Author Archives: noriza rahman

About noriza rahman

mommavogue, noriza shaklee, shaklee malaysia, shaklee bandar baru bangi, shaklee kajang, shaklee putrajaya, shaklee semenyih, shaklee bangi, pengedar shaklee,blog shaklee, set bersalin, set breastfeeding, set sendi, masalah kolesterol, kolagen shaklee, jana pendapatan dari rumah, side income shaklee, work at home mom, kerja dari rumah, WAHM, buat duit, bisnes online, shaklee online.

Faedah Protein kepada Tubuh Badan yang Sangat Penting

Faedah Protein kepada Tubuh Badan Kita

Faedah Protein kepada Tubuh Badan | Untuk apa kita perlukan protein? Berapa banyak protein yang kita perlukan? Adakah pengambilan protein yang tinggi selamat untuk buah pinggang kita? Apakah sumber terbaik protein?

Kepentingan Protein kepada tubuh badan kita

Faedah Protein kepada Tubuh Badan

Protein sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan setiap jenis sel dalam badan kita. Pembangunan badan, mengisi semula darah yang hilang, penyembuhan luka dan parut, penggantian sel-sel mati, malah rambut dan pertumbuhan kuku juga memerlukan protein. Protein dalam bentuk enzim, hormon dan antibodi menggalakkan metabolisme yang sihat dan proses fisiologi, serta meningkatkan sistem saraf dan ketahanan badan. Dalam keadaan apabila sumber makanan lemak dan karbohidrat tidak memberikan kalori yang mencukupi, protein akan diproses untuk menjana kalori yang diperlukan oleh badan kita.

Credit : WebMD , pennsylvania beef council & fitness market

12 Keajaiban Faedah Protein kepada Tubuh Badan ~ Makanan Paling Penting Untuk Fat Loss

Faedah Protein kepada Tubuh Badan

  1. Membina otot dan tisu tanpa lemak.
  2. Mengekalkan otot.
  3. Kehilangan Lemak.
  4. Kurang lapar dan pengambilan kalori yang rendah
  5. Lebih mudah hilang lemak dalam diet kalori terhad
  6. Kurang lemak perut
  7. Pembentukan otot yang lebih besar bila digabungkan dengan suplemen protein
  8. Meningkatkan jisim tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
  9. Makanan penting untuk otak
  10. Tidur yang lebih baik
  11. Menurunkan tekanan darah
  12. Menguatkan tisu dan tendon serta cepat pulih dari kecederaan
  13. Jangka hayat lebih panjang dan lebih berkualiti

Credit : Poliquin group

Protein boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun begitu, protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang terlalu tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

So, kita perlukan suplemen protein untuk menampung keperluan protein tubuh badan kita.

Sumber protein pilihan MV sudah semestinya ESP. Protein ESP Shaklee memang terkenal dan TERBUKTI berkesan. Walaupun bersarapan dengan segelas ESP, ianya kekal kenyang sehingga lewat tengah hari. Dan paling penting perut tidak berkeroncong. Minum ESP baru 14g kan, so yang baki tu boleh dipenuhi semasa MV makan tengah hari seperti ayam, ikan, telur dan lain-lain lagi.

Protein ESP shaklee Memang Terkenal Protein ESP shaklee Memang Terkenal

Peluang untuk anda dapatkan penjimatan melalui promosi sempena bulan kemerdekaan dengan belian 1 set (BUY 7 at 6) atau pek kembar ESP (Buy 2 Get 5% less). Sangat berbaloi satu canister boleh tahan 1-2 bulan.

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

Amalan Menjemput Rezeki dengan Zikir Ya Wahhab

Amalan Menjemput Rezeki dengan Zikir Ya Wahhab

Zikir Ya Wahhab | Dulu MV selalu baca tentang solat Dhuha, beristighfar , berzikir , bersedekah dan sebagainya dikatakan dapat menjemput rezeki. Banyaklah kisah yang dibaca bagaimana orang yang kaya berjaya mencapai kekayaan dengan tahajjud, berselawat dan sebaginya. Tetapi jarang sangat MV nak amalkan dengan istiqamah.

Sehinggalah MV ditemukan dengan bisnes Shaklee dan membaca Buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI tulisan Ustaz fathuri Salehuddin. MV beruntung sebab dapat bercakap dengannya sendiri dan beliau cakap mengamalkan Asma’ul Husna ni bukan sekadar indah dilagukan tetapi mengandungi fadhilat yang amat besar. Kita tinggal hanya memilih mana-mana nama yang mahu diamalkan.

Banyak kisah benar bagaimana dalam mencari rezeki usaha dalam bentuk amalan sunat menjadi usaha yang paling utama. Kisah dalam buku ini banyak menyedarkan MV bahawa amalan sunat seperti zikir juga dapat melapangkan rezeki.

Sejak itu MV mula amalkan Zikir Ya Wahhab pada sujud terakhir solat dhuha sebanyak 41 kali. Dan, benar MV rasai sendiri keberkesanannya. Segala pekerjaan yang MV lakukan memang lancar.

