Author Archives: noriza rahman

About noriza rahman

mommavogue, noriza shaklee, shaklee malaysia, shaklee bandar baru bangi, shaklee kajang, shaklee putrajaya, shaklee semenyih, shaklee bangi, pengedar shaklee,blog shaklee, set bersalin, set breastfeeding, set sendi, masalah kolesterol, kolagen shaklee, jana pendapatan dari rumah, side income shaklee, work at home mom, kerja dari rumah, WAHM, buat duit, bisnes online, shaklee online.

Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal

Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA kos yang Mahal

Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat | Rembesan sebum yang berlebihan oleh kelenjar minyak adalah punca utama di sebalik masalah ini. Jerawat biasanya berlaku di muka, leher, belakang dan bahu. Walaupun keadaan tidak begitu kritikal, namun jerawat boleh membuat seseorang merasa down kerana penampilan mereka.

BERKAITAN : Kenali Tahap Kesihatan Melalui Kedudukan Jerawat

Umumnya, semua wanita pasti akan bahagia jika seseorang mengatakan padanya betapa cantiknya penampilan dan wajahnya. Maka tidak hairan la jika ramai wanita menggunakan pelbagai cara untuk kelihatan cantik dihadapan semua orang.

Untuk kelihatan cantik tidak semestinya memerlukan kos yang mahal, tetapi kita dapat memanfaatkan bahan-bahan semulajadi disekitar kita untuk menjaga kecantikan kulit wajah dan tubuh. Selain itu, kita juga tak perlu menghabiskan banyak waktu untuk melakukan perawatan di salon kecantikan kerana, untuk menjadi cantik semulajadi, anda sebenarnya boleh melakukan perawatan sendiri dirumah.

Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat dalam Tempoh Masa yang Singkat.

kaedah semulajadi menghilangkan jerawat

MV kongsikan dengan anda petua yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat.

Aspirin. Yang ini adalah satu rawatan anti-radang dan ia boleh menjadi langkah yang mudah dan murah untuk mengurangkan jerawat. MV rasa ramai dikalangan kita mempunyai ubat ini di rumah kan? Kaedah paling mudah untuk menggunakan aspirin untuk merawat jerawat adalah untuk mencampurkan 3 bahagian air suam dengan 1 bahagian Aspirin.

kaedah semulajadi menghilangkan jerawat

Aloe Vera. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian yang ada jerawat. Aloe vera mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan keradangan jerawat.

Ubat Gigi. Ubat gigi mengandungi bahan-bahan yang mengeringkan jerawat. Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air suam.

kaedah semulajadi menghilangkan jerawat

Bawang putih. Bawang putih mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi, anti-virus, anti-bakteria serta anti-kulat. Potong bawang putih kepada 2 bahagian. Gosok bawang putih pada jerawat dan biarkan selama lima minit sebelum mencuci kulit dengan air suam.

BERKAITANBawang Putih Penyembuh Semulajadi Jerawat

kaedah semulajadi menghilangkan jerawat

Steam. Wap membantu untuk membuka liang. Lebih-lebih lagi, ia menghalang liang pori daripada tersumbat selain ia menyahtoksin dan melembapkan kulit.

Timun. Timun dikenali sebagai ubat anti-radang. Gabungkan timun parut dengan beberapa sudu kecil jus lemon. Selepas itu sapukan pada kulit untuk sepuluh minit.

Lemon. Penggunaan jus lemon, yang kaya dengan vitamin C. Jus lemon membantu jerawat kering lebih cepat. Gunakan jus lemon segar dan bukan jus didalam botol yang mempunyai bahan pengawet.

Tea Tree Oil. Teh minyak pokok adalah sangat baik untuk merawat jerawat. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria yang membantu melawan bakteria yang menyebabkan masalah-masalah kulit. Tambahan pula, ia mempunyai sifat menenangkan yang membantu mengurangkan kemerahan dan keradangan jerawat.

kaedah semulajadi menghilangkan jerawat

Kulit Kayu Manis. Campuran serbuk kulit kayu manis dan madu untuk membuat masker membantu membuang kekotoran yang berlebihan dari kulit. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih selepas 10-15 minit. Amalkan 3 kali seminggu.

