Cara Membuat Simpanan Tambahan Emas Public Gold

By | February 19, 2016
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+4Share on Facebook10

Simpanan Tambahan Emas Public Gold

Simpanan Tambahan Emas Public Gold | Ramai yang dah mula membuat pelaburan emas sekarang ni kan? Pelaburan emas ni kena check dulu syarikat yang berkenaan, mana tahu tiba-tiba kena sontot kan? Ada juga orang yang suka membeli emas dengan membuka akaun simpanan emas. Tapi bagi MV lebih suka memilih simpanan emas fizikal melalui Public Gold.

Simpanan emas fizikal ni nampak lebih telus sebab kita simpan sendiri emas tu. Kalau yang hobinya memang mengumpul emas, mereka jadikan emas ni sebagai satu bentuk saving. Simpanan emas ni pula boleh digunakan ketika kecemasan ataupun sebagai alat pelaburan jangka masa panjang.

Simpanan Tambahan Emas Public Gold

Selain Public Gold, GOLDCREST PAVILION (GCP), PowerGold, Harimau Mint Gold dan banyak lagi turut menawarkan jual beli emas. Semua ni memerlukan yuran keahlian. Tetapi dengan pembelian emas di Public Gold tak perlu pun yuran keahlian.

MV pun baru sahaja menambah simpanan emas Public Gold bulan Januari yang lepas. MV mula menyimpan dulu sebab nak selamatkan duit raya anak-anak kepada pelaburan emas. So dapatlah harga masa tu RM147/g..Hari ni pula bila MV check dah meningkat naik ke RM176/g..warghhhhhh!

Simpanan Tambahan Emas Public Gold

MV menyimpan melalui program Gold Accumulation Program. Bila kita membuat simpanan melalui program ni harga agak murah la sikit dari pasaran. Pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpulkan didalam akaun GAP ke dalam bentuk emas fizikal dimana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.

Mudah tau nak buat Simpanan Tambahan Emas Public Gold ni..hanya login ke laman web Public Gold sahaja. Tapi, MV baru first time nak login kan. So, MV perlukan bantuan pihak Public Gold untuk aktifkan akaun tu dulu.

MV email ke gap@public.com.my dan nyatakan AC code : PGxxxxxx, no kad pengenalan, berapa amaun yang dah transfer ke akaun Public Gold dan sertakan bersama screenshot transaction bank tu.

Simpanan Tambahan Emas Public Gold

Then dia reply, MV dapat email macam ni..

Simpanan Tambahan Emas Public Gold

No PG0XXXXX ini mengesahkan yang MV adalah customer public gold. Nombor kod public gold ini adalah username untuk MV beli emas online setelah MV jadi pelanggan public gold. Nombor kod pg ini terdapat pada sales order yang dihantar ke emel MV masa mula-mula beli emas dulu.

So, dengan gumbiranya MV boleh login ke akaun selepas 48 jam tau, boleh la check dah berapa banyak simpanan emas dalam tu. Ni akaun MV setakat 18/2/2016. Baru sikit ja amaunnya.

Simpanan Tambahan Emas Public Gold

Mudah sahaja kan? Sekarang ni memang MV tak ambil lagi emas fizikal tu, biarkan duduk diam-diam kat sana. Lagi pun free ja kalau Public Gold yang simpan.. Wee~

26 thoughts on “Cara Membuat Simpanan Tambahan Emas Public Gold

  1. si bongkok

    Sebegini mudah rupanya nak buat pelaburan emas melalui public gold nie ya…

    Ini baru cara melabur emas yang telus…

    nak “BERLAGAK” pon orang yakin sket… 😀

Comments are closed.