Setiap kali selepas solat sebelum berdoa MV amalkan sekurang-kurangnya 300-500x. Alhamdulillah MV pernah amalkan 41000x zikir Ya Wahhab ini dalam masa tujuh (7) hari. Memang kalau yakin dan bersangka baik dengan Allah, pertolongan itu akan datang.

Sebelum mengamalkan zikir dan amalan sunat yang lain rezeki MV sentiasa tak putus, tapi mesti cepat habis. Sekarang ni walaupun rezeki MV sekeluarga ‘sedikit’ tetapi Alhamdulillah, MV rasakan yang ianya sangat cukup, Syukur ke hadrat Ilahi kerana menemukan MV dengan mereka yang berniaga dan menjaga networking dengan Allah.

Baru-baru ini keadaan memang agak sukar untuk MV dan keluarga. Bayangkan hanya suami yang bekerja dan menampung semua liability MV. Tinggal di bandaraya dengan perbelanjaan yang sangat tinggi memang pening kepala nak fikir.

Namun MV ingat pesanan ‘guru’ Shaklee, amalkan zikir ini dan ayat murah rezeki, solat sunat yang lain jangan diabaikan dan sentiasa ingat Allah pasti melapangkan segala urusan kita.

Selang beberapa hari setelah menjadi amalan dan istiqamah, MV sekeluarga diberi rezeki yang agak besar. Subhanallah, Allah Maha Memberi dan Maha Besar.  😥  😥

zikir ya wahhab

Pada 27 Ogos, suami MV dapat invitation untuk interview dari Petronas. Apa yang mengejutkan ialah suami MV tak apply pun, tapi suami MV bekerja satu floor dengan Petronas Team untuk projek Rapid, Pangerang so bos tu minta resume suami untuk satu position yang memang Petronas tengah cari candidate. Kebetulan juga memang suami MV ada experience pasal position tu. Bila dapat tawaran tu memang suami MV menangis syukur, sebab itu impiannya selama ini. Siapa sangka dalam kegawatan ekonomi negara sekarang ni, dengan recession lagi kan?. InsyaAllah jika tiada aral minggu depan boleh dapat result interview tu…

Esoknya suami MV dikhabarkan dengan berita gembira sekali lagi. Alhamdulillah, suami MV dapat email dari Citibank Malaysia yang mentioned RM4xxx telah dikreditkan ke akaun suami. Ianya daripada Sime Darby kerana menjadi introducer untuk pembelian rumah di Nilai Impian. Subhanallah. Memang speechless sangat.

zikir ya wahhab

Jom sama-sama kita amalkan…Ya Allah Ya Fattah Ya Razzaq Ya Wahhab.

Harta dan kekayaan dunia tidak akan salah sekiranya kita menggunakannya untuk jalan ke akhirat. Itulah pentingnya mengejar dunia untuk merebut saham yang banyak di akhirat.

Rebut peluang yang ada untuk kita memperbaiki diri, meningkatkan taraf hidup dan ekonomi keluarga mahupun memelihara nikmat kesihatan yang Allah berikan.

Dengan keadaan ekonomi negara kita yang tidak stabil dan penuh dengan kemungkinan, mari lah kita keluar dari kesempitan wang dan mencari sumber pendapatan tambahan.

Bisnes Shaklee adalah peluang yang terbuka luas untuk sesiapa sahaja yang RAJIN, BERSEMANGAT & YAKIN dengan rezeki Allah.

Jom membina empayar Shaklee dan membantu lebih ramai orang menambah pendapatan keluarga. Kita wajib jadi kaya supaya kita boleh banyak bersedekah, membantu lebih ramai orang yang memerlukan terutamanya ahli keluarga sendiri dan orang di sekeliling kita.

Promosi Sempena Bulan Kemerdekaan Sehati Sejiwa!

Promosi Sempena Bulan Kemerdekaan

Promosi Sempena Bulan Kemerdekaan | Nak tahu Promosi Sempena Bulan Kemerdekaan untuk Bulan September 2015 ni? Ramai yang dah kecoh ni sebab bulan ni promosi ESP beli 7 tapi bayar untuk 6 canister sahaja. Kalau tak suka nak beli banyak-banyak, beli 2 canister ESP pun BOLEH dapat diskaun 5%.

Protein ESP Shaklee memang terkenal dan TERBUKTI berkesan!

  • Promosi ESP beli 7 tapi bayar untuk 6 canister.

Promosi Sempena Bulan Kemerdekaan

Beli 6 x RM159 = RM954 (harga termasuk GST)

Tapi MV jual TIDAK termasuk GST, jadi untuk 6 canister ni anda cuma membanyar
6 canister x RM150 = RM900 dan FREE lagi satu canister..

  1. JIMAT dalam RM300 – bolehlah anda buat simpanan atau buat peruntukan untuk belanja yang lain.
  2. JIMAT RM69 untuk YURAN KEAHLIAN kerana anda LAYAK untuk mendapatkan KEAHLIAN PERCUMA.
  3. JIMAT RM80 kerana anda LAYAK mendapat sebotol Vitalea, multivitamin pertama dunia juga secara PERCUMA.
  4. UNTUNG RM30 kerana anda akan menