Author Archives: noriza rahman

About noriza rahman

mommavogue, noriza shaklee, shaklee malaysia, shaklee bandar baru bangi, shaklee kajang, shaklee putrajaya, shaklee semenyih, shaklee bangi, pengedar shaklee,blog shaklee, set bersalin, set breastfeeding, set sendi, masalah kolesterol, kolagen shaklee, jana pendapatan dari rumah, side income shaklee, work at home mom, kerja dari rumah, WAHM, buat duit, bisnes online, shaklee online.

Jangkitan Kudis Buta Anak Sudah Kering dan Sembuh

Jangkitan Kudis Buta | Salam Eidulfitri untuk semua rakan-rakan pembaca blog MV. Alhamdulillah, MV pun selamat beraya di kampung halaman di Kedah. Cuti seminggu juga la di kampung pasal nak beraya dengan adik beradik 10 orang yang tak ramai tu  😛

Tapi raya kali ni, habuan MV la anak-anak tak berapa sihat. First, kakak kena semput (asthma) malam raya tu, siap kena pergi sedut gas (nebulizer). Si adik pula, MV ingat dia terkena alahan, tapi rupa-rupanya terkena jangkitan kudis buta.

Kalau nak diikutkan, MV memang tak pernah berhadapan dengan isu kudis buta atau scabies ni. Jadinya, kurang la ambil tahu mengenai kisah jangkitan kudis buta ni. So, bila anak sendiri dah kena jangkitan kudis buta ni, wajib la tanya pakcik google dan rakan MV yang juga seorang doktor.

MV tak tahu istilah yang sebenar sebab bila google jumpa page DR Zubaidi, cakap kudis buta ni impetigo. Tapi bila tanya rakan MV dia cakap ini scabies.

Apa itu Jangkitan Kudis Buta?

“Biodata Sarcoptes Scabies:

Tengok gambar dekat bawah ni, itu la Sarcoptes Scabies. Kutu ni berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang. Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, kemudian ia akan bertelor dan mati, telor tersebut akan menetas menjadi kutu dan ia akan hidup selama 30 hari.”

jangkitan kudis buta

Tengok gambar pun dah geli kan, MV duk bayangkan kutu ni menggigit anak-anak MV, hadoi memang mengerikan.

Rasa gatal yang teramat sangat adalah respon alahan terhadap najis hama kudis buta yang berada di bawah lapisan kulit.

Lubang hama ini ditanam ke dalam kulit, kemudian membiak dan bertelur, menyebabkan gatal-gatal ruam dan sengit. Serangan jangkitan kudis buta ni merebak dengan cepat dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

Tanda Jangkitan Kudis Buta pada Anak-anak

Biasanya kanak-kanak dan bayi yang terkena scabies ini akan mengalami kegatalan kulit pada waktu malam dan ada ruam merah yang gatal muncul. Ruam ni akan muncul di pergelangan tangan, siku, ketiak, bawah dada, punggung, lutut, jari dan kemaluan.

Kegatalan tersebut juga boleh menyebabkan kulit berkudis. Secara tidak langsung, kulit mudah sangat dijangkiti oleh bakteria.

Selain ruam merah yang gatal, penghidap kudis buta juga akan mengalami kulit melepuh.

Anak MV terkena jangkitan kudis buta ni pada mulanya di muka. Tapi selepas dia suka menggaru tanpa sedar kulit digaru sehingga luka, habis kudis tu merebak ke leher, kulit kepala, ketiak, celah paha dan lengan.

jangkitan kudis buta

Jangkitan kudis buta ni juga dah merebak ke kakaknya pula. So, terpaksa la MV uruskan untuk kedua-duanya sekali.

jangkitan kudis buta

Pencegahan dan Rawatan JANGKITAN KUDIS BUTA Sebelum Merebak Kepada Orang Lain

MV gunakan Gentamicin Cream yang doktor syorkan. Ubat ini MV sapu hanya waktu siang sahaja.

