Author Archives: noriza rahman

About noriza rahman

mommavogue, noriza shaklee, shaklee malaysia, shaklee bandar baru bangi, shaklee kajang, shaklee putrajaya, shaklee semenyih, shaklee bangi, pengedar shaklee,blog shaklee, set bersalin, set breastfeeding, set sendi, masalah kolesterol, kolagen shaklee, jana pendapatan dari rumah, side income shaklee, work at home mom, kerja dari rumah, WAHM, buat duit, bisnes online, shaklee online.

Ketahui 5 Manfaat Resveratrol

Sekarang ni dah ramai yang beralih arah kepada rawatan alternatif selain ubat kan. Salah satunya ialah Resveratrol. Kalau buat pencarian dengan encik google banyak sangat manfaatnya. Tapi, MV hanya rajin nak kongsikan 5 Manfaat Resveratrol sahaja.

Apa itu resveratrol?

Dari pembacaan yang MV faham, resveratrol ni ialah stilbenoid, iaitu sejenis fenol semulajadi dan sejenis antioksidan yang dipanggil phytoalexin. Ia disintesis dalam tumbuh-tumbuhan sebagai pertahanan terhadap serangan kulat dan bakteria.

Resveratrol ni boleh ditemui daripada tumbuhan knotweed polyganum cuspidatum, kulit anggur, jus anggur ungu serta sumber-sumber lain termasuk kacang dan beri.

Dalam banyak-banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.

Bagaimana Resveratrol Bertindak balas dengan Sistem Badan?

Pertama sekali, mengikut kajian klinikal, resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil dari proses pencemaran, cahaya matahari dan pembakaran lemak dalam badan. Ianya boleh menyebabkan pelbagai komplikasi termasuk kanser dan sakit jantung.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa faedah resveratrol juga termasuk menggalakkan replikasi sel normal .

Resveratrol juga menggalakkan tindak balas keradangan yang sihat dalam badan termasuk membantu untuk mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan yang boleh membawa kepada penuaan pramatang.

Kajian yang dijalankan juga menunjukkan resveratrol boleh membantu untuk melindungi dinding saluran darah terhadap pengoksidaan dan menggalakkan kesihatan kardiovaskular yang lebih baik.

Jom kita ketahui apa 5 manfaat resveratrol ni.

5-manfaat-resveratrol

5-manfaat-resveratrol

5-manfaat-resveratrol

5-manfaat-resveratrol

5-manfaat-resveratrol

Bagaimana Kita Boleh Mendapat Manfaat dari Resveratrol?

Salah satu cara untuk mendapat manfaat daripada resveratrol adalah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi seperti purple carrotpurple grapes, grape juice, peanuts dan juga cranberries

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Kelas Sarapan Minda Bersama Blogger Eizil

Hari ni anak-anak bangun dengan gembiranya sebab nak pergi main kat playground shakeli (baca shaklee ye). Diorang tak tahu yang ibunya ni lebih excited sebab nak sarapan minda bersama blogger Eizil.

sarapan-minda-bersama-blogger

MV pernah jumpa blogger Eizil ni dalam majlis berbuka puasa anjuran Casa Ombak tahun ni tapi segan nak bertegur sapa. Ye lah, beliau blogger ‘tua’ yang banyak pengalaman kalau nak dibandingkan dengan MV yang baru nak tumbuh tunas gitu. Memang simpan aje lah niat nak bertegur sapa tu kan..

Eh,melalut pula MV ni.

Okey, kami gerak dari rumah pukul 9 pagi. Tapi, silap percaturan ada saja hal anak-anak syurga ni, kami sampai lewat 15 minit. Rugi dah ilmu yang ketinggalan tu.