Credit : acnebestwaytogetridof & top10homeremedies

Jika guna rawatan secara semulajadi ini juga tidak menjadi, MV cadangkan anda tambahkan suplemen Shaklee untuk kulit wajah licin dan berseri tanpa jerawat. Rawatan semulajadi memang bagus, cuma kesannya mengambil masa untuk direalisasikan.

Selamat mencuba!

Ketahui Kepentingan Komponen B-complex

Kepentingan Komponen B-complex

Kepentingan Komponen B-complex | Kita sering mendengar kepentingan vitamin B, terutama B12 dan sesetengah B complex yang lain. Kita juga sering diberitahu bahawa Biotin baik untuk rambut dan kuku begitu juga kepentingan mendapatkan asid folik yang cukup untuk wanita. Tetapi jarang kita ketahui kepentingan komponen B-complex secara detail kan?

Kepentingan Komponen B-complex

Secara ringkan, vitamin B memberikan kebaikan kepada badan kita termasuklah:

  1. Menukarkan makanan kepada tenaga
  2. Membentuk sel darah merah
  3. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  4. Mengurangkan atau menghapuskan gejala PMS
  5. Mengurangkan anemia
  6. Mengurangkan kemurungan.
  7. Mencegah kecacatan kelahiran

BERKAITANKekurangan Asid Folik Punca Berlakunya Kecacatan Spina Bifida

kepentingan bcomplex

Terdapat lapan jenis vitamin B dan produk yang baik mempunyai semua lapan dalam bentuk yang seimbang.

  • Vitamin B1 (thiamine)
  • Vitamin B2 (riboflavin)
  • Vitamin B3 (niasin)
  • Vitamin B5 (asid Pantothenic)
  • Vitamin B6 (pyridoxine)
  • Vitamin B7 (biotin)
  • Vitamin B9 (asid folik)
  • Vitamin B12 (cobalamins)

Semua 8 komponen B-complex ini adalah penting untuk metabolisme manusia, pertumbuhan, pembiakan, kesihatan, selera makan, fungsi normal saluran pencernaan, kestabilan saraf dan pembentukan sel darah.

B vitamins are competitive in the body. B vitamins must be taken together in a balanced, complex form in order for your body to use them correctly. Taking 1 or 2 of the B supplements alone can throw off your metabolism. 

credit : hellawellafoodnhealthhealthylife-healthyplanet

Kepentingan Komponen B-complex Yang Perlu Diketahui

Kepentingan Komponen B-complex

Setiap vitamin B adalah penting untuk fungsi badan tertentu.

  1. B1 (thiamine) untuk fungsi otot, saraf dan jantung
  2. B2 (riboflavin) untuk  pertumbuhan dan pengeluaran sel-sel darah merah.
  3. B3 (niasin) membantu mengawal sistem saraf dan penghadaman
  4. B5 (asid Pantothenic)B12 (cobalamins) untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal
  5. B6 (pyridoxine) menyokong sistem imun dan membantu badan dalam mogok protein
  6. B7 (Biotin) telibat dalam pengeluaran hormon
  7. B9 (asid folik) membantu sel-sel membuat dan mengekalkan DNA

Ok! anda dah tau tentang kepentingan Vitamin B Complex ni kan? Jika anda sedang mencari vitamin B-complex sebagai nutrien penting untuk kulit cantik berseri, jom dapatkan B-Complex with Folic Acid Shaklee!

Ada tak testimoni keberkesanan B-Complex ? For surela ada kan.. 😉

Kepentingan Komponen B-complex

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

Jom Jadi Ahli Shaklee Sempena Program YES Shaklee!

Jom Jadi Ahli Shaklee Sempena Program YES Shaklee

Jadi Ahli Shaklee Sempena Program YES Shaklee | Apa YES ni?. Ini adalah Young Entrepreneur System yang dilancarkan Shaklee dan terbuka untuk ahli baru yang MENDAFTAR sebagai ahli Shaklee bermula Mei sehingga Oktober 2015 sahaja.

Jadi Ahli Shaklee Sempena Program YES Shaklee

PELUANG MENJADI JUTAWAN!

