Bersedia Untuk Hamil dan Tingkatkan Kesuburan | Tidak mengandung? Tetapi haid saya dah lima hari lewat. Mesti si isteri pernah alami situasi macam ni kan?. Padahal kalau lewat haid tu dah satu tanda dari awal kehamilan. Macam mana isteri tak hamil pula?

10 Tanda Kehamilan Yang Perlu Diketahui

Hamil tidak semudah yang disangka. Keputusan negatif yang sering diterima selepas berkali-kali mencuba tidak semestinya bermaksud si isteri tidak subur.

Kemandulan Dilabelkan kepada Isteri, Tetapi Suburkah Suami?

Cara Bersedia Untuk Hamil dan Tingkatkan Kesuburan yang MV amalkan

1. Makan Makanan yang Kaya Nutrien

Pemakanan adalah satu bahagian penting dalam meningkatkan kesuburan dan memberi bayi kita permulaan yang terbaik. Diet yang baik boleh meningkatkan kemungkinan kita untuk hamil dan membantu badan kita secara keseluruhan.

Nutrien yang MV suka untuk memberi tumpuan kepada apabila bersedia untuk hamil dan tingkatkan kesuburan ialah vitamin A, C, D, E, dan K2, iodin, dan lemak omega-3.

Bersedia Untuk Hamil dan Tingkatkan Kesuburan

MV juga amalkan sesetangah makanan superfood yang dikaitkan dengan kesuburan:

  • Beras perang
  • Sayur-sayuran berdaun hijau
  • Buah-buahan sitrus
  • Pisang
  • Ubi keledek
  • Bawang putih

2. Hadkan pengambilan Gula dan Kafein

MV ialah seorang penggemar kafein! So, bila bersedia untuk hamil dan tingkatkan kesuburan, MV perlu kurangkan pengambilan minuman jenis ini. Jika dahulu minum sehingga tiga cawan sehari atau lebih, kini hanya satu cawan seminggu. Kafein berlebihan akan menyukarkan MV untuk hamil.

Bersedia Untuk Hamil dan Tingkatkan Kesuburan

Selain itu, penyerapan vitamin dan zat besi sukar diserap sehingga boleh meningkatkan risiko MV menghidap anemia jika berjaya hamil kelak.

Dah ada pengalaman masa kehamilan anak sulung dulu, memang zat besi kurang dalam badan sebab suka sangat dengan minuman berkafein.

Selain mengehadkan minuman berkafein, MV juga menghadkan jumlah gula didalam minuman. Selalu kalau memasak, MV lebih suka gunakan gula kabung dari gula pasir biasa.

“Pemanis Semulajadi Menggantikan Gula Putih”

Dengan menghadkan pengambilan gula dan kafein, atau meninggalkan terus kedua-duanya, badan MV boleh ‘berfungsi’ untuk mengimbangi hormon dan meningkatkan peluang untuk hamil.

3. Senaman Secara Konsisten

Bersedia Untuk Hamil dan Tingkatkan Kesuburan

MV melakukan senaman plank sekurang-kurangnya 30 minit sehari, tiga hingga empat kali seminggu. Senaman ni bukan sahaja menyihatkan badan, tetapi juga menyediakan badan MV untuk mengandung serta memulihkan ketidakseimbangan hormon dalam badan.

4. Minum Japanese Detox Ginger Tea

Detox adalah cara yang baik untuk menyingkirkan toksin dari badan kita.

Secara peribadi, MV mengamalkan minuman ni dua hingga tiga kali seminggu untuk membantu menyingkirkan toksin keluar dari badan dan meningkatkan penyerapan nutrien supaya mudah hamil.

5. Relaks

Sama ada tertekan atau mengalami kemurungan, kedua-duanya menyukarkan kehamilan.

So, kalau ada masalah MV cuba berlapang dada dan mengosongkan fikiran dari memikirkan masalah tu.

6. Sperma yang Sihat

Untuk mendapatkan sperma yang sihat, MV dan suami sama-sama berganding bahu mewujudkan persekitaran mesra sperma.

“Zinc Untuk Penghasilan Sperma yang Sihat”

7. Amalkan Makanan Tambahan

Selain amalkan teh detoks dan diet yang sihat, MV juga mengamalkan suplemen Shaklee khusus untuk meningkatkan kesuburan dan menyumbang kepada kesihatan MV dan suami.

Suplemen tambahan yang kami amalkan bersama ialah Vita-Lea® Iron Formula, Vita-C Plus, ESP, OsteMatrix, B Complex, OmegaGuard dan Vivix.

“Persediaan Untuk Hamil dengan Multivitamin”

“Kepentingan Pengambilan Asid Folik”

“Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung”

“Kepentingan Omega-3 DHA”

Jika ada yang ingin mencuba Set Kesuburan dan Kehamilan Shaklee untuk persediaan kehamilan yang seterusnya boleh la dapatkan sekarang!

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Cara Bersedia Untuk Hamil dan Tingkatkan Kesuburan

14 thoughts on “Cara Bersedia Untuk Hamil dan Tingkatkan Kesuburan

Comments are closed.