Ibu hamil mesti risau ketika berpuasa kan? Bukan apa, kesakitan pedih ulu hati ketika hamil dan berpuasa lain peritnya.

Masa pedih ulu hati datang Allah jelah yang tahu betapa tak selesanya tekak tu kan. Memang rasa macam ada orang simbah asid kat tekak sampai rasa macam ‘terbako’ gitu.

Nak berborak pun hilang ‘mood’ rasanya. Nak makan dah berpuasa. Nak tinggal puasa, jenuh nak qada semula.

Walaupun tiada gastrik, anda boleh mengalami pedih ulu hati ketika hamil. Kenapa boleh jadi macam ni?

Ha, mesti ramai yang terpinga-pinga kenapa boleh dapat pedih ulu hati ketika hamil sedangkan sebelum ni gastrik pun tak ada, kan?

Sebenarnya apabila kita hamil, hormon progesterone dalam badan kita meningkat dari biasa. Hal ini menyebabkan otot-otot sfinkter esofagus bawah (LES) menjadi lembut dan mengendur.

sakit pedih ulu hati semasa hamil

Otot sfinkter terletak di antara esophagus dan perut. Apabila ketidakcekapan atau penutupan injap yang tidak sempurna oleh otot sfinkter, maka berlakunya kemasukan asid perut ke dalam esofagus. Ini yang dinamakan ‘refluks asid’ yang menyebabkan ketidakselesaan dan iritasi esofagus. Ianya akan memberi rasa ‘terbakar’ di tekak kita. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit.

Peningkatan hormon progesterone dalam badan juga melambatkan proses percernaan makanan. Hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.

Pada hujung kehamilan, bayi yang semakin membesar akan menolak usus dan perut ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.

Tetapi jangan risau kerana pedih ulu hati tidak membahayakan kandungan. Malah jika ikut tips-tips yang MV berikan ni, kita mampu mengurangkan kesan pedih ulu hati dan membuat kita rasa selesa semula dan boleh berpuasa penuh, InsyaAllah.

Jadi apa yang ibu hamil perlu dilakukan? Ikuti lima tips untuk melegakan kesakitan pedih ulu hati ini:

1. Kurangkan portion makanan tetapi ambil lebih kerap

Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi secara kerap dapat mencegah asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid dalam perut. Makan berlebihan memburukkan lagi pedih ulu hati.

2. Elakkan Makanan yang meningkatkan pedih ulu hati

Mengenal pasti makanan yang meningkatkan pedih ulu hati dan elakkan mengambilnya ketika awal kehamilan. Makanan pencetus pedih ulu hati biasa termasuk makanan berasid, seperti buah-buahan sitrus dan tomato, makanan berminyak atau digoreng, makanan pedas, coklat, kopi dan minuman berkarbonat dan alkohol.

3. Fokus pada makanan jenis cecair

Makanan jenis cecair kurang cenderung untuk menimbulkan masalah daripada makanan pepejal, kerana mereka bergerak melalui perut dengan lebih cepat. Sup, smoothies, yogurt, susu kocak, protein shake dan puding adalah pilihan yang baik.

4. Sleep Smart

Untuk mengelakkan pedih ulu hati waktu malam, elakkan makan apa-apa sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur. Tinggikan sedikit bantal ketika tidur. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut berada di tempat sepatutnya dan membantu dalam proses pencernaan. Tidur mengiring sebelah kiri. Ini membantu mengurangkan tekanan pada perut seterusnya merendahkan peluang berlakunya refluks.

5. Minum susu

Anda mungkin pernah mendengar bahawa minum segelas susu boleh melegakan pedih ulu hati. Selain kaya dengan sumber kalsium, ia boleh menampan asid perut buat sementara waktu.

Pedih ulu hati juga dikaitkan dengan dehidrasi, jadi minum air 8 – 10 gelas sehari. Namun elakkan meminum dengan banyak pada satu-satu masa.

Secara am, halia adalah salah satu makanan terbaik untuk refluks asid. Ia telah digunakan sepanjang sejarah sebagai anti-radang dan sebagai rawatan untuk keadaan gastrousus.

peppermint ginger plus shaklee

Peppermint Ginger Plus membantu ibu hamil yang mengalami pedih ulu hati sepanjang kehamilan. Peppermint Ginger mengandungi 4 jenis herba semulajadi iaitu daun pudina, halia, jintan putih dan jintan manis yang membantu untuk melancarkan sistem penghadaman.

Kelebihan daun pudina

  • membantu merawat masaalah cirit birit dengan baik.
  • melegakan selsema dan menghilangkan rasa loya.
  • membantu Sistem Penghadaman
  • bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan ‘flatulens’.
  • Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus.
  • mengatasi rawatan masalah GASTRIK.

Kelebihan Bunga lawang

  • Melegakan masalah gas dan seterusnya memperbaiki sistem penghadaman dan menggalakan selera makan.
  • Mengandungi “thymol”, kompaun yang merangsangkan pengeluaran asid perut dan membolehkan tubuh untuk mendapat khasiat maksimum daripada makanan.

Kelebihan Jintan manis

  • Bertindak sebagai anti gas dalam perut
  • paling berkesan untuk pencernaan, boleh membantu kejang perut dan melegakan sembelit.
  • menghalang pembentukan gas dalam saluran usus

Dah sedia nak cuba ke ibu hamil? Klik terus link ni tau >>>> 0122050258

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Cara Melegakan Pedih Ulu Hati Semasa Hamil Supaya Ibu Dapat Puasa Penuh