Young? Untuk orang muda sahaja? Bukan, Young itu bermaksud ahli baru yang masih muda dalam business Shaklee, masih hijau lagi bak kata Mr.Kelmen

Menerusi program YES ini Shaklee dengan berbesar hati menawarkan 5 insentif hebat untuk semua peserta yang mendaftar ahli Shaklee sejak Mei 2015 lalu.

Ini dia 5 Jenis Insentif yang ditawarkan dalam program YES

  • PERCUMA 1 botol Vita-Lea Multivitamin pertama di dunia sempena 100 tahun usia VitaLea Shaklee.

Untuk jadi ahli Shaklee, anda perlu membayar yuran keahlian seumur hidup berjumlah RM80. TETAPI RM80 yang anda bayar itu sebenarnya seakan-akan ‘dipulangkan semula’ kepada anda kerana setiap keahlian baru akan dapat percuma Vita-lea yang berharga RM88.75 sebotol. Ibarat anda join ahli secara PERCUMA sahaja, malah anda lagi untung RM8.75!

  • 4 pakej Set promosi YES Wellness Pack Shaklee yang paling hangat di pasaran dengan harga 5% diskaun tetapi UV point yang banyak.

Jadi Ahli Shaklee Sempena Program YES Shaklee

  • Hadiah tunai berganda (gandaan 100%) untuk peserta yang memenuhi syarat 100% bonus matching point. Contohnya anda layak menerima bonus tunai RM600, tetapi melalui program YES ini Shaklee membayar anda RM600 + 100% iaitu bersamaan RM1200 pada bulan ini.
  • Pendapatan tunai bulanan extra 10% sehingga 50% setiap bulan selama 13 bulan. Contohnya bulan May anda layak menerima pendapatan tunai sebanyak RM1000, tetapi melalui program YES ni Shaklee akan membayar anda RM1000 + 50% iaitu bersamaan RM1500 pada bulan ini.
  • Hadiah tunai sehingga RM18,000 untuk peserta program YES yang berjaya FOLLOW dan DUPLICATE sistem ini dengan cemerlang dalam tempoh 13 bulan.

Jadi Ahli Shaklee Sempena Program YES Shaklee

Gempak kan program YES Shaklee? Inilah masanya bagi yang sedang mencari-cari pendapatan tambahan, mencari peluang perniagaan dan yang mengimpikan menjadi JUTAWAN dalam masa terdekat untuk merealisasikan impian anda! Program YES semestinya akan memudahkan lagi laluan anda!

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian YES WELLNESS PACK secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉 Kalau NAK DAFTAR AHLI sila gunakan ID 882633 sebagai introducer anda.

esell-shaklee-logo-500x351

Kekurangan Asid Folik Punca Berlakunya Kecacatan Spina Bifida

Kecacatan Spina Bifida

Kecacatan Spina Bifida | MV terdetik untuk menulis tentang tajuk ini apabila membaca satu artikel tentang bahaya kekurangan asid folik ketika hamil. Selalu dikaitkan dengan neural tube defects iaitu kecacatan spina bifidaanencephaly dan encephalocele.

Kecacatan Spina Bifida

Bagi ibu hamil, MV pasti ianya bukan sesuatu yang asing kan? Spina bifida bermaksud “sumbing tulang belakang”. Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarak diantara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna. Ianya berlaku dibahagian bawah tulang belakang dan jarang berlaku dibahagian atas.

Jenis‐jenis Kecacatan Spina Bifida

Kecacatan Spina Bifida

a) Spina Bifida Occulta
Saraf tunjang adalah normal. Hanya sebahagian kecil tulang yang tidak bertaup. Lapisan kulit yang menutupi kecacatan ini juga adalah normal.

b) Meningocele
Sebahagian dari meninges lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna.

c) Myelomeningocele
Sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang terpisah.

Apa yang menyebabkan kecacatan Spina Bifida?

Ada yang mengaitkan kecacatan Spina Bifida disebabkan oleh faktor genetik dan juga persekitaran.

