Author Archives: noriza rahman

About noriza rahman

mommavogue, noriza shaklee, shaklee malaysia, shaklee bandar baru bangi, shaklee kajang, shaklee putrajaya, shaklee semenyih, shaklee bangi, pengedar shaklee,blog shaklee, set bersalin, set breastfeeding, set sendi, masalah kolesterol, kolagen shaklee, jana pendapatan dari rumah, side income shaklee, work at home mom, kerja dari rumah, WAHM, buat duit, bisnes online, shaklee online.

Amalan Berpantang Selepas Bersalin Yang boleh dan Tidak Boleh Dilakukan

Amalan Berpantang Selepas Bersalin

amalan berpantang selepas bersalin

Amalan Berpantang Selepas Bersalin | MV teruja nak bercerita dengan anda semua amalan berpantang ni sebab baru 2 hari lepas kawan MV selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Sebelum ni pun seminggu sebelum raya, MV terima seorang anak saudara lelaki. Turn MV pula tak tahu la bila.  😉

Selepas melahirkan pastinya keterujaan menjadi seorang ibu itu sangat tinggi. Setiap kelahiran pastinya berbeza-beza antara setiap anak. Dengan keterujaan ini sudah pasti ia akan membawa anda ke arah dua keadaan yang  berbeza. Samada anda pulang ke rumah dengan badan yang amat letih ataupun sebaliknya.

BERKAITAN : Berpantang Secara Moden

Jom MV Berkongsi Amalan Berpantang Selepas Bersalin yang boleh dan tidak boleh dilakukan untuk panduan ibu-ibu diluar sana

#1. JANGAN jadi superwoman

Jika anda seorang yang memang multitasking, sudah tiba masanya untuk melepaskan ‘title’ itu buat sementara waktu. Menjaga bayi dan mendapatkan rehat yang cukup sahaja akan membuat anda sibuk setiap hari. Biarkan suami membantu melakukan kerja-kerja rumah.

Semuanya boleh ditangguhkan KECUALI jika ia memerlukan perhatian segera. Jangan melakukan apa-apa aktiviti yang berat seperti menyapu sampah.

BERKAITANPengalaman Berpantang TANPA Jamu

#2. JANGAN pergi ke gym

Badan anda masih belum bersedia untuk senaman berimpak tinggi untuk beberapa minggu.

Walaupun kebanyakan ibu-ibu biasanya boleh bergerak bebas dalam masa dua minggu melahirkan anak, adalah lebih baik menghadkan diri kepada aktiviti berimpak rendah. Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi ramai ibu-ibu untuk melibatkan diri dalam senaman yoga semasa tempoh berpantang ini.

BERKAITAN : Komplikasi Sewaktu Berpantang

#3. Seks? TIDAK!

Selepas melahirkan anak sudah pastinya otot-otat dan urat saraf masih lagi terasa sangat sakit. Hubungan seksual perlu sebaik-baiknya hanya disambung semula selepas tempoh enam minggu jika boleh – ia yang terbaik! Ini juga memerlukan sokongan dari pihak suami.

#4. Aamalkan PEMAKANAN dan NUTRISI yang Berkhasiat

Kajian telah menunjukkan bahawa pemakanan yang baik dengan sokongan moral yang baik menghalang perubahan emosi dan dengan itu dapat mengurangkan kemurungan selepas bersalin.

#5. Minum AIR Secukupnya

Air yang cukup penting untuk mengepam keluar toksin dan membantu dalam penghadaman dan penyingkiran. Pengambilan air yang cukup juga membantu memudahkan pengeluaran susu ibu.

BERKAITANBengkak Susu Ketika Berpantang

#6. Dapatkan URUTAN selepas bersalin

Manfaat urutan adalah sepuluh kali ganda. Berurut bukan sahaja dapat membebaskan tekanan, melegakan sakit-sakit pada bahu dan leher, membantu rahim mengecut kepada saiz asal dan mengurangkan selulit tetapi ia juga membuatkan ibu terasa segar. Jika anda bersalin melalui pembedahan, boleh hadkan urutan kepada bahagian yang tertentu sahaja.

#7. Dapatkan REHAT yang secukupnya

Penyusuan akan mempengaruhi hormon badan si ibu. Kadangkala membuatkan si ibu tidak cukup rehat dan tidur. Sebab itu, bila bayi dah tidur ibu pun digalakkan untuk ‘catnapping’ untuk mengembalikan tenaga segera.