Mana yang sempat MV kaut ilmu sajelah. Ngam-ngam ho time MV masuk tu cikgu tengah tanya soklan untuk tajuk artikel. Memang NO idea la. Kita duk kelam kelibut nak pasang laptop dengan connect sistem wifi Shaklee. Sampai kesudah la cikgu tak tanya soklan kat MV. Hahaha

Sarapan minda bersama blogger eizil

Sarapan Minda Bersama Blogger Eizil, Pakar WordPress

Sebenarnya banyak sangat TIPS dan ILMU berharga yang cikgu kongsikan bersama. Rupa-rupanya dalam masa tak sampai 60 saat pun pakcik gugel dah boleh index artikel dalam blog kita. Itupun kalau dipublishkan lah. Dan kena dengan strategi ya. Kalau kau buat pekasam artikel kau tu dalam draft memang sampai ke sudah la pakcik gugel tak baca.

Whoaaa banyaknya sarapan minda pagi ni. Memang kenyang dan sengkak dibuatnya. Itu baru BASIC belum masuk ilmu ADVANCE tau. InsyaAllah lepas ni boleh follow up dengan cikgu dalam group Whatsapp. Bestnya, siapa yang join sarapan minda hari ni.

Lepas ni kena praktik dan buat je. Cikgu pesan JANGAN percaya, TAPI buat sahaja!

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Nutriwhite Transform Kulit Wajah Bertambah Cantik

Nutriwhite Transform Kulit | Teringat zaman paleolitik dulu pantang betul MV tengok kulit muka kawan-kawan cantik mulalah jadi inspektor conan tanya itu ini. Kau pakai apa eh muka putih melepak, kulit licin bersih bak puteri salju? padahal kita baru jumpa minggu lepas, kulit kau kusam masai macam aku jugak 😱

Tapi disebabkan sifat gelojoh nak CEPAT flawless, gorgeous PUTIH melepak macam snow white, maka TERBELI lah produk MURAH. Memang time beli tu tak sempat nak fikir panjang. Terus sambar satu set penuh. Nampak tak betapa eksaitednya kaum wanita ni bila NAK nampak cantik? 😨

Bila dah lelama pakai, muka pun menunjukkan perubahan HAMPA, mengelupas dan bersalin kulit macam snake. Muka rasa pedih dan perit. Hurmm memang bertabah. Sabarrr je dulu tanggung keperitan tu sebab nak LAWA punya pasal kannnn!

Tapi, kuharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Muka tak shantek pun malah bertambah kusam dan berparut sana sinun ada lah. Jerawat pulak jangan cakap lah, parking sesuka hati tak bayar guna kupon pun. Huarghhh nangesss tepi bucu katil sambil gigit jari ler 😨

Nutriwhite Transform Kulit Saya 100 % TANPA Merosakkan Kulit

Namun itu dulu, sekarang tak lagi. Sebab dah jumpa pooojaan HATIKU gitew. Alhamdulillah memang ohsemmm dan best. Yang lagii penting takyah pening kepala nak menanggung azab derita pedih dan perit macam zaman batu dulu. Shuben MV lah insan pertama yang perahsan perubahan kulit muka nih.

Skin care NUTRIWHITE Pooojaaaan Hatiku!

First in my life selepas cuci muka, tiada langsung kegatalan miang ulat bulu dan muka panas. Ini lah huntongnya menggunakan natural ingredients and NO PARABEN!

Kedua, sebab harganya yang sangat berbaloi dengan kualiti. Satu tiub paling hina pun boleh bertahan 6 bulan lebih. Siapa yang extra suka berjimat, pakai sikit-sikit memang skin care ni sesuai amat untuk korang. Picit sikit, tahan SETAHUN.

Ketiganya, bila guna skin care ni takda kesan berminyak pun ditangan.

Korang mesti tak tau yang bahan-bahan didalam Nutriwhite ni adalah hasil Gabungan 16 jenis ramuan botani dari 16 buah negara. Boleh imagine tak betapa gigihnya saintis jepun dan U.S tu menjalankan R&D dan mencari ramuan terbaik untuk produk skin care ni?

MV tau korang mesti dah tazzzabar nak tau apa yang ada dalam produk Nutriwhite ni kan?