Selain dari mendapatkan rawatan doktor dengan ubat-ubatan, MV amalkan juga pencegahan untuk menghapuskan kegatalan kulit akibat jangkitan kudis buta ni.

  • Membersihkan semua tempat yang bermasalah

Semua cadar, selimut dan pakaian anak-anak MV basuh dan rendam dengan air panas dan bancuhan Basic H.

Rendaman Basic H dan air panas ni membantu mematikan kitaran hidup kutu Scabies tu.

Ini kerana hama scabies ini akan mati dalam keadaan suhu 60 darjah celcius.

  • Menjaga kebersihan diri

Kuku tangan dan kaki anak-anak semua di potong pendek. Si adik pula rambut la yang jadi mangsa ibu. Sebab bila rambut panjang tutup muka, dia cepat berpeluh. Bila berpeluh dia suka menggaru. Itu yang habis satu badan bakteria merebak.

  • Sapuan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream

Krim serbaguna ni sangat baik untuk mengurangkan rasa gatal jangkitan kudis buta. Macam mana nak guna? Senang saja. Selepas mandi MV sapukan krim ni kat semua tempat yang terkena kudis buta.

  • Pencuci Serbaguna Organik Basic H2™

Basic-H ni pencuci serbaguna. MV gunakan untuk membasuh pakaian, tuala, selimut dan cadar yang digunakan anak-anak. Sangat jimat tau. Sebab apa setiap kali nak basuh tak payah guna banyak-banyak pun basic-H ni. Untuk setiap cucian menggunakan mesin basuh cukup 1 hingga 2 sudu besar basic-H sahaja.

  • Chewable Vita-C Plus™ 100 mg

Chewable Vita-C ni kegemaran anak-anak MV. Jadi tak sukar nak suruh makan. Vitamin C ni juga membantu meningkatkan sistem imun badan anak-anak MV yang terkena kudis buta. Bila dah sistem imun kuat insyAllah cepatlah sembuh kudis tu.

Cadangan Vitamin Menangkis Serangan Jangkitan Kudis Buta

MV sarankan kepada anda atau anak-anak yang ada masalah scabies ini untuk mencuba set ini untuk kegunaan dalaman dan luaran. Bagi membasmi hama kudis buta yang mungkin masih berada dalam kulit kita. Jangan biarkan ianya semakin melarat.

Pengambilan vitamin ini membantu kanak-kanak agar sentiasa sihat dan terhindar dari pelbagai jangkitan penyakit.

jangkitan kudis buta

Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun:

  1. Meal Shakes – multivitamin berbentuk powder, detoksifikasi, agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan, membekalkan nutrisi pada sel tubuh, mencantikkan kulit
  2. NutriFeron® – mengukuhkan sistem imun, berkesan melindungi tubuh dari virus, alergi
  3. Chewable Vita-C Plus™ 100 mg – menyokong sistem pertahanan semulajadi, mencantikkan kulit, mengurangkan alahan
  4. Herbal Blend® Multi-Purpose Cream – untuk kegunaan luar sahaja, boleh di sapu pada kulit yang bemasalah

Nak dapatkan vitamin untuk nyahkan dan mencegah kudis buta (scabies)?

Anda nak harga yang special untuk setiap pembelian produk Shaklee? Join Ahli sekarang  😆

esell-shaklee-logo-500x351

Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar

Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar | Kita sudah memasuki fasa 10 Ramadan terakhir yang dijanjikan bermacam ganjaran pahala dari Allah SWT. Dalam memburu malam Lailatul Qadar, pastinya banyak doa dan amalan yang boleh kita amalkan.

Salah satu kelebihan yang Allah SWT berikan untuk kita sebagai umat Islam dibulan Ramadhan ialah ‘Malam al-Qadar’. Lailatul Qadar juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan dan ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa pada siang hari dan beribadat pada sebelah malamnya.

Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar

Dalam Surah al-Qadr, Allah berfirman ayat 1 hingga 3:“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al_Quran) pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.”

