Ramai beranggapan bertubuh kecil, bacaan kolesterol rendah dan risiko pun rendah diserang strok dan sakit jantung. SALAH anggapan tu.

Adik MV, bertubuh kecil tapi bacaan kolesterolnya 5! Maksudnya dah borderline HIGH.

Dari segi pemakanan, memang MV akui, adik lebih suka masak makanan yang bersantan dan bergoreng. Sangat suka OK! Semua benda mesti goreng. Takde rebus-rebus, takde stim-stim. Kalau masak sambal sotong, lagi lah, minyak lepas goreng sambal tu, siap tuang atas nasi panas-panas.

Perghhhh!!! Memang terangkat! Secara natural, kami sekeluarga sendiri pun terikut-ikut cara dan pola pemakanan yang dah terbiasa diamalkan sejak dahulu.

Apa yang pasti, makanan berkolesterol tinggi ini lazat! Sebab itu ia mustahil nak menahan diri dari makan makanan yang tinggi kolesterol ni.

Apa itu kolesterol?

Kolesterol adalah bahan lemak yang wujud secara semula jadi dalam badan dan memainkan peranan yang penting dalam memastikan sel-sel berfungsi dengan betul. Walau bagaimanapun, terlalu banyak kolesterol dalam darah boleh memberi kesan kepada organ jantung secara keseluruhan dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Kolesterol merupakan komponen tubuh yang penting untuk membentuk sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Kolesterol ni pula suatu benda yang tak nampak sebab ia berada dalam salur darah. Jadi, kita hanya akan tahu kolesterol kita tinggi bila kita buat ujian darah atau pun bila dah terkena serangan jantung. Sebab tu lah orang kata silent killer.

Kolesterol baik dan Kolesterol Tidak Baik

Terdapat dua jenis kolesterol utama : HDL dan LDL.

Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) adalah kolesterol baik untuk kesihatan jantung. Ia membawa kolesterol dari arteri dan ke hati untuk dihapuskan.

Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) adalah kolesterol tidak baik untuk kesihatan jantung. Ia membawa kolesterol dari hati untuk tisu badan. Jika terdapat terlalu banyak LDL atau kolesterol ‘tidak baik’ di dalam badan, ia boleh terkumpul di dalam sel-sel dan arteri.

2 Sumber Utama Kolesterol

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati dan juga diperolehi dari makanan harian.

Kolesterol juga didapati dari makanan yang kita makan, yang secara tidak langsung akan meningkatkan paras kolesterol darah.

Bagaimana kita nak tahu bacaan kolesterol kita tinggi atau rendah?

Masih ada dikalangan kita yang tidak ambil endah tentang bacaan paras normal kolesterol yang sepatutnya dan juga mcam mana nak dapatkan bacaan tersebut.

Bacaan kolestrol boleh dibuat melalui ujian darah. Kebiasaanya bacaan asas yang diberikan oleh doktor ialah bacaan jumlah kolesterol, Kolesterol LDL, kolesterol HDL dan juga trigliserida.

Kesan Kolesterol tinggi kepada Kesihatan

Dianggarkan satu dari 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang kronik seperti masalah kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular.

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh lipoprotein.

Apabila terlalu banyak lipoprotein LDL dan kurang HDL, memungkinkan berlakunya pembentukan plak didalam arteri, yang seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.

Penyakit yang dikaitkan dengan kolesterol tinggi

bahaya-kolesterol-tinggi

Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok.

Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Bahaya plak kolesterol didalam arteri akan menjadikan dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

4 TIPS Turunkan Bacaan Tahap Kolesterol ke Paras Normal

  1. Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
  2. Lakukan senaman dengan lebih kerap
  3. Turunkan berat badan
  4. Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan fitosterol ke dalam diet harian untuk menurunkan paras kolesterol secara semulajadi

BAGAIMANA FITOSTEROL BERFUNGSI

Struktur fitosterol adalah hampir sama dengan kolesterol.

Pengambilan fitosterol akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dan penghadaman.

Hasilnya penyerapan kolesterol akan dihalang, kolesterol tidak akan membentuk plak di dalam salur darah dan kolesterol akan disingkirkan keluar bersama fitosterol.

BERAPA FITOSTEROL YANG DIPERLUKAN SEHARI?

NIH mengesyorkan pengambilan 2,000 mg fitosterol dalam diet harian untuk menurunkan paras kolesterol secara semulajadi

Phytocol-ST Mampu Menurunkan Kadar Kolesterol dalam darah

Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih Phytocol ST Shaklee iaitu formula proprietari yang membekalkan 2,000 mg Fitosterol tumbuhan sehari kepada anda.

Pengambilan 2 biji tablet sehari dapat memberi 100% kadar harian phytosterol yang diperlukan tubuh seperti yang disyorkan oleh NIH.

Secara bahasa mudahnya, fitosterol yang terkandung dalam Phytocol-ST bertindak ‘menyamar’ sebagai kolesterol.

phytocol-st-shaklee

Struktur molekulnya yang hampir sama dengan kolesterol menyebabkan tubuh kita ‘terpedaya’ lalu menyerapnya sebagai kolesterol.

Akhirnya tertutuplah ruang bagi kolesterol sebenar untuk masuk ke dalam pembuluh darah tubuh kita. Hebat kan?

Maka dengan itu turunlah paras kolesterol dalam darah dengan selamat, berkesan dan semulajadi. Tiada kesan sampingan, tidak merbahaya dan tidak diragui keberkesanannya.

PERKONGSIAN BACAAN KOLESTEROL TURUN DENGAN PHYTOCOL

Berikut adalah perkongsian dari salah seorang pengamal Phytocol.

Bacaan kolesterol LDL semasa ialah 4, dan bacaan seterusnya selepas konsisten Phytocol bacaan kolesterol menurun kepada 2.43!

Aslmkm Farah, la abh d hsptl Sultanah Bahiyah as appointment jumpa doktor, alhamdulillah sihat semua elok, kolesterol abah yg LDL tu turun rendah dari 4 ke 2.43 sja“

Selain itu, untuk memberi kesan yang lebih optimum, boleh digabungkan dengan OmegaGuard dan Vivix.

Bertindak sekarang jika anda menghadapi masalah kolesterol yang tinggi sebelum terlambat.

SAYA NAK TURUNKAN BACAAN KOLESTEROL!

Klik gambar di bawah untuk buat tempahan.

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Badan Kecil Tapi Bacaan Kolesterol Tinggi, Jaga-jaga!

7 thoughts on “Badan Kecil Tapi Bacaan Kolesterol Tinggi, Jaga-jaga!

Comments are closed.