Nutriwhite Transform Kulit

  • Daily Defense Whitening Essence
  • Gentle Action Make-Up Remover
  • Gentle Deep Foaming Cleanser
  • Overnight Renewal Whitening Cream
  • Soothing Radiance Whitening Softener
  • Spot Whitening Treatment
  • Ultimate Protection Whitening Lotion

Nutriwhite Transform Kulit menjadi Lebih Segar dan Cantik

Mesti korang tertanya-tanya kan macam mana Set Penjagaan Kulit Nutriwhite ni bertindak kan..??Meh kita tengok cara nya.

Nutriwhite Transform Kulit

Korang cer tengok wajah ibu muda Puan Lyana Hisham ni, nampak tak kulit mukanya yang sangat gojesss dan flolesss tu? Beliau memang dah lama amalkan set penuh Nutriwhite ni. Cer bayangkan kalau korang pulak yang ambik fullset? Mesti kalah #JannaNick kan 😀

Nutriwhite Transform Kulit

Mahal ke set Nutriwhite Shaklee ni? Kalau nak diikutkan, mana-mana produk skincare yang terbukti berkesan memanglah harganya MAHAL. Apa salahnya melabur sikit untuk kecantikan diri untuk suami ke, kan bagus macam tu..🙂

Dengan pelaburan full set Nutriwhite ni, kita akan dapat:

  1. Tujuh (7) produk yang exclusive
  2. Keahlian Shaklee secara PERCUMA
  3. Rebat Tunai yang akan dibayar semula pada pertengahan bulan berikutnya
  4. Pembelian dengan kadar harga ahli yang jauh LEBIH MURAH untuk next purchase (untuk kesemua produk Shaklee)
  5. Peluang untuk buat bisnes (sekiranya berminat)

Korang yang sedang mencari the best skin care in the world, PLEASE try this. MV confirm korang akan PUAS HATI!

Hah, taknak ker? JANGAN tunggu! Dapatkan sekarang juga.

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Sental Whitehead dan Blackhead Punca Jerawat

Sental Whitehead dan Blackhead Punca Jerawat | Dush Dush Dush to JERAWAT!👊👊👊 Runsing kan korang bila jerawat buat persinggahan kat muka? Tambah lagi bila jerawat merah bernanah tersembul naik belum kira jerawat yang besar gedabak lagi tu.

Sental Whitehead dan Blackhead Punca Jerawat Naik

Tak lengkap rasanya kalau MV tak sental muka dengan Gentle Action Makeup Remover  yang ohsemmm ni sebelum lelapkan mata setiap malam.

Sental Whitehead dan Blackhead Punca Jerawat

Korang perasan tak dalam bulatan gambar kat atas tu ada gentelan berwarna hitam?. Haa, ambik kauuu! banyak gilurrr kotoran yang melekat di muka. Eeeee yaksss. Itulah sel mati yang dah BERJAYA disental keluar!

Dia punya kepuasan lepas menyental tu sangat speechless. Kulit terasa licin bak puteri salju gitewww, habis tertanggal semua whitehead dan blackhead kat muka. Phewwww.

Cara guna? Tak susah. Boleh pakai time muka kita kering dan basah. Just ambil sedikit Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover ni, dan sapukan pada wajah, sental whitehead dan blackhead macam nak scrub muka tu.

Makeup remover ni jenis gel yang likat dan pekat. Bila tenyeh kat muka, dia serap sekali lebihan minyak pada muka. Habis dia ‘tapau’ semua.

Lepas dah puas hati, barulah cuci muka. Nak lagi bersih, sambung pulak cuci muka dengan Gentle Deep Foaming Cleanser!

Actually dulu MV pun feeling muka bersih amat. TAPI selepas TERPAKSA guna makeup remover ni, baru laa MV tersedar dari lamunan. Rupanya kulit kita ni memang terdedah dengan kotoran yang sebesar zarah hanya nampak dengan mikroskop tu.

Syukur laa Makeup Remover nih boleh pakai hari-hari sebab ianya 100% semulajadi. Tak menghakis kulit pun. Cuma dia hakis kotoran jerrr.

