Ramai orang struggle dan tak tahu bagaimana nak mengenali jenis kulit wajah kan?

Amat penting bagi kita untuk mengetahui jenis kulit kita. Oleh itu, kita boleh menggunakan produk kecantikan yang betul dan menjaga kulit kita.

MV nak kongsikan TIPS dan TRICK mudah ni. Bila dah tahu mudah la nak mencari kaedah terbaik untuk melambatkan penuaan dan memperbaiki kulit wajah kita. Betul tak?

Tekstur kulit pada asasnya dikategorikan kepada lima bentuk: normal, berminyak, kombinasi, kering dan sensitif.

Jumlah minyak yang dihasilkan oleh sel-sel kulit menentukan jenis kulit seseorang individu. Pengeluaran minyak, bagaimanapun, bergantung kepada pelbagai faktor seperti gen, tahap stres, diet, ubat-ubatan dan regimen penjagaan kulit.

Jenis Kulit dan Adakah anda Mengetahui Jenis Kulit anda?

Sebenarnya mudah je untuk ketahui kulit muka kita kategori jenis normal, kering, berminyak, kombinasi atau pun sensitif.

Ambil tisu muka yang bersih dan lap muka pada waktu pagi, selepas bangun dari tidur. Tisu ini akan mendedahkan jenis kulit kita. Keliru? Jom baca 😉

Mengenali jenis kulit wajah

+ Kulit NORMAL tidak tinggalkan kesan minyak kat tisu. Jenis kulit macam ni kurang bermasalah. Kulit terasa lembut, anjal dan ceria. Ini adalah jenis kulit yang tidak memerlukan terlalu banyak penjagaan dan kurang bermasalah.

+ Kalau tidak ada apa-apa kesan minyak pada tisu; ia menunjukkan kita mempunyai jenis kulit KERING, kulit wajah akan berasa tidak stabil, tegang dan kering. Kulit kering mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan kedutan dan garis-garis halus.

+ Jika mempunyai kulit BERMINYAK, tisu akan menunjukkan kesan minyak muka di atasnya. Kawasan berhampiran dahi, pipi, dan hidung biasanya kelihatan berminyak dan berkilat. Ini adalah kerana terdapat ekstrak minyak terkumpul di zon ini. Kulit jenis ini mempunyai liang radang yang boleh pecah menjadi jerawat.

+ Kulit KOMBINASI adalah salah satu daripada jenis kulit yang paling biasa pada wanita. Tisu ini akan menunjukkan tompok minyak pada dahi dan hidung. Permukaan tisu yang menyentuh pipi dan dagu adalah bersih. Jenis kulit ni adalah kombinasi kulit kering dan berminyak.

+ Kulit SENSITIF tidak meninggalkan tanda minyak pada tisu. Walau bagaimanapun, ia cenderung untuk menjadi sangat kering, berasa sangat tegang, dan mudah merengsa. Seseorang yang mempunyai kulit sensitif biasanya muka nampak kemerahan, bersisik dan sentiasa mengadu tentang bintik di muka.

Sila CUBA ujian tisu ini untuk mengetahui apa jenis kulit anda. Sebaik sahaja anda menilai jenis kulit anda, gunakan produk kecantikan atau rawatan tertentu untuk menjaga kesihatan kulit anda.

Kulit wajah yang cantik berseri bukan sahaja bergantung pada produk yang anda guna. Tetapi yang paling penting ialah makan secara sihat, berfikiran positif dan pilih produk yang selamat!

All the best, beautiful girl!

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Bagaimana Nak Mengenali Jenis Kulit Wajah

8 thoughts on “Bagaimana Nak Mengenali Jenis Kulit Wajah

Comments are closed.