fat

Comments are closed.