Bahaya Kandungan Overdue

By | March 10, 2015
If Benefit To You Please share...Share on Tumblr0Tweet about this on TwitterShare on Google+6Share on Facebook1

Bahaya Kandungan Ovedue

Bahaya kandungan overdue | Secara normalnya, wanita hamil akan melahirkan zuriat apabila kandungan mencecah antara 36 hingga 40 minggu. Tetapi sekiranya masih belum menunjukkan rasa sakit atau tanda ingin bersalin, itu tandanya kandungan sudah terlebih hari ataupun overdue.

Risiko Overdue

Proses bersalin menjadi sukar. Bayi yang melebihi tarikh jangkaan bersalin berisiko bersaiz besar, malah tulang tengkorak juga akan menjadi keras sehingga menyebabkan ibu mengalami masalah ketika proses bersalin. Kandungan lebih hari berisiko bayi lemas.

Punca Overdue

#1 Sejarah keluarga ~ sesetengah wanita mempunyai genetik kehamilan panjang.

#2. Saiz kepala ~ jika bayi mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik

#3. Ketiadaan kontraksi ~ Rahim tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA..OVERDUE 12 HARI.

….pengalaman bersalin anak pertama selalunya menyakitkan dan agak susah, betul ke??…

Penyataan tu ada kebenaran dan mungkin juga tak terjadi kepada semua orang. Tapi untuk diri MV sendiri, memang agak ‘tragis’ dan penuh dengan ‘drama minggu ini’.

Sepatutnya MV dijangka bersalin paling awal 08/05/2011. Tapi Rania ditakdirkan bersalin 20/05/2011 disebabkan MV overdue 12 hari. Wah agak lama jugak kan?. Masih teringat-ingat MV peristiwa 4 tahun lepas bila MV dan suami asyik menghitung hari, tak sabar nak menantikan kelahiran anak sulung kami. Pertama kali kan, tentulah excitednya lebih. Ini cucu sulung disebelah keluarga suami. 😉

Setiap hari even sebelum overdue tu pun MV akan mengaji, buat solat hajat dan doa supaya Allah permudahkan urusan bersalin. Bila jadi overdue macam tu, tawakal pada Allah tu memang sangat tinggi. MV berserah je samada MV mati ke lepas bersalin, kena operate ke dan macam-macam lagi yang MV fikir.

Pada 16/5/2011, MV dah rasa lain macam, tapi bukan terkencing ke apa. So, MV teringat doktor pesan kalau ada keluar darah atau air, segera ke Hospital. MV kelam kabut bagitau suami dan mak. Barang memang dah ready packed dalam kereta. Kami siap and terus ke Hospital Serdang. Orang boleh tahan ramai jugala. Bila daftar kat area bilik bersalin tu, nurse mula la potpet bising bila tengok buku pink tu. MV memang malas nak lawan, diamkan je la.

Pendekkan cerita, bila check bukaan MV, hanya 1cm saja but perlu admit ward sebab MV dah terlebih hari. Selama 3 hari dalam ward tu setiap hari la check bukaan. MV ni berdoa la tak mau induce sebab sakit. Memang Allah Maha Mendengar, so tak perlu induce sebab masa doktor check tu dah 3cm.

Namun, tengah malam 19/5/2011, nurse datang katil bagitau doktor suruh turun labour room. So, kat labour room tu check la cardiotocography (CTG) lagi. Masa tu memang laju betul degupan jantung bayi dan MV pula bila check suhu, midwife cakap demam. Sampai masa doktor datang pecahkan air ketuban tu MV masih juga tak rasa nak bersalin lagi. Sampai sejam dah berlalu, then doktor datang balik cakap ‘bayi dah berak’ atau fetal distress so terpaksa tolak ke OT.

Bahaya Kandungan Overdue

Bayi MV bersama mak toknya..abaikan date tu sebab camera tak setting..hihi

Tepat jam 12.30am, 20/5/2011, maka lahirlah seorang puteri dengan berat 3.2kg.

Bahaya Kandungan Overdue

Details kelahiran anak sulung MV

Untuk ibu hamil yang terlebih hari, MV nasihatkan bertemu doktor segera dan berbincang kondisi kandungan untuk tindakan selanjutnya. Sentiasa peka dengan perubahan diri dan pergerakan bayi. Sentiasa pantau tanda-tanda kelahiran dan buat pemeriksaan pergerakan bayi dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut berkaitan produk & order :
=======================================
CALL/SMS/WA : 0122050258 (Noriza)

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

4 thoughts on “Bahaya Kandungan Overdue

Comments are closed.