Jika seseorang itu mempunyai saudara terdekat (ibubapa, adik-beradik), mereka juga ada risiko 5 hingga 10 kali ganda berkemungkinan akan mempunyai bayi yang dilahirkan dengan spina bifida.

Kecacatan spina bifida juga berkait rapat dengan pengambilan folat (asid folik) oleh wanita sebelum dan semasa mengandung. Oleh sebab itu, wanita yang merancang untuk hamil perlu mengambil makanan dan suplemen asid folik.

Kecacatan Spina Bifida

Awas! Bahaya Kekurangan Asid Folik Ketika Hamil.

Kajian telah menunjukkan bahawa jika semua wanita yang mengambil multivitamin dengan asid folik setiap hari sebulan sebelum hamil dan tiga bulan pertama kehamilan, berupaya mengurangkan risiko terhadap kerosakan tiub saraf dan kecacatan spina bifida sehingga 72 peratus.

Credit : The Sydney Children’s Hospitals Network

Kecacatan Spina Bifida

Bila Perlu Ambil Asid Folik?

Sebaiknya asid folik diambil seawal 3 bulan sebelum hamil. Jadi sekiranya anda merancang untuk hamil ambillah asid folik dalam diet harian bagi mengelakkan kecacatan spina bifida ini. Pengambilan asid folik harus diteruskan sehingga habis trimester pertama. Namun, jika anda ingin teruskan sehingga di akhir kehamilan pun tidak menjadi masalah kerana asid folik sangat bagus dalam menambah kepekatan darah dan mengelakkan anemia sewaktu hamil.

Kecacatan Spina Bifida

Nak tahu asid folik pilihan MV? Pastinya MV memilih Vita-Lea® Iron Formula dan B-Complex Shaklee kerana ianya lengkap dengan 8 komponen penting Vitamin B, termasuk 100% biotin dan sudah semestinya folic acid! B-complex ini juga mempunyai kadar penyerapan bioaktif means ianya lebih mudah diserap oleh badan.

Oleh itu, merancang kehamilan sangat penting dan melengkapkan diri dengan bekalan asid folik amat perlu. Pengambilan asid folik yang banyak tidak menjadi racun tetapi pengambilan yang kurang boleh menjejaskan pertumbuhan bayi.

So bakal ibu, jangan lupa pengambilan asid folik harian anda. Better safe than sorry!

Perbezaan Pengalaman Bersalin Normal dengan Ceasarean

Ada Perbezaan ke Bersalin Normal dengan Ceasarean ?

Perbezaan Bersalin Normal dengan Ceasarean ? | Anda dah baca pengalaman MV melahirkan anak secara pembedahan? Adakah anda juga ibu yang perlu melalui caesarean section utnuk melahirkan bayi? Siapa kata ibu bersalin secara caesarean tak hebat? Tahniah! anda memang wanita HEBAT!.

Apa yang dirasai semasa dan selepas pembedahan tidak sama antara satu sama lain. Ada orang yang menanggung sakit tetapi ada orang yang tidak langsung berasa sakit kerana mendapat ubat penahan sakit yang kuat. Namun, ada perkara yang kita sama iaitu berpantang selepas kelahiran pembedahan.

Bersalin Normal dengan Ceasarean

Pengalaman bersalin ceasarean section (C-sect) sebenarnya antara yang selalu cuba dielakkan oleh setiap wanita yang akan bergelar ibu. Bagi yang pernah melaluinya, pasti membayangkan…

  • Tidak boleh berbengkung
  • Tidak boleh berurut
  • Perut lambat susut
  • Luka lambat sembuh
  • Tempoh kehamilan seterusnya agak lama

MV melahirkan puteri pertama secara C-sect di Hospital Serdang dan puteri kedua secara normal di Hospital Perlis. Setelah melalui kedua-dua pengalaman bersalin normal dengan caesarean ni, dapat MV simpulkan beberapa perkara.

Bersalin Normal dengan Ceasarean

Ini anak sulung MV lahir secara pembedahan

Antaranya pengalaman berpantang setelah melahirkan secara normal lebih mudah dibandingkan dengan pengalaman berpantang setelah bersalin secara caesarean.

bersalin caesarean

Bersalin anak kedua secara normal..