Doa Yang Patut Dibaca Selalu, Khususnya Pada Bulan Ramadhan

Ramadhan dan pengampunan dosa tidak dapat dipisahkan. Malah, apabila ditanya oleh Aishah R.A tentang apakah yang harus dibaca olehnya sekiranya bertemu dengan Lailatul Qadar, Nabi S.A.W mengajarkan doa khusus berikut untuk memohon keampunan, iaitu:

Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar

Macam tak percaya, kita sudah meniti 10 hari akhir Ramadhan. Jadi, perbanyakkan doa dan amalan bertemu malam lailatul qadar ini. Pecutan 10 malam terakhir sebelum berakhirnya bulan yang penuh keberkatan dam keampunan ini.

Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar

Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar

  1. Menggandakan amalan sunat pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
  2. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan Qiamullail.
  3. Habiskan malam beramal ibadat di masjid (beriktikaf).
  4. Solat Qiamulail sebanyak mungkin.
  5. Solat Tarawih 20 rakaat, tanpa witir.
  6. Bermula 12 malam, Solat Tahajud 8 rakaat dan Solat Witir 3 rakaat.

Sekiranya, kita target nak khatam Al-Quran dibulan yang mulia ini, ikuti tips dibawah ini. Pasti mudah untuk kita khatam nanti.

Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar

Jom memburu keredhaan dan keampunan dari Allah sepanjang 10 hari terakhir bulan Ramadhan ini. Semoga amalan kita diterima Allah.

Kurta Moden Pilihan Lelaki Exclusively by Rafie Ramli

Kurta Moden Pilihan Lelaki | Memakai kurta bukanlah satu gaya baru di negara kita kerana sebelum ini ia dikenali sebagai pakaian tradisional bagi penganut agama Hindu dan Sikh.

Kurta tidak melambangkan pakaian sesuatu agama sebaliknya ia adalah pakaian tradisional di negara Afghanistan, Pakistan, India, Bangladesh, Nepal dan Sri Langka.

Kalau nak tahu sebenarnya perkataan kurta itu asalnya daripada Bahasa Bengali.

Kurta selalunya dipakai bersama seluar panjang yang dipanggil paijama atau salwar dan di tepi kurta terdapat belahan panjang untuk memudahkan pergerakan si pemakai.

Kurta Moden Pilihan Lelaki Khas Untuk Yang Inginkan Penampilan Kemas & Versatile, Exclusive By Rafie Ramli

Untuk para isteri yang solehah, bolehlah hadiahkan untuk suami, anak lelaki, ayah dan ayah mertua.

Automatik jadi kacak! dengan Kurta Moden Pilihan Lelaki RR by Rafie Ramli.

Lengan panjang yang boleh dilipat lengannya.

Nak beraya boleh, bersiar-siar pun smart, pergi kenduri pun sesuai. Sentiasa nampak handsome sahaja.

Yang penting pakai seharian pun tak panas.

Kurta Plain by Rafie Ramli

Kurta Moden Pilihan Lelaki

Kurta Plain yang kemas jahitan dan elok terletak ini berharga RM99 sahaja.

Size available : S/M/L/XL

Kurta Moden Pilihan Lelaki

Material : Hakonei cotton

Kurta panel, Kurta Moden Pilihan Lelaki RR by Rafie Ramli

Kurta Moden Pilihan Lelaki

Stok handsome buat suami tersayang atau sedara lelaki yang dikasihi dah ada tau.

Price RM110

Material : Hakonei Cotton

Kurta Moden Pilihan Lelaki

Size available : S/M/L/XL

Kurta Moden Pilihan Lelaki

Kepada anda yang berminat dengan kurta moden pilihan lelaki RR by Rafie Ramli yang berkualiti dan berkonsep moden ni, anda boleh terus melayari laman web Felinna Boutique untuk belian laju-laju.

Penyakit Kayap Bertempiaran Lari Meninggalkan Muka

Penyakit Kayap | Kayap? Memang menyakitkan dan si penghidap tidak selesa. Siapa yang pernah kena akan faham perasaannya. Kalau boleh nak tinggal kat rumah saja, jumpa orang pun tak nak.

