GOUT adalah penyakit eksklusif untuk lelaki dan jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanya selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Gout kronik berupaya untuk mengganggu kehidupan harian yang normal. Paling digeruni adalah kecacatan sendi dan otot, sama ada kecacatan ringan atau berat.

Apa itu Gout?

Gout adalah gangguan yang disebabkan oleh pembentukan asid urik dalam tisu atau sendi sendi – paling sering sendi jari kaki. Serangan gout dapat sengsara, ditandai dengan gejala berikut:

  • Kesakitan sengit yang tiba-tiba – menyerang di waktu tengah malam atau sebelum subuh.
  • Kemerahan, bengkak, dan kehangatan di atas sendi – Sakitnya mencucuk macam berjalan atas serpihan kaca.

Risiko

  1. Jantina – lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus.
  2. Gaya hidup – Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
  3. Obesiti – individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal. Berat badan yang melebihi average akan menyebabkan badan anda menghasilkan asid urik terlalu banyak.
  4. Sesetengah penyakit – tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah). Kombinasi penyakit-penyakit berikut turut akan mengganggu kemampuan buah pinggang anda untuk menyingkirkan lebihan asid urik.
  5. Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba.
  6. Ubat tertentu – ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan. Sesetengah ubat yang diuretik (pil air) mengurangkan keupayaan buah pinggang anda untuk menyingkirkan urate berkesan.
  7. Genetik – kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout. Faktor genetik ini berkait rapat dengan jenis buah pinggang anda. Buah pinggang anda tidak mampu untuk buang sebanyak mungkin asid urik yang sepatutnya
  8. Umur – gout biasa menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Rawatan awal serangan Gout biasanya termasuk yang berikut:

  • Ubat-ubatan – Ubat -ubatan atau suntikan preskripsi digunakan untuk merawat kesakitan, bengkak, dan keradangan.
  • Sekatan Makanan – Makanan dan minuman yang tinggi purin harus dielakkan, kerana purin ditukar dalam tubuh ke asid urik
  • Bendalir – Minum banyak air dan cecair lain setiap hari, sambil mengelakkan minuman beralkohol, yang menyebabkan dehidrasi.
  • Pembedahan – Dalam beberapa kes Gout, pembedahan diperlukan untuk mengeluarkan kristal asid urik dan membaiki sendi.

5 CARA Memulihkan GOUT yang Boleh Anda Cuba!

Hari ini MV nak berkongsi 5 cara mudah untuk pulihkan gout dari rumah dengan berkesan supaya cepat lega.

Ini penting terutamanya jika anda dah selalu sangat kena gout, tak dapat pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan, jadi boleh terus ikuti cara-cara ini.

#1 : SELANG SELI RENDAM KAKI PANAS DAN SEJUK

Rendam bahagian radang gout dalam air suam atau air panas selama 3 minit. Kemudian keluarkan dan rendam dalam besen berisi ais selama lebih kurang seminit.

Ulang 3 kali sehari untuk melegakan sakit serangan gout.

#2 : Jus Untuk Mengurangkan Kristal Asid Urik

Semua bahan dalam resipi jus ini menyokong buah pinggang, membantu mencegah pengoksidaan dan pembentukan kristal asid urik.

  • Bahan-bahan:
  • 1 biji timun
  • 8-10 batang saderi
  • 1 epal hijau
  • Perahan jus lemon
  • Halia segar 1 inci

#3 : BUAH CERI

Buah ceri terbukti secara saintifik merupakan salah satu makanan yang mengelakkan serangan gout daripada berulang. Ini kerana buah ceri membantu mengurangkan keradangan dan gout kerana mereka mengandungi antosianin.

Pesakit gout digalakkan untuk ambil 15-20 biji buah ceri setiap hari.

#4 : GARAM EPSOM

Garam epsom mengandungi tahap magnesium yang tinggi, yang berfungsi untuk mengurangkan tekanan darah tinggi . Rendam bahagian tubuh yang terkena dalam campuran garam Epsom dan air suam untuk melegakan nyeri dan untuk mengurangkan bengkak.

#5 : SUPPLEMENT VIVIX

Jika gout anda tetap kerap menyerang walaupun dah amalkan 4 cara di atas, MV galakkan untuk anda mencuba suplemen Vivix.

PENGALAMAN PESAKIT GOUT YANG MENGAMALKAN VIVIX

“Derita puluhan tahun penghidap gout berakhir”

Dan untuk pesakit gout bukan hanya setakat untuk hilangkan bengkak dan sakit lenguh di bahagian sendi. Tetapi kita perlu menghalang dan mencegah asid urik daripada berlebihan.

Daripada faktor makanan yang tinggi purin, berat badan yang seimbang dan ideal dan kerap kan untuk detox hati dan badan kita.

Keseluruhan sistem badan kita akan dalam keadaan terkawal dan disokong dengan pengambilan suplemen.

Pernahkah anda mempunyai pengalaman dengan gout?

Biasa MV akan konsult dulu keadaan pesakit gout untuk pastikan suplemen yang dicadangkan boleh membantu.

 

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Azabnya diserang Gout, Sakitnya Mencucuk macam Berjalan Atas Serpihan Kaca.

14 thoughts on “Azabnya diserang Gout, Sakitnya Mencucuk macam Berjalan Atas Serpihan Kaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.