Sudah lama benar MV tak berkongsi tips terkini dengan pembaca blog ini. Diharap anda semua sihat saja ye. MV baru melepasi fasa 1st trimester, so sekarang ni je baru boleh buka blog untuk update. Biasalah hamil dah di akhir 30-an ni kan.

Selalunya semasa hamil yang lepas MV suka sangat minuman berkafein tau. Mungkin itu juga antara punca Hb MV tak pernah capai nombor 11-12. Tapi kehamilan kali ni, memang tak sentuh lagi minuman berkafein terutamanya kopi. Setakat teh sehari sekali tu biasa lah.

Adakah anda seorang peminum kafein yang tegar? Tentu sukar meninggalkannya sebaik diri disahkan hamil. Seperti diketahui kafein bersifat diuretik yang mengganggu penyerapan zat besi dalam tubuh yang amat diperlukan oleh ibu hamil.

Bukan MV cakap ibu hamil langsung tidak boleh ambil minuman berkafein cuma jika sebelum ini anda mengambilnya 4-5 cawan sehari, cuba kurangkan kuantiti pengambilan secara perlahan-lahan. Bagi peminum tegar, pemberhentian serta merta pengambilan kafein akan membuatkan tubuh menjadi tidak selesa dan mengganggu keseimbangan diri anda.

Jadi, apa kata anda ketahui kuantiti selamat pengambilan kafein semasa hamil demi kesihatan diri sendiri dan janin.

Kafein Semasa Kehamilan: Berapa Kuantiti Yang Selamat?

Kafein adalah dadah dan ia mempunyai kesan fisiologi sebenar pada mereka yang mengambilnya dan kesan ini diteruskan kepada bayi yang belum lahir melalui plasenta.

Walau bagaimanapun, persoalan yang ada adalah sejauh manakah kafein yang diambil semasa kehamilan menjadi berbahaya?

Kebanyakan pakar, termasuk American College of Obstetricians dan Gynecologists, mengesyorkan supaya penggunaan kafein harian anda di bawah 200 miligram menjadi selamat. Itu lebih sedikit daripada jumlah kafein dalam satu cawan standard kopi.

Terdapat beberapa hipotesis yang berkaitan dengan kemungkinan kafein bahaya yang mungkin berlaku pada janin.

Kenapa kafein perlu dihadkan semasa hamil?

Kafein yang diambil sama ada melalui makanan atau minuman boleh melalui placenta dan menjejaskan kadar degupan jantung dan pernafasan bayi. Kafein melintasi masuk ke dalam uri dan seterusnya akan memberi kesan kepada corak tidur dan pergerakan bayi dalam rahim kerana menyebabkan bayi akan terus terjaga.

Walaupun belum ada kajian yang sahih mengenai hal ini, MV cadangkan agar ibu hamil mengelakkan pengambilan kafein ketika kehamilan.

Melalui kajian yang dibuat mengenai kesan kafein terhadap keguguran, terdapat 2 kajian yang menunjukkan keputusan berbeza.

Dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh American Journal of Obstetrics and Gynaecology mendapati bahawa wanita yang hamil yang mengambil 200mg atau lebih kafein setiap hari mempunyai risiko keguguran 2x ganda dari mereka yang tidak mengambil kafein semasa hamil.

Manakala kajian yang dikeluarkan oleh jurnal perubatan Epidemiology mendapati peningkatan risiko keguguran terhadap wanita yang jumlah pengambilan kafeinnya sebanyak 200-350mg sehari.

Malahan dari kajian yang dijalankan juga menunjukkan pengambilan kafein dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan mengehadkan pertumbuhan fetus.

Kajian tahun 2008 menunjukkan bahawa wanita hamil yang menggunakan 100 mg atau lebih kafein telah meningkatkan risiko sekatan pertumbuhan janin.

Satu kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengamnil lebih daripada 200mg kafein setiap hari mempunyai risiko 20-60% lebih tinggi mempunyai bayi berat badan yang kurang dari 2.5kg. Penyelidikan 2013 menunjukkan bahawa wanita yang menggunakan kafein telah meningkatkan risiko risiko melahirkan anak mempunyai berat yang kurang dari 2.5kg.

Kafein menyebabkan kelahiran pramatang dan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi yang dilahirkan.

Panduan pengambilan kuantiti kafein yang selamat

Anda boleh menggunakan jadual di bawah untuk memeriksa sama ada anda mengikut panduan pengambilan kafein yang selamat:

Jadi kepada ibu-ibu yang sangat suka minuman berkafein terutama sewaktu dipejabat, sebaiknya cuba kurangkan sewaktu dalam tempoh hamil. Sebagai wanita hamil, anda lebih mudah terdedah kepada anemia.

 

 

 

 

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Berapa Kuantiti Selamat Pengambilan Kafein Semasa Hamil?

6 thoughts on “Berapa Kuantiti Selamat Pengambilan Kafein Semasa Hamil?

Comments are closed.