Siapa yang nak rugi beli produk yang tak berbaloi kan?. Sudah la tak berkesan, muka makin menggerutu macam kulit buaya. Oh NO!. Yang paling tak best, setiap bulan kena keluar duit poket beli skin care yang baru. Membazir je kan?

Yang pastinya MV nak habaq kat korang yang Makeup Remover ni tak macam produk yang lain taww. Tiubnya besaq gedabak. JIMAT duit poket tiap bulan!

Sental Whitehead dan Blackhead Punca Jerawat Tumbuh Melata

Sebenarnya whitehead dan blackhead ni lah punca jerawat tumbuh melata berleluasa di muka kita. Plus dengan kita yang memang kurang menjaga kebersihan kulit wajah. Sebab itulah, digalakkan menggunakan makeup remover sebelum tidur.

Korang mesti tak menyangka ada produk yang boleh menyental whitehead dan blackhead dengan mudah. Nutrien semulajadi yang hanya ada dalam paten tertunda WhiteN-16. Produk ni adalah kombinasi nutrien daripada 16 buah negara. Gabungan pakar saintis di Jepun dan U.S taw. Memang tak jumpa kat night market pun.

Sental Whitehead dan Blackhead Punca Jerawat

Ramuan yang utama dalam Gentle Action Makeup Remover ni:

  1. Tunas pokok Bic yang menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan pengelupasan.
  2. Aloe Vera yang menyegarkan dan menegangkan kulit

Produk ni sangat TULEN, hanya bersumberkan ALAM SEMULAJADI dan TERBUKTI keberkesanannya.

Korang pastinya akan feeling lain macam sebabnya ia akan bertindak dalam 5 cara

  1. MENCEGAH kesan mudarat UV
  2. MENGURANG penghasilan pigmen hitam
  3. MENYEKAT pemindahan pigmen hitam
  4.  MENCERAH warna kulit
  5. MEMPERBAHARUI sel mati

Sental Whitehead dan Blackhead Punca Jerawat sampai dah merajuk tak nak singgah di muka lagi!

sental-whitehead-dan-blackhead-punca-jerawat

Nampak tak..nampak takkkk?

Tak cayerr ler tew! TRY dulu baru hangpa taw betoiiiiii ke dak 😊

Jerawat pun dah majuk takmo singgah lagi dahhh. Yeayyy! Memang besttt sangattt 👍

Rugi tak CUBA tawww! DAPATKAN sekarang juga.

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Kenapa Air Kencing BERBUIH? Normal atau Tanda Penyakit?

Kenapa Air Kencing BERBUIH | Pernah tak korang perasan ada buih dalam air kencing setiap kali ke tandas? Keadaan ni normal ke atau petanda sesuatu penyakit?

Air kencing ni dianggap sebagai salah satu petunjuk kesihatan seseorang. Sebarang perubahan dalam ciri-ciri yang biasa boleh memberi isyarat sesuatu yang luar biasa dalam sistem badan kita. Dan salah satu perubahan luar biasa adalah pembentukan buih dalam air kencing.

Adakah NORMAL keadaannya bila air kencing berbuih?

Air kencing berbuih ini mungkin boleh terjadi hasil daripada beberapa perkara. Kemungkinan ianya berlaku selepas kita membersihkan tandas menggunakan bahan pencuci. Dan, air kencing kita tu bercampur dengan baham kimia pencuci tersebut. Namun, jika perkara ni masih berterusan kita perlu berjumpa pakar untuk menjalani ujian air kencing bagi menilai masalah kesihatan.

Kebanyakan kes air kencing berbuih adalah normal tanpa sebab yang serius.

KENAPA air kencing berbuih, adakah ianya normal atau abnormal?

Buih dalam air kencing yang NORMAL berlaku dalam keadaan seperti berikut:

(1) Dehidrasi

Keadaan badan kita yang dehidrasi akan menyebabkan air kencing untuk kelihatan lebih gelap dan lebih pekat. Ini sering menyebabkan berbuih yang terdapat air kencing.

