Bengkak Susu Ketika Berpantang

By | March 11, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+5Share on Facebook8

Bengkak Susu Ketika Berpantang

Bengkak susu ketika berpantang | Sakit akibat bengkak susu memang sukar untuk digambarkan. Bagi mereka yang pernah mengalainya ketika berpantang, memang boleh terasa betapa sakitnya. Payudara meradang, mengeras serta timbul urat. Suhu badan meningkat rasa macam hendak demam. Memang mencabar minda dan fizikal apabila terjadinya bengkak susu ketika berpantang ni.

Bengkak Susu Ketika Berpantang

“A blocked milk duct (also known as a plugged or clogged milk duct) is a complication that can occur in women who are breastfeeding. The main symptom of a blocked milk duct is the formation of a hard lump in the breast, usually near the areola or nipple. The lump will usually be painful when touched, and the skin around the lump may become red.” source: homeremediesweb

Bagaimana Pembengkakan Berlaku?

Bengkak susu kerap kali terjadi ketika payudara padat dengan susu. Ini berlaku jika susu tidak mengalir keluar melalui penghisapan bayi atau pemerahan. Ramai ibu mengalami keadaan ini selepas seminggu bersalin, selepas megeluarkan kolostrum dan susu matang terhasil.

Tanda-tanda pembengkakan

Tanda-tanda anda mengalami bengkak susu ialah apabila payudara membengkak, payudara meradang, semakin kemerahan dan rasa sakit berdenyut, terasa berketul serta berasa penuh, berat dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak.

Cara Atasi Bengkak Susu Ketika Berpantang melalui pengalaman sendiri!

PENGALAMAN MV pula, bukan tahap bengkak biasa-biasa saja, tapi sehingga suhu badan naik, ada tompok-tompok merah kat payudara. Rasa yang sangat sakit dan panas kalau tersentuh.

Kali pertama MV terkena bengkak susu ketika berpantang melahirkan Rania. Sakitnya tak dapat nak digambarkan. Memang menangis la MV masa tu. Anak pula tak pandai nak menghisap, pam susu pun tak nak keluar. 😥

Macam-macam try. Guna daun sireh yang dilayurkan dengan minyak dan ditekapkan ke atas payudara, sikat payudara dan gunakan bekas panas untuk meredakan bengkak payudara. Namun, sakit tetap berdenyut denyut.

Semasa MV berpantang anak kedua, masalah yang sama turut menghantui. Cuma masa ni MV agak bersedia. Ia terjadi ketika berpantang hari ke-36. Syukur Alhamdulillah, masa ni MV dah dapat cari maklumat awal dari internet tentang bagaimana nak hadapi bengkak susu ketika berpantang.

After ‘breasfeeding’, MV akan pam susu sehingga kedua-dua breast betul-betul kosong. One of my own tips untuk mengelakkan terjadinya bengkak susu. One of the reason why terjadinya bengkak susu badan, sebab kita tidak mengosongkan breast kita dalam jangka masa yang agak lama.

Semasa berpantang anak kedua, MV menggunakan sepenuhnya Set Berpantang Shaklee yang ada Vita-C Plus. Tambahan lecithin MV order sebab ia adalah ’emulsifier’ yang berkesan.

  • Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun dan membantu mengurangkan keradangan.
  • Lecithin meningkatkan jumlah asid lemak politaktepu di dalam susu ibu, yang menyebabkan susu kurang ‘sticky’. Ia boleh membantu untuk membuka saluran susu tersumbat dan juga mencegah daripada bengkak susu berlaku lagi.

Jom kita berkongsi pengalaman ibu berpantang yang mencuba Lecithin dan terbukti membantunya mengatasi masalah bengkak susu ketika berpantang. 😉

Bengkak Susu Ketika Berpantang

Bagaimana pula dengan anda?

Adakah anda pernah mengalami bengkak susu ketika berpantang? Bagaimana anda merawatnya? Berkongsi dengan MV dalam komen di bawah supaya MV boleh membantu ibu-ibu lain yang menghadapi masalah ini.

Maklumat lanjut berkaitan produk & order :
=======================================
CALL/SMS/WA : 0122050258 (Noriza)

CARA ORDER br

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

8 thoughts on “Bengkak Susu Ketika Berpantang

  1. nur razali

    nur pernah rasa sakit bengkak susu ni camana..sampai demam2 nak pusingkan badan pun x boleh sebab sakit sgt, masa tu tak kenal shaklee lagi..ikut petua umi letak kubis huhu Alhamdulillah berkurang…sekarang ni boleh ikhtiarkan dgn lecithin ^_^
    nur razali recently posted…Apa Itu AnemiaMy Profile

Comments are closed.