Sekiranya anda mencari Set Berpantang Shaklee. Nak ramping selepas bersalin. Nak rasa fully breastfeed. Nak rasa bertenaga sepanjang berpantang. Dan nak rasa kulit cantik gebu untuk baby dan ibu. Inilah set yang terbaik untuk anda. Sekiranya anda membuat pembeliat Set Postnatal Health, YES Wellness Pack dan mendaftar kealian, anda bakal menikmati diskaun 5% dari harga AHLI dan PERCUMA sebotol Vita-lea.

amalan berpantang selepas bersalin

Nikmati kedatangan si manja anda dan berehat dengan baik!

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

Belian terus ke laman Shaklee

Runsing Masalah Haid Tidak Teratur?

Runsing Masalah Haid Tidak Teratur

Runsing Masalah Haid Tidak Teratur | Mungkin ada wanita pertengahan hingga lewat 20-an secara tiba-tiba mengalami masalah haid tidak teratur. Ada pula wanita yang hanya datang haid tiga bulan sekali dan kadang-kadang setahun sekali. Nak kata hamil tak pula, nak ke arah menopaus pun tak juga. Jadi apakah tanda ini?

Apabila haid tidak teratur, ini mungkin menandakan yang hormon di dalam badannya adalah tidak seimbang dan ovulasi tiap-tiap bulan tidak berlaku seperti sepatutnya.

Mungkin anda tak tahu definisi haid tidak teratur ni kan? Jom MV berkongsi ilmu dengan anda, mana tahu ada wanita yang sedang membaca entry ni runsing masalah haid tidak teratur yang dialaminya sekarang. Mungkin anda boleh merujuk kepada poster kat bawah ni

Runsing Masalah Haid Tidak Teratur

Apa yang menyebabkan haid tidak teratur?

Terdapat beberapa sebab mengapa seorang wanita mempunyai haid yang tidak teratur menurut National Institute of Child Health and Human Development (NICHD) :

  1. Dibetes yang tidak terkawal – Wanita yang menghidap diabetes dan tidak dikawal mungkin mempunyai haid yang tidak teratur kerana interaksi antara tahap gula dalam darah dan hormon boleh mengganggu kitaran haid wanita menurut sumber American Diabetes Asociation.
  2. Makan tidak teratur – Wanita dengan keadaan seperti anoreksia atau bulimia mungkin mempunyai haid yang tidak teratur atau tidak dijawab kerana tubuh mereka tidak menghasilkan dan beredar hormon yang cukup untuk mengawal kitaran haid
  3. Hyperprolactinemia – Wanita yang mempunyai terlalu banyak hormon prolaktin dalam darah mereka boleh mempunyai haid yang tidak teratur.
  4. Medications – ubat-ubatan tertentu, termasuk anti-epileptik dan antipsikotik-boleh menyebabkan haid yang tidak teratur
  5. Sindrom ovari Polycystic PCOS – disebabkan oleh hormon seks tidak seimbang, yang boleh mengganggu kitaran haid

Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor sekiranya Anda Runsing Masalah Haid Tidak Teratur ini?

Ia mungkin masa untuk anda berbincang dengan doktor jika:

  • Tidak mengalami haid selama 90 hari
  • Haid tiba-tiba menjadi tidak teratur
  • Haid yang lebih kerap daripada setiap 21 hari
  • Haid yang kurang kerap daripada setiap 35 hari
  • Haid berlangsung lebih daripada seminggu
  • Haid menjadi luar biasa
  • Ada pendarahan semasa haid
  • Haid amat menyakitkan

Anda Runsing Masalah Haid Tidak Teratur dan Mencari Penyelesaian Secara Semulajadi?

Ini adalah cadangan dari MV untuk anda cuba sendiri. MV juga pernah runsing masalah haid tidak teratur selepas bersalin. Tetapi sebab MV menggunakan implanon untuk merancang keluarga, dan MV datang haid selepas buang implanon so itu dikira kes terpencil sikit.  🙂

  1. Diet – Amalkan pemakanan rendah lemak seperti minyak ikan, betik dan avokado. JANGAN makan makanan yang telah diproses terlalu banyak. Juga elakkan makanan berkafein dan tambahkan sumber protein untuk seimbangkan hormon dalam badan.
  2. Pengambilan Zat Besi – Kandungan zat besi yang rendah didalam darah akan mengurangkan aliran haid kerana zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah
  3. Pengurusan berat badan – Pastikan berat badan ideal
  4. Elakkan tekanan
  5. Pengambilan jus – Jus anggur, lobak merah dan bitter gourd setiap hari membantu menstabilkan semula kitaran haid
  6. Kunyit – Pengambilan secara konsisten akan membantu menormalkan semula organ pembiakan yang merangsang aliran haid.

Seandainya anda tengah mencari suplemen, MV cadangkan Garlic Complex, GLA Complex dan Alfalfa Complex.

Runsing Masalah Haid Tidak Teratur

Untuk meyakinkan anda, MV kongsikan testimoni pengguna yang runsing masalah haid tidak teratur ini.

