Bila Masa Sesuai Untuk ‘Me-Time’

Bila Masa Sesuai Untuk ‘Me-Time’ | Setiap hari kita keluar bekerja kan? Kalau yang surirumah bekerjaya macam MV ni lagi la 24/7 kot kerja  😛 . Kesian MV tengok mereka yang awal pagi dah keluar rumah, lewat malam baru sampai rumah. Bila balik anak isteri dah tidur. Bila masa nak luangkan ‘free time’ dengan family kan?. Ceritanya berulang setiap hari hingga la ke hujung  minggu. Tak penat ka?

Tinggal di bandaraya ni semuanya stress kan? Kerja memang tak pernah habis. Kalau kerja dah selesai, ada pula new task yang boss bagi kan? Kalau kita mampu habiskan semua kerja, pastu nak buat apa? BERHENTI KERJA? huhu..pitam la  🙄

As for MV, kalau nak hilangkan stress tak perlu nak keluarkan duit yang banyak. Dengan keadaan semasa negara kita sekarang ni memang semuanya kena berjimat cermat. Tapi, kalau anda ada duit berkepuk kat dalam kocek tu, MV cadangkan pergi la bercuti. Tak semestinya kena pergi oversea, di dalam negara kita pun banyak tempat yang boleh bercuti. Cari tempat yang memang khas untuk hilangkan penat dan layan perasaan bersama anak-anak. Yang penting anda dan keluarga anda happy!

Di sini ada tanda-tanda amaran yang anda perlu tahu Bila Masa Sesuai Untuk ‘Me-Time’!

Sebenarnya tubuh kita dah mengirimkan signal kepada badan bahawa kita sudah stress. Disebabkan terlalu sibuk, kita tidak menghiraukan segala tanda-tanda yang telah diberikan oleh tubuh. Tindakan kita yang tidak mempedulikan tanda stress boleh meninggalkan kesan buruk pada sistem penghadaman, bahkan penyakit kardiovaskular dan strok.

Ini adalah tanda-tanda amaran anda STRESS!

1. Badan Sentiasa Lesu

Bila Masa Sesuai Untuk 'Me-Time'

Biasanya selepas 7-8 jam tidur, badan kita akan segar. Kalau selepas bangun dari tidur kita merasa lemah lesu maknanya badan kita tidak cukup rehat dan tidur. Bagi anda yang bekerja, harus pastikan ‘mencuri’ waktu rehat ditempat kerja untuk tidur sebentar.

2. Sentiasa Sakit

Selalu tak rasa sakit di bahagian otot-otot di bahu, belakang badan dan kaki?. Ini tanda bahawa badan anda overstressing dan memerlukan rehat.

3. Hilang Fokus

Bila Masa Sesuai Untuk 'Me-Time'

Bila fikiran sentiasa hanyut dan berasa mengantuk, kita tidak dapat menumpukan perhatian di tempat kerja dan juga di rumah. Kedua-duanya adalah tanda-tanda bahawa badan anda tidak mendapat rehat yang secukupnya.

4. Sentiasa Marah?

Adakah anda cepat marah walaupun melibatkan perkara yang paling kecil? Tanda ini menunjukkan bahawa tubuh anda memerlukan rehat yang lebih dari sebelumnya.

5. Tiada Tenaga

Anda tidak mempunyai tenaga selepas pulang bekerja walaupun hanya meluangkan masa melayan kerenah anak-anak.

6. Kerap Jatuh Sakit?

Bila Masa Sesuai Untuk 'Me-Time'

Kerap jatuh sakit? Ini bermakna bahawa sesuatu yang tidak kena di dalam badan anda. Badan tidak mendapat peluang untuk pulih, yang seterusnya memberi kesan kepada tahap imuniti anda secara keseluruhan juga.

7. Gangguan Sistem Penghadaman @ Sakit Perut

Terlalu banyak berfikir kerana stress juga membuatkan sistem penghadaman di dalam tubuh tidak bekerja secara normal. Ini bermakna bahawa anda tidak mendapat rehat yang secukupnya.

8. Berat Badan Tidak Stabil 

Bila Masa Sesuai Untuk 'Me-Time'

Sesetengah orang yang mengalami stress akan makan banyak sehingga mengalami obes. Namun, ada juga yang hilang nafsu makan sehingga hilang berat badan. Berat badan yang tidak stabil dan cenderung naik turun merupakan salah satu pengaruh dari perasaan stress.

Bila Masa Sesuai Untuk 'Me-Time'

Tengok muka baby ni, dia pun stress bila anda stress tau. So, jangan abaikan tanda amaran yang MV kongsikan. Pergi la bercuti dan rehatkan badan sepuas-puasnya.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Bila Masa Sesuai Untuk ‘Me-Time’ Nak Hilangkan Stress?

13 thoughts on “Bila Masa Sesuai Untuk ‘Me-Time’ Nak Hilangkan Stress?

Comments are closed.