Alhamdulillah, dipermudahkan urusan ke Bengkel Teknik Faham Alquran tanpa Asas Bahasa Arab di USIM, Nilai.

Niat dihati aku ni ingin menajamkan kemahiran dan mengasah akal kemahiran bahasa Arab yang sudah lama ditinggalkan lebih 20 tahun yang lalu.

Ya Allah permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan, Ya Tuhan akhiri dengan kebaikan.

Jarak rumahku dan USIM hanya sejangkal 3.4km. Tapi, selepas sediakan makan minum anak-anak, jam dah menunjukkan pukul 8.50 pagi, sedangkan majlis bermula seawal 0900. Memang agak kelam kelibut lah.

Aku meluncur laju membelah awal pagi menuju ke sana. Yang aku tahu perlu mencari Perpustakaan USIM. Aku tak tahu dimana, tapi aku mohon pertolongan dariNya supaya menunjukkan jalan padaku. MasyaAllah, memang mudah sangat perjalananku ke sana, tak perlu mencari signboard pun. Pemanduanku seolah-olah dipandu arah oleh malaikat-malaikatNya. Aku sampai tepat pukul 0900 pagi. Aku mengambil tempat di bahagian hadapan sekali.

Puan Cahaya menyampaikan sepatah dua kata sebagai pengenalan kepada bengkel ini. Dan, beliau memohon kepada semua peserta supaya berniat kerana Allah untuk datang ke majlis ini dan mohon Dia datangkan ‘rasa’ ketika mengalunkan kalamNya.

Maha Suci Allah yang memilihku ke majlis ilmu ini. Semoga sayap-sayap Malaikat sentiasa memayungiku hingga ke langit dunia.

Bengkel Faham Al-Quran

Aku berniat “Ya Allah, aku datang mencari RahmatMu, Kau datangkanlah rasa bila aku membaca ayat-ayatMu”

Rahmat Allah turun dengan cara yang sangat misterius.

Getaran dalam jantungku dupdapdupdap laju bila Allah datangkan rasa ke dalam jiwa untuk ‘connection’ denganNya. MasyaAllah, getaran yang sukar digambarkan olehku.

Bengkel Faham Al-Quran

Air mata meluncur laju, suaraku bergetar menahan sebak tatkala perkataan Yassin disebut. Setiap ayat-ayat yang kufahami maknanya, getaran suaraku semakin kuat kedengaran. Puan Cahaya Sulaiman pantas menghentikan bacaanku kerana dia memahami apa yang kurasai.

Ya Allah Maha Tinggi KalamMu. Indahnya maknanya dan semoga aku terus istiqamah dalam memahami ayat-ayatMu.

Memang ramai juga peserta bengkel sepertiku. Bila mengalunkan ayat-ayat suci, terdengar esakan, sebak dan sedu sedan dari suara mereka. Ta’ajub kan dengan kebesaranNya. Aku ni setiap hari membaca Yassin, tetapi setiap patah ayatNya tidak pernah kuambil kisah. Disebaliknya ada penceritaann yang sangat hebat. Lagi hebat dari novel dan cerita yang dihidangkan untuk tontonan kita.

Dalam pukul 12.00 tengahari, kami menamatkan bengkel ini. Sebelum pulang tu sempat juga Tuan Naib Canselor mohon kami bergambar beramai-ramai. Sebagai kenangan kata beliau.

Bengkel Faham Al-Quran

InsyaAllah, aku bermohon agar aku dipilih lagi untuk menghadiri bengkel ini dimasa akan datang. Terasa seronoknya bila berada dekat denganNya.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Bengkel Faham Al-Quran tanpa Asas Bahasa Arab

7 thoughts on “Bengkel Faham Al-Quran tanpa Asas Bahasa Arab

Comments are closed.