Anda ibu-ibu yang menyusukan bayi dan risau tidak datang haid?

Runsing masalah haid tidak teratur?

Haid tidak datang namun tidak hamil. Itu antara masalah yang dihadapi oleh wanita tidak mengira peringkat umur dan tidak tahu puncanya. Nak dikatakan gemuk, tidak. Nak dikatakan stress sangat pun tidak. Namun simptom period ada sampai sakit perut. Tetapi tidak juga datang haid.

Masalah haid datang tak menentu ini berlaku oleh banyak sebab antaranya termasuklah disebabkan oleh obesiti, hormon tidak seimbang dan stress.

Dan masalah kebanyakan di atas pula biasanya disebabkan oleh gaya hidup yang kurang bersenam dan gaya pemakanan yang kurang sihat yang kemudiannya menyebabkan terlalu banyak parasit yang berkumpul dalam badan.

Kita wanita ni kalau hormon celaru, ‘red flag’ pula tak kunjung tiba, memang normal lah emosi ke laut. Sikit-sikit rasa nak marah orang. Sikit-sikit rasa cepat nak mengamuk. Asyik nak marah jer.

5 Alasan Wanita Mungkin Lewat Datang Haid selain Kehamilan

Setiap wanita berbeza termasuk kitaran haidnya. Sesetengah wanita datang tepat pada waktunya, setengah yang lain pula terlepas tarikh ataupun tidak dapat diramalkan.

Selain daripada mengandung dan mengalami menopaus yang menghalang wanita daripada datang haid, ini adalah alasan yang lain berlakunya kitaran haid yang tidak teratur atau “amenorrhea”.

#1. Stress

Stress adalah punca yang paling biasa untuk masalah haid tidak teratur.

Apabila kita mengalami banyak tekanan untuk tempoh yang berterusan, badan akan simpan tenaga dengan cara mengelakkan berlakunya ovulasi (telur keluar).

Stress boleh mengganggu pengeluaran hormon tiroid, estrogen dan hormon pembiakan lain.

Apabila hormon estrogen dan tahap hormon lain termasuk hormon luteinizing (LH) dan hormon yang merangsang folikel (FSH) jatuh di bawah normal, kita tidak mampu membina lapisan rahim dengan betul sekaligus menyebabkan period tak datang.

#2. Diet yang tidak seimbang

Pemakanan yang tidak sihat seperti terlalu banyak gula, berlemak atau mengandungi pewarna tiruan akan menyebabkan hormon kortisol meningkat.

Lebihan kortisol menghalang fungsi optimal banyak hormon penting lain, seperti hormon seks.

Apabila hormon yang bekerja untuk ovulasi menghasilkan telur, terganggu, ianya sekaligus menyebabkan period terganggu.

#3. Underweight

Apabila indeks jisim badan kita (BMI) jatuh di bawah 18 atau 19, kitaran haid juga boleh terganggu kerana lemak dalam badan terlalu sedikit.

Lemak tubuh adalah penting untuk mencipta estrogen yang mencukupi.

#4. Gangguan Tiroid

Tiroid adalah punca masalah yang berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.

Terlalu banyak kortisol di dalam badan boleh menyebabkan ketahanan hormon secara keseluruhan, termasuk rintangan tiroid.

Masalah tiroid, termasuk hipotiroidisme atau hipertiroidisme, boleh menyebabkan gejala yang meluas seperti perubahan hormon estrogen.

#5. Pil kawalan kelahiran

Kitaran haid semulajadi wanita terdiri daripada paras estrogen dan progesteron yang meningkat dan menurun, tetapi mengambil pil kawalan kelahiran mengekalkan estrogen pada tahap yang cukup tinggi.

Ini menyebabkan badan menyangka yang ia sedang mengandung dan menyebabkan period tak teratur.

Ia mengambil masa beberapa bulan atau beberapa tahun untuk membetulkan keadaan ini dan kembali ke homeostasis.

“Datang Haid selepas Buang Implanon”

Seboleh-bolehnya elakkan lah mengambil pil perancang.

Cara Membetulkan Semula Kitaran Haid dengan Seimbangkan Hormon

Diet pemakanan, tahap stres, hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan, tabiat senaman, persekitaran, dan banyak faktor lain menyumbang kepada kualiti hidup dan keadaan kesihatan hormon setiap wanita.

1. Kurangkan stress

Menggunakan pelbagai teknik gaya hidup yang boleh menenangkan diri seperti rajin bersolat, pergi spa untuk terapi urut, gunakan minyak pati dan konsisten amalkan Vitamin B Complex untuk menurunkan kadar ‘anxiety’ dalam otak.

2. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang

Amalkan pemakanan yang mempunyai banyak asid lemak seperti omega-3 dan omega-6 yang merupakan blok bangunan asas penting untuk hormon.

Makanan-makanan ini tidak akan menyebabkan kegemukan.

Makanan Probiotik juga akan membantu tubuh menghasilkan vitamin tertentu yang mempengaruhi tahap hormon. Contoh makanan probiotik adalah seperti yogurt.

Makan lebih banyak produk soya – seperti soya dan tauhu – serta kacang-kacangan dan biji yang boleh membantu mengawal kitaran haid. Makanan ini mengandung phytoestrogens, yang merupakan sebatian yang bertindak seperti estrogen dalam tubuh manusia.

Sumber protein ini membantu untuk memperbaiki kitaran haid yang tidak teratur.

3. Menilai semula Senaman

Terlalu banyak senaman atau terlalu sedikit senaman boleh menjadi masalah untuk mengawal hormon kortisol dan hormon stress.

Sekiranya anda ada masalah haid tidak teratur, cuba ubah senaman kepada senaman yang lebih ringan seperti berjalan kaki, yoga, menari, tai chi atau qi gong atau senaman dalam bentuk senaman lembut yang menekankan dan menyokong pergerakan lembut tubuh.

Lakukan selama 30-45 minit setiap hari dengan konsisten.

Fokus pada bersenam untuk mengurangkan tekanan dan bukan membakar kalori untuk menurunkan berat badan.

4. Kurangkan atau Elakkan menggunakan Bahan Toksin

Bahan-bahan bertoksin akan menghasilkan terlalu banyak estrogen (xenoestrogen) ke dalam badan. Bila tahap estrogen terlalu tinggi, period akan mula jadi tak teratur.

Jika boleh, elakkan produk yang mempunyai bahan-bahan mengganggu hormon badan seperti DEA, parabens, propylene glycol dan Sodium Lauryl Sulfate.

Semak label penjagaan kulit dan produk dengan berhati-hati.

Cuba gunakan peralatan dapur kaca dan keluli tahan karat dan elakkan penggunaan bekas daripada plastik atau Teflon untuk mengelakkan BPA dan pengganggu hormon yang lain yang banyak terdapat dalam plastik.

Bila anda perlukan nasihat doktor?

Hubungi doktor jika anda mempunyai simptom berikut:

  1. Jika terlepas tiga atau lebih kitaran haid setahun.
  2. Kitaran haid anda lebih kerap daripada setiap 21 hari.
  3. Kitaran haid anda kurang daripada setiap 35 hari.
  4. Berdarah lebih banyak daripada biasa semasa haid.
  5. Berdarah selama lebih dari 7 hari.
  6. Anda mengalami lebih banyak kesakitan daripada haid biasa.

 

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Betulkan Kitaran Haid tak Teratur supaya Mood Tak Swing

2 thoughts on “Betulkan Kitaran Haid tak Teratur supaya Mood Tak Swing

Comments are closed.