Runsing Masalah Haid Tidak Teratur

“…Ramai yang cakap normal untuk ibu yang menyusukan baby. Tapi risau juga dalam hati saya ni. Sehingga bulan lepas saya langsung tak period. Kiranya saya tak period lebih dari 6 bulan. Risau juga kalau-kalau hamil. Banyak kali test kehamilan, tetapi tak hamil. Sepanjang bulan lepas saya konsisten makan GLA Complex selama sebulan. Alangkah terkejutnya saya 30/6 saya period. Suami pun terkejut..”

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

Belian terus ke laman Shaklee

Ramai Teruja dengan Keistimewaan Astaxanthin

Ramai Teruja dengan Keistimewaan Astaxanthin

Keistimewaan Astaxanthin | Setiap hari kalau MV menonton Jom Singgah atau Wanita Hari Ini mesti tengok segmen tajaan. MV suka tengok pengusaha makanan kesihatan berlumba-lumba mempromosi produk mereka. Dalam banyak-banyak tu ada la produk yang menggunakan Astaxanthin sebagai kandungan utamanya. Beria promoter tu menerangkan tentang keistimewaan Astaxanthin ni.

Astaxanthin adalah salah satu kumpulan pigmen semulajadi yang dikenali sebagai karotenoid. Ada 2 kelas karotenoid; caroten dan xanthophylls. karotin utama (α-carotene, β-karotena dan lycopene) terdiri daripada hanya karbon dan hidrogen, manakala xanthophylls (lutein, zeaxanthin, β-cryptoxanthin dan astaxanthin) mengandungi oksigen.

Keistimewaan Astaxanthin 1

Keistimewaan Astaxanthin dan kenapa kita memerlukannya?

  • 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C
  • 800 kali lebih kuat dari CoQ10
  • 550 kali lebih kuat berbanding Vitamin E
  • 40 kali lebih kuat daripada Beta-karotena
  • 17 kali lebih baik daripada ekstrak biji anggur
  • Astaxanthin boleh sampai ke setiap bahagian sel badan, organ serta kulit, selain melindunginya daripada kerosakan oksidatif
  • Mempunyai aktiviti antiperoksidative membran yang kuat
  • Mengelakkan kerosakan DNA
  • Mengurangkan kesan penuaan
  • Menghindarkan dari penyakit kronik seperti kanser, diabetes, sakit jantung dan lain-lain
  • Makanan tambahan utama untuk kesihatan mata dan mencegah kebutaan.
  • Meningkatkan sistem imun

Mudah ke nak jumpa Astaxanthin ni, Shaklee ada ke?

Tahukah anda sebelum wujudnya Vivix, CarotoMax® merupakan vitamin yang sangat popular dalam mencegah dan merawat kanser. Sifat antioksidan yang sangat tinggi dalam CarotoMax® ini berupaya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

Keistimewaan Astaxanthin

CarotoMax® bukan sahaja mengandungi Astaxanthin tetapi juga 5 jenis karotenoid penting yang lain:

  1. Astaxanthin – Pigmen di dalam alga dan fitoplankton yang memberikan warna oren merah ikan salmon. Shaklee menuai karotenoid astaxanthin daripada mikroalga laut, sumber yang poten dan tulin. Melindungi kerosakan oksidasi LDL.
  2. Alpha Carotene – Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan.
  3. Beta Carotene – Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Mempertingkatkan sistem imun, mengurang risiko kanser usus, payudara dan prostat.
  4. Lycopene – Bersifat antioksidan, menghalang penuaan organ. Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun. Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.
  5. Lutein – Menyekat katarak, AMD (age-related muscular disease), glaukoma.
  6. Zeaxhanthin – Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks.

Keistimewaan Astaxanthin

Anda mendapat kesemua manfaat ini dengan cara yang lebih mudah. Hanya telan 1@2 kapsul CarotoMax® setiap pagi, dan anda mampu mengharungi pelbagai aktiviti hidup sepanjang hari dengan ceria, sihat dan aktif!

Jom dapatkan CarotoMax® hari ini, cantik dan sihat harus seiring.

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

Belian terus ke laman Shaklee

Kuah Rojak Mak Bee Memang Sedap!

Kuah Rojak Mak Bee Memang Sedap

Kuah rojak Mak Bee memang sedap | Susah nak dapatkan kuah rojak buah yang sedap di bandar ni kan? paling sedap kuah rojak MAK BEE ni la yang MV pernah makan, kedah mai noh. Rasanya memang sedap sangat penuh dengan kacang tu. Makan saja macam tu pun dah sedap wehh 😉

Malam semalam ada pasar malam area seksyen 16, Bangi. So, MV terasa pula nak mencicah buah jambu tak da biji dan buah epal hijau dengan kuah rojak Mak Bee ni. Punya la nak cepat tak sempat nak terus cari buah magga uda. Kalau dapat buah mangga muda lagi la sedap. Amboi, meleleh-leleh air liur ni sambil taip entry.

