Familiar tak dengan kencing tak lawas?

Selama ni MV hanya tau kencing tak lawas ni sebab kencing kotor. Ataupun, gagal nak kawal pembuangan air kencing. Tapi sebab tak pernah kena makanya tak pedulilah nak ambil tau kan!

Ini kisah 4 tahun lepas. Kiranya pengalaman ayah MV sendiri jugalah. Kalau dah namanya pengalaman sendiri, senanglah sikit nak mengarang cerita.

Suatu hari tu ayah MV mengadu sakit yang teramat di bahagian ari-arinya. Malam tak boleh nak tidur, sebab sakit yang amat.

Bila dibawa berjumpa doktor, disahkan ada batu karang dalam pundi kencing ayah tu. Doktor tu pula kebetulan tahu pasal Shaklee dan dia syorkan cari Saw Palmetto. Selain tu, doktor ada juga bekalkan ubat supaya lawas kencing dan antibiotik untuk ayah.

kencing-tidak-lawas-prostat-bengkak
Saw Palmetto Complex membantu mengekalkan aliran kencing yang betul * Ia mengandungi campuran semula jadi unik ekstrak beri saw palmetto, minyak biji labu, dan sumber-sumber yang diperkaya beta-sitosterols dan phytosterols berharga yang lain.

Masa tu MV baru sangat dalam bisnes Shaklee ni. Jadi jenuh juga lah menggoogle ‘sakit bila buang air kecil’ , ‘sakit ari-ari bila buang air kecil’ dan sebagainya. Bila cari suplemen Saw Palmetto ni rupanya tiada di pasaran Malaysia.

So, MV teringat nak mesej Arnie untuk minta suggestion. So, come out lah dengan Peppermint Ginger dan Alfalfa Complex.

Alhamdulillah, MV perasan bila 2 bulan selepas pemergian arwah mama tu ayah nampak makin sembuh. Tapi memang ayah cakap ada jumpa doktor dan disahkan bebas dari penyakit batu karang tu. Kemungkinan besar juga selepas amalkan 2 suplemen ni bersama Vivix yang MV belikan untuk ayah sebelum tu.

Kencing Tidak Lawas di Kalangan Lelaki

Kencing tidak lawas atau urinary incontinence pada lelaki boleh disebabkan oleh keabnormalan fungsi pundi kencing terutamanya di kalangan lelaki dengan penyakit prostat dan ianya juga dirujuk sebagai ketidakupayaan untuk mengawal pundi kencing.

Punca-punca Lelaki Tidak Puas Kencing?

Menurut Dr. Ruhi Fadzlyana, apabila mencapai usia yang lanjut, masalah yang sering kali menimpa kaum lelaki adalah masalah membuang air kecil. Segelintir kaum lelaki mengalami masalah kencing yang tidak puas atau pancutan air kencing tidak laju.

Kelenjar Prostat Berkait Rapat Dengan Saluran Kencing Lelaki

Kelenjar prostat adalah satu organ yang mengelilingi pangkal saluran kencing lelaki. Kelenjar ini berfungsi untuk menghasilkan cecair berbentuk alkali di dalam mani. Saiz kelenjar prostat yang normal adalah sebesar kacang walnut. Namun apabila lelaki menjangkau usia 40 tahun ke atas, rangsangan hormon testosteron boleh menyebabkan kelenjar ini membengkak dan pangkal saluran air kencing menjadi sempit.

Gejala kencing tidak lawas adalah tidak khusus kepada penyakit tertentu. Diantara penyakit yang boleh menghasilkan gejala ini adalah:

  1. Pembengkakan kelenjar prostat
  2. Otot pundi kencing yang lemah dan tidak stabil
  3. Jangkitan kuman di saluran air kencing
  4. Jangkitan kelenjar prostat
  5. Batu karang di saluran atau pundi air kencing
  6. Kanser prostat
  7. Kanser pundi air kencing
  8. Penyakit saraf seperti multiple sclerosis dan kecederaan saraf tulang belakang

“Air Kencing Berbuih : Normal atau Tanda Penyakit?”

Apakah komplikasi kencing tidak lawas ini?

(1) Masalah retensi air kencing

  • Jika berlaku secara akut, ia akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat di bahagian ari-ari.
  • Jika berlaku secara perlahan-lahan, ia akan menyebabkan otot-otot pundi kencing merenggang dan menjadi lemah. Jika berlanjutan, seseorang itu akan mengalami masalah kawalan dan pembuangan air kencing.
  • Keterukan masalah ini menyebabkan seseorang tidak dapat kencing langsung.

kencing-tidak-lawas-lelaki

(2) Jangkitan saluran air kencing

  • Jangkitan saluran air kencing boleh berlaku secara berulang kali.
  • Gejala-gejala jangkitan salur kencing adalah seperti kesakitan semasa kencing, perasaan terdesak untuk kencing yang datang secara tiba-tiba , kesakitan di bahagian ari-ari dan air kencing bertukar warna serta berbau.

(3) Batu karang

  • Jika sekiranya pundi air kencing tidak dapat dikosongkan dengan sempurna, pembentukan batu karang akan berlaku.
  • Kesakitan di bahagian ari-ari, kesakitan semasa kencing dan kencing berdarah adalah gejala kepada masalah ini.

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas ni?

Penggunaan Garlic Complex bertindak sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi yang bagus untuk mencegah jangkitan kuman,fungus dan kulat.

Alfalfa Complex pula bertindak sebagai untuk mengatasi masalah water retention dan mengawal kandungan air dalam badan. Mengandungi kadar alkali yang sangat tinggi yang berupaya membantu meneutralkan asid tubuh badan, dan menyingkirkan bakteria disamping boleh mencegah kanser.

Peppermint Ginger Plus bukan sahaja untuk mengatasi masalah angin dalam badan tapi juga bertindak untuk sistem penghadaman yang sihat kerana kandungan pudina, halia, jintan manis dan jintan hitam memberi rasa nyaman dan melegakan.

Untuk mendapatkan SET NUTRISI KENCING TIDAK LAWAS, boleh hubungi MV di talian berikut: +60122050258

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Kejap-Kejap Rasa Nak Kencing! BAHAYA Kencing Tidak Lawas, Boleh Jadi Penyakit

8 thoughts on “Kejap-Kejap Rasa Nak Kencing! BAHAYA Kencing Tidak Lawas, Boleh Jadi Penyakit

Comments are closed.