Anda sudah bosan dengan ubat-ubatan untuk menghilangkan jangkitan sinus atau resdung?

Jangan bimbang lagi, anda boleh mendapatkan bahan perubatan dari dapur anda sendiri. Tak lain tak bukan sudah tentu si bawang putih.

Ia makanan yang sangat terkenal dengan sifat terapeutiknya dan sudah digunakan sejak berabad lamanya untuk mengendalikan masalah batuk dan selsema.

Siapa yang ada penyakit resdung tu rajin-rajinlah berkawan dengan si bawang putih ni. Resdung ni cukup benci dengan bawang putih. Jadi, kalau tak nak asyik ‘acum acum’ bangun pagi tu rajin lah buat stok simpanan bawang putih kat rumah.

“Jangan Remehkan Penyakit Resdung, Ia Boleh Menjejaskan Pendengaran”

Kebaikan dan Khasiat Bawang Putih untuk Jangkitan Sinus

  1. Bawang putih ni ada bahan kimia yang boleh musnahkan bakteria, kulat atau jangkitan virus. Jadi, tak mustahil orang zaman dahulu suka sangat dengan dia buat jadi ubat.
  2. Bawang putih ni juga ada perisai kuat sebagai antibiotik semula jadi, yang boleh membantu untuk membunuh bakteria yang tidak baik serta melindungi bakteria baik. Perisai tu nama dia allicin (bukan nama penyanyi alicia keys tu). Allicin adalah sebatian penting yang dijumpai didalam bawang putih. Ianya penuh dengan ciri-ciri antioksidan. Ciri ini yang membantu meningkatkan sistem imun dan membantu menghilangkan jangkitan resdung. bawang putih mentah yang dihancurkan mempunyai sebatian sulfur dipanggil allicin, yang mempamerkan anti-bakteria, anti-virus dan anti-kulat yang membantu untuk membersihkan gejala dan jangkitan sinus.
  3. Bawang putih ni ada ciri-ciri ekspektoran dan decongestant, alah bahasa nenek kebayan ni dia bantu (mencairkan kahak dan melegakan hidung tersumbat) ciri-ciri ni lah yang membantu untuk mencegah kita dari terkena demam selesema.
  4. Bawang putih ni juga ada vitamin C, yang membantu untuk merawat jangkitan sinus dengan meningkatkan sistem imun badan melawan jangkitan.
  5. Bawang putih mengandungi ciri-ciri terapeutik (yang memberi kesan yang baik pada badan dan minda) dengan bahan-bahan aktif di dalamnya untuk merawat jangkitan.
  6. Bawang putih juga bagus untuk mengurangkan gejala radang, menguatkan sistem imun, yang akhirnya membantu dalam membersihkan jangkitan tanpa meninggalkan kesan buruk.Ha, banyaknya ciri baik dalam si bawang putih ni kan even baunya tu ramai yang tak boleh nak hidu.

6 Cara DIY Menggunakan Bawang Putih Untuk Melegakan Resdung

Kaedah 1: (Makan Bawang Putih Mentah)

  • 📝 Yang boleh kunyah bawang mentah ni macam tu ja, silalah kunyah 2-4 ulas setiap hari selama 10 hari. Tapi jangan kunyah masa perut kosong, nanti habis muntah hijau. Oh mak kau ijau 😱
  • Ia juga sangat memberi manfaat untuk menghindarkan badan dari pelbagai alahan. Siapa yang suka mengunyah 3-4 ulas bawang putih mentah setiap hari amat berguna untuk menghilangkan jangkitan sinus ni.

Kaedah 2: (Wap bawang putih)

  • 📝 Yang tak boleh nak kunyah mentah-mentah tu sila ambil 3-5 ulas bawang putih mentah, tumbuk dan rebus selama beberapa minit. Lepas tu ambik towel good morning ke good night buat ‘wap bawang putih’. Wap amat berkesan untuk mencairkan lendir dan melegakan sesak hidung manakala sebatian bawang putih membantu menghapuskan jangkitan.

Kaedah 3: (Hidu bawang putih)

  • 📝 Yang suka bau bawang putih, Rendamkan 4-6 ulas bawang putih mentah dalam 1/2 cawan air selama lebih kurang 7 – 10 minit dan kemudian meletakkan mereka untuk membuat pes halus Keluarkan dan tumbuk. Lepas tu hidu lah puas-puas. Jangan ‘steam’ sudah. Kuikui

Kaedah 4: (Bawang putih dengan Minyak Zaitun dan Madu)

  • 📝 Yang suka sangat makan ‘garlic bread’, hancurkan 3 – 5 ulas bawang putih dan berehat selama kira-kira 15 minit untuk mengaktifkan enzim allicin. Kemudian tambah sedikit madu mentah dan minyak zaitun dara tambahan kepadanya dan kacau.. Sapu atas roti then bakaq. Wallaweh sedapnya.

Kaedah 5: (Garlic Oil)

  • 📝 Yang jenis suka buat minyak bawang putih. Tuangkan 1 cawan minyak zaitun (atau minyak kelapa dara) dalam kuali. Tambah 2 – 3 sudu besar ulas bawang putih segar yang dihancurkan ke dalamnya. Kemudian letakkan kuali di atas dapur dengan api yang sederhana rendah dan tumis bunga cengkih dan tutup api apabila berubah ke warna perang.
  • Biarkan minyak sejuk untuk beberapa minit dan cari bekas kedap udara lepas tu tapis dan simpan.
  • Boleh guna untuk sapu di bahagian hidung, dahi, leher, dan dada untuk mengurangkan masalah resdung.

Credit : DIY Remedies dan DIY Health Remedy

Kaedah 6: (Suplemen Garlic Complex)

  • 📝 Yang jenis tak nak buat apa-apa, hidu pun tak boleh, kunyah muntah habis semua senang ja petuanya dapatkan tablet Garlic Complex. Memang takda bau bawang langsung. Wangi jer dengan tambahan herba rosemary.
  • Kapsul bawang putih ni bagus untuk merawat jangkitan sinus. Dos yang dicadangkan adalah 2 kapsul setiap hari.

Cukuplah dulu 6 cara ni. Kalau anda nak sembuh dari resdung tu cepat-cepat lah buat dan amalkan tiap hari. InsyaAllah, akan membantu hilangkan penyakit resdung yang dah bertahun-tahun berteleku dalam rongga hidung tu.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Bawang Putih Herba Mujarab untuk Menghilangkan Jangkitan Resdung

4 thoughts on “Bawang Putih Herba Mujarab untuk Menghilangkan Jangkitan Resdung

Comments are closed.