Post-natal 
Tak boleh bangun lepas bersalin C-sect. Perut kena pegang, rasa bergoyang-goyang. Nak angkat badan dari baring pun takut sebab sakit. Kena bangun mengiring dan mesti kena pegang sesuatu. Kalau bersalin normal, cepat ja MV bangun, malahan siap boleh duduk bersila lagi..hohoi. Tapi MV tetap follow amalan berpantang selepas bersalin yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Bengkung
Bersalin normal hanya sakit di bahagian luka perinium sahaja, jadi tiada masalah nak berbengkung selepas kelahiran dari perut ke kaki pun. Bersalin C-sect tidak boleh berbengkung 2 minggu selepas kelahiran kerana luka pembedahan di perut masih baru. Kalau pakai bengkung pun jenis yang kat perut saja. Macam MV memang pakai Premium Beautiful, simple.

Bersalin Normal dengan Ceasarean

Menyusukan anak
Posisi menyusukan anak lepas dibedah memang tak sama macam ibu bersalin normal. Sebab perut kan. Kena mengiring je boleh. Nak pangku tak berani, terletak kat perut yang baru lepas kena lapah tu, naya la. Tapi, kalau bersalin normal, tak kisah la nak buat posisi macam mana sekalipun janji selesa sudah.

Buang air besar
Masa bersalin C-sect dulu memang takut nak ke toilet, takut perut yang kat dalam terbuka..Punya la penakut MV ni..Tapi kalau bersalin normal relax ja MV nak ke toilet pun sebab luka perineum tak banyak.

Pemakanan semasa berpantang
Nak luka cepat sembuh? Orang dahulu kala kata, makan jeli gamat, pati harun kan? Sebab itu MV pulun makan pati ikan haruan POLLENEY. Tak tahu pula yang itu applicable untuk ibu bersalin normal sahaja. Kalau bersalin C-sect, kena elakkan sebab khuatir organ lekat dan keloid [ke´loid] tumbuh kat bekas jahitan tu. Kalau makan pati ikan dan gamat ni, ibarat kita memaksa sel-sel kulit bercantum secara tidak semulajadi.  Inilah yang berlaku pada MV, parut operate memang tak cantik langsung. Nanges kalau tengok.  😥

Berpantang
Masa MV berpantang normal jika pantang makan 44 hari ja, pantang bersama 100 hari kan. Tapi masa bersalin C-sect, dua-dua MV pantang 100 hari! Dan angkat berat memang pantang sampai bila-bila. Bahaya sebab ada kes angkat berat, jahitan terbuka!

Zuriat
Kalau bersalin normal memang tiada masalah nak tambah ahli TAPI macam MV ni memang kena jarakkan kehamilan, sekurang-kurangnya 2 tahun untuk bagi luka & jahitan sembuh. Tapi dah rezeki Allah nak bagi MV mengandung anak kedua masa anak sulung umur setahun lapan bulan.

Bentuk badan
Semasa MV bersalin normal, memang banyak kelebihan. Boleh berbengkung jawa, keretapi, lilit, zig zag, just name it! Dari pinggang ke kaki dibengkung, lepas 44 hari badan boleh cun macam Marion Rose..hihi. Tapi pengalaman selepas bersalin C-sect dulu memang struggle nak turun berat badan,apatah lagi nak bentuk badan persis anak dara dulu. Memang bermimpi di siang hari la.

Kewanitaan
Ada sesetengah ibu yang boleh bersalin normal tapi dia pilih nak bersalin operate atas alasan taknak bahagian sulit tu ‘berubah’. Tapi bagi MV, sama ja pun kalau bersalin normal dengan caesarean ni, bahagian sulit memang akan ada perubahan juga. Yang penting kena pandai ‘maintain’ untuk suami la..

Pesan MV sekiranya anda dah pernah melalui fasa pembedahan caesarean di kelahiran pertama, jangan risau, anda boleh berusaha untuk bersalin secara normal pula di kelahiran akan datang. MV pun pernah melaluinya.

Apapun risiko yang dihadapi, yakinlah dengan kekuasaan Allah..hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Doa dan Tawakkal semoga proses kelahiran kita dipermudahkanNYA.