Agak surprise juga bila suami MV check akaun banknya pada 11 April yang lepas, ada lebihan wang. Bila periksa transaksi tu rupanya dari LHDN tentang lebihan bayaran cukai taksiran 2016 yang dibuat bulan lepas.

Selalunya dapat email pemberitahuan dulu, then baru lah ada transaksi. tapi tahun ni LHDN baik hati bagi duit dulu. Boleh lah buat belanja pergi bercuti ke Janda Baik hujung bulan ni. Alhamdulillah syukur.

Terima kasih LHDN mengembalikan claim income tax kami dengan sepenuhnya tanpa potongan.

Walau pun tak banyak, tapi seronok juga terima email macam ni. Maknanya ada duit masuk dalam akaun. Kalau la tiap hari dapat email duit masuk macam ni, bukankah seronok? Kan… kan… 😀

[Duit sendiri masuk akaun diri sendiri. Huhuhu…]

Ni nak kongsi mengenai timelime (berapa lama proses) lebihan wang daripada LHDN:

30 Mac 2017: Hantar e-filing

11 April 2017: Transaksi wang masuk ke akaun

Kiranya cepat juga lah LHDN ni memproses pembayaran lebihan cukai pendapatan tahun 2016.

Tahun depan azam nak bayar zakat lebih supaya semua potongan cukai berjadual yang dibuat diperolehi semula. InsyaAllah

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

e-Bayar Balik LHDN Malaysia Cukai Taksiran 2016

3 thoughts on “e-Bayar Balik LHDN Malaysia Cukai Taksiran 2016

Comments are closed.