Berapa Banyak Kuantiti Susu untuk Bayi

Home / Shaklee Products / Healthy Nutrition / Essential Nutrition / Alfalfa Complex / Berapa Banyak Kuantiti Susu untuk Bayi

Berapa Banyak Kuantiti Susu untuk Bayi

berapa banyak kuantiti susu untuk bayi | Persoalan berapa banyak susu cukup untuk anak saya sering menghnatui ibu kan? Bila anak menagis ibu mula resah dan terfikir, kenapa anak masih lagi menangis sedangkan sudah diberi susu, lampin pun sudah ditukar. Mungkin tak cukup susu untuk diakot, betul tak?

Seringkali ibu menyuarakan kebimbangan susu badan yang dihasilkan tak cukup untuk bayinya, lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali bergelar ibu. Bertambah risau lagi bila bayi cuma menyusu sekejap. Sebenarnya kuantiti susu ibu yang diperlukan oleh bayi berbeza-beza mengikut usianya dan akan meningkat seiring dengan pertambahan usianya.

Gambar di bawah ni menunjukkan jumlah susu yang diperlukan oleh seorang bayi mengikut umur. Ramai ibu yang baru melahirkan merasakan bahawa susu mereka sedikit dan tak mencukupi. Bayi tak puas menyusu dan sebagainya. Mengakibatkan mereka memberikan susu di dalam botol. Sama ada susu ibu atau susu formula. Perlu diingat bahawa tindakan memberikan susu dalam botol terlalu awal boleh menyebabkan bayi mengalami kekeliruan puting (Nipple confuse) dan menggaggu kejayaan proses penyusuan.

berapa banyak kuantiti susu untuk bayi

Pengeluaran susu adalah mengikut keperluan bayi. Oleh itu, ibu tak perlu risau yang susu tak mencukupi. Minum air secukupnya. Luangkan lebih masa dengan bayi. Ini kerana, pada awal kelahiran, bayi suka melekap pada ibunya kerana dunia ini adalah baru bagi mereka. Mereka suka menempel pada dada kita untuk dengar bunyi degupan jantung ibu yang selalu dekat dengan mereka ketika masih dalam kandungan.

Hanya ibu yang mengetahui dengan lebih baik tentang keperluan bayinya. Jadi usah bimbang sekiranya bayi menyusu terlalu sekejap kerana bayi akan melepaskan puting payudara ibu dengan sendiri apabila sudah kenyang. Sentiasa berlapang dada dan yakinlah bahawa susu badan yang dihasilkan mencukupi untuk bayi.

MV juga mengalami kegagalan dalam penyusuan anak pertama, Nur Rania Zahra. MVkekurangan ilmu penyusuan dan anak tidak pandai menghisap susu. MV hanya mampu memberikan susu kepadanya sampai 8 bulan umurnya. Rasa menyesal. Tapi bila disahkan mengandung kali kedua, MV nekad ingin menyusukan anak sehingga usianya 2 tahun. Masa tu lah MV mula amalkan pengambilan makanan yang baik dan suplemen Set Kehamilan Shaklee sepanjang tempoh hamil. Doa dan terus berdoa sehingga kelahiran Nur Dhiya Humaira. Humaira mula menyusu selepas MV menlahirkannya. Sangat pandai menyusu. Alhamdulillah. Susu cukup tak?Alhamdulillah. Allah sentiasa mendengar rintihan MV. Susu MV mencukupi untuknya sehingga la sekarang usianya dah 2 tahun 1 bulan. Bahagia sangat bila dapat merasai nikmat penyusuan ini. MV pun berterima kasih dengan suami yang support penyusuan susu ibu ni dan juga suplemen Set Penyusuan Shaklee.

Maklumat lanjut berkaitan produk & order:
=======================================
CALL/SMS/WA : 0122050258 (Noriza)

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.