(2) Kehamilan

Sesetengah wanita hamil mengalami pembesaran saiz saluran darah. Sebab itu, ada protein yang terlepas masuk ke dalam saluran air kencing. Namun begitu, kandungan protein didalam air kencing wanita hamil sangat minima.

Jika terdapat kandungan protein yang berlebihan, kemungkinan wanita hamil mengalami masalah komplikasi kehamilan. Protein didalam air kencing boleh menyebabkan air kencing berbuih.

(3) Mengamalkan/Mengambil makanan tinggi protein

Jika seseorang mengamalkan pengambilan protein atau suplemen yang tinggi protein untuk tujuan menaikkan berat badan atau pembesaran otot.

Keadaan ini menyebabkan protein berlebihan yang dikumuhkan dalam air kencing dan boleh menyebabkan air kencing berbuih. Sejumlah besar protein dalam air kencing yang tidak normal ini dipanggil proteinuria.

Keadaan ABNORMAL air kencing berbuih pula berlaku apabila:

(1) Jangkitan Saluran Kencing

Sekiranya bakteria memasuki pundi kencing dan berlaku jangkitan saluran kencing (UTI) , maka air kencing akan berbuih. Ini kerana, kuman yang berada didalam saluran air kencing melepaskan gas yang menyebabkan kencing berbuih.

Manakala tanda air kencing kotor pula ialah air kencing berbuih semasa membuang air kecil seiring dengan rasa ngilu dan pedih melampau. Pemeriksaan air kencing perlu dijalankan untuk mengetahui samada jangkitan kuman atau masalah buah pinggang.

kenapa air kencing berbuih

 (2)  Pengambilan protein secara berlebihan

Ini boleh berlaku selepas senaman yang extreme, pengambilan makanan yang berlebihan atau makanan tambahan protein dan penyakit yang merosakkan buah pinggang seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

(3) Masalah buah pinggang

Buah pinggang menyediakan penapisan penting dalam darah dan menghasilkan air kencing sebagai hasil daripada proses itu. Apa-apa penyakit atau keadaan yang memberi kesan kepada buah pinggang boleh menyebabkan air kencing berbuih.

Kenapa Air Kencing  Berbuih dikaitkan dengan Masalah Penapis Buah Pinggang?

Protein dalam darah biasanya tidak keluar dalam air kencing kerana mereka dikawal selia oleh glomeruli buah pinggang. Walau bagaimanapun, jika glomeruli (penapis) buah pinggang ini bocor maka ia boleh menyebabkan protein ditapis keluar ke dalam air kencing. Air kencing berbuih adalah ciri-ciri yang mempunyai jumlah protein yang berlebihan dalam air kencing.

Kebocoran protein dari 5 gram kepada 0.15 gram dalam masa SEBULAN!

Ini adalah perkongsian Puan Niza Soffe yang menghidap penyakit IgA Nephropathy (Berger’s disease), iaitu keradangan buah pinggang. Beliau mengalami bengkak kaki dan muka serta kebocoran protein sebanyak 5 gram ke dalam air kencing.

kenapa air kencing berbuih

Selepas konsisten dengan vivix yang diamalkannya sebanyak 2 kali sehari, bacaan protein yang keluar melalui air kencing hanya 0.15 gram sahaja berbanding sebelumnya 5 gram. Doktor pun terkejut selepas pemeriksaan urine test dan blood test yang dibuat.

Treatment cyclo yang dicadangkan oleh doktor sebanyak 8 kali juga terpaksa DIBERHENTIKAN selepas 3 kali rawatan atas sebab result yang memberangsangkan.

kenapa air kencing berbuih

Alhamdulillah setakat ini sudah banyak tindak balas positif yang kami terima selepas pengguna mengamalkan vivix dengan konsisten. Asbabnya mereka makin sihat namun yang menyembuhkannya tetap yang DIATAS.

JANGAN percaya tapi CUBA dulu sekiranya korang pun ada masalah yang sama seperti pengguna kami. Gerentiii berbaloi-baloiii, insyaAllah.