Cuba tengok gambar kat bawah ni :

Kuah Rojak Mak Bee Memang Sedap

Inilah dia kuah rojak Mak Bee tu.. RM5.50 ja. MV terjumpa di kedai runcit kat kawasan rumah MV ni. Senang la, tak payah susah-susah nak kena pergi ke Bukit Gantang beli. Ada yang pernah makan juga? macam mana?. Suka tak?..

Jambu Batu dan Kuah Rojak Mak Bee memang sedap! Layan

Dan jangan tak percaya anak MV, Rania dan Humaira pun mengikut sama cicah jambu dengan kuah rojak ni, favourite depa dua la ni. Siap jilat bibir lagi kalu makan, menikmati sungguh.

Kuah Rojak Mak Bee Memang Sedap

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Tengok kakak makan tu, dengan penuh tekun kot.  🙂

Dah siap makan semua, maka wajibla MV telan 5biji Alfalfa Complex untuk detox pula. Baru la perut tak terasa sebu sangat.

Selamatkan Duit Raya Anak kepada Pelaburan Emas

Selamatkan Duit Raya Anak kepada Pelaburan Emas

Selamatkan Duit Raya Anak kepada Pelaburan Emas | Banyak juga anak-anak dapat duit raya tahun ni, syukur Alhamdulillah. Rasa nak tukarkan jadi emas Public Gold la. Lagi bagus. Terjaga juga duit anak-anak tu

Tapi macam mana ya nak beli emas tu? Ha, mungkin anda pernah terbaca, sama ada di facebook atau di website, tentang cara nak beli emas Public Gold. Ada orang yang promosikan simpan melalui Gold Accumulation Program (GAP). Ada juga yang suruh order je dekat website Public Gold. Ada juga yang offer beli dengan dealer Public Gold terus.

MV dah lama follow ejen PG Mohd Zulkifli ni dan berkesempatan bertemu beliau dan isterinya pada bulan Februari yang lepas. Banyak perkongsian yang bermanfaat untuk MV timbangkan bila nak buat pelaburan ni. Tapi, sampai la 2 hari lepas baru MV terbuka hati nak ‘tukar’ duit raya anak-anak menjadi pelaburan emas.

Beli melalui akaun GAP

Selamatkan Duit Raya Anak kepada Pelaburan Emas

MV menghubungi Puan Najdah, isteri kepada En.Mohd Zulkifli dan mohon bantuannya untuk uruskan pembelian pertama. Masa beli tu harga LBMA RM147/g, so dapat la MV beli 2g untuk anak-anak. Selepas urusan pembelian yang diuruskan oleh Pn Najdah selesai, MV akan menerima email dari pihak Public Gold dalam masa 48 jam. (Sila rujuk pada imej di bawah) 😉

Selamatkan Duit Raya Anak kepada Pelaburan Emas

Untuk pembelian GAP akan datang, MV boleh bank in terus ke akaun PG mengikut langkah yang diberikan oleh Pn. Najdah.

#1 – Bank in Duit
—————-

Bank in duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my.

No akaun 5571 3923 8048 (Maybank), Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

(Harga disemak sehari sekali jam 12.00mlm)

#2 – Emailkan Slip Bayaran
————————-

Emailkan slip byrn ke gap@publicgold.com.my dan cc kepada najdah3881@gmail.com utk memudahkn najdah follow up PG (jika perlu)

(Slip bayaran tu simpan baik2 untuk rujukan masa depan)

#3 – Whatsapp Maklumat
———————

Whatsapp maklumat ke 017-4866 916, taip;

PGxxxxxx BELI GAP RMxxx (Tarikh & Masa yg tertera di Slip Bayaran)

a. Nama penuh
b. No ic

(Maklumat lain tak perlu sebab dah ada dalam rekod PG)

#4 – Tunggu GAP Statement
————————-

Tunggu PG emailkan GAP Statement dalam masa 2 hari bekerja. Kalau tak terima juga statement tu, bagi tahu najdah untuk najdah follow up dgn PG.

(Bila2 nak keluarkan atau ambil emas tu, datang di office PG tunjuk i/c je)

Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Untuk persoalan tentang prosedur tambah lagi simpanan GAP, atau cara nak jual balik GAP tu, boleh baca panduan yang dalam artikel Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold.

Alhamdulillah, selamat dah duit raya anak-anak MV. Ini juga untuk masa depan mereka. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit  😎