Tanda-Tanda Penyakit Kayap

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

  • rasa sakit
  • kebas
  • panas di bahagian urat saraf yang terlibat
  • demam
  • keletihan
  • sakit kepala.

Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Macam mana nak bantu pulihkan kayap dan sekaligus hilangkan parut akibat dari kayap ?

MV kongsikan kisah benar dari Pn Nohayati, bekas pesakit kayap.

Penyakit Kayap
Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung!

Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON..

NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke..

LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di’jajah’ kayap tu. Memang jadi “two Face” bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde ‘two face’.

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu… serta adik beradik laien yang menggembirekan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Pn Nohayati konsisten mengambil NUTRIFERON semasa belaku kayap. Kenapa Nutriferon ? dan apa vitamin lain yang boleh membantu penyakit kayap ini pulih dan tidak meninggalkan parut yang hodoh?

Semasa menghidap penyakit kayap, suplemen yang penting adalah Nutriferon dan Garlic Complex. Dua suplemen ini membantu untuk meningkatkan tahap imun dan menguatkan ketahanan badan semasa serangan kayap. Garlic bersifat antibakteria, antibiotik dan mengahalang dari serangan kuman lebih teruk.

Jika pesakit tidak mampu untuk telan banyak suplemen, boleh ambil VIVIX. Vivix membantu ketika serangan kayap dan baik pulih sel kulit selepas serangan. Vivix membantu memperbaiki sel-sel yang rosak akibat penyakit kayap dan menggantikan dengan sel yang lebih sihat.

Penyakit Kayap

Semalam pun MV dah order set penyakit kayap ini untuk ibu kepada customer MV. Mudah-mudahan beliau segera sembuh.

Penyakit Kayap

Jika ada saudara kita menghidapi penyakit ini, segeralah mendapatkan rawatan untuk mempercepat penyembuhan dan mengelakkan terjadinya komplikasi penyakit.

esell-shaklee-logo-500x351

Minuman Tenaga Iced Minty Performance Drink

Minuman Tenaga Iced Minty | Maaf la sekian lama duk menyepi baru ni lah ada masa untuk update blog. Sihat ka semuanya? Tak sangka dah 13 hari kita berpuasa?Syukur kerana Allah S.W.T masih beri kesempatan kepada kita untuk menikmati bulan yang mulia ini.

Hari ni MV just nak buat warming-up entry saja. Berkongsi resipi minuman tenaga yang boleh membuatkan badan terasa segar sepanjang berpuasa.

Jom MV berkongsi resipi Minuman Tenaga Iced Minty dengan Performance Drink

Kenapa perlu Performance Drink? Bahan lain tak boleh ke?

Boleh kalau nak replace Performance Drink dengan sirap atau oren, tapi kesannya tak sama tau. Sebab kandungan Performance Drink sangat berbeza dengan bahan lain dan ia adalah minuman yang menyihatkan.

Minuman Tenaga Iced Minty

Kelebihan Performance Drink

  1. Minuman isotonik, iaitu mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Ini memudahkan proses penyerapan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah.
  2. Tidak berkarbonat
  3. Kurang kandungan gula
  4. Tiada pewarna atau perasa tiruan
  5. mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh badan

Terbukti secara klinikal

Baguskah minuman tenaga Performance® Natural Orange ni?! Ujian klinikal membuktikan bahawa rumusan eksklusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam badan. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Mudah saja nak sediakan dan yang penting menyegarkan tekak kita. Part paling best time berpuasa ni tentunya mengembalikan tenaga tubuh badan kita untuk solat terawikh dan bangun awal pagi untuk bersahur. Recommended untuk dijadikan resipi minuman berbuka puasa sepanjang zaman tau.

Minuman Tenaga Iced Minty

Kalau nak sedap lagi kena bancuh Performance® Natural Orange ni bersama Cinch® Energy Tea Mix dan buah lychee. Jom tonton video ni.

Kalau teringin nak mencuba, boleh klik imej dibawah ni untuk membuat pesanan. 😉

esell-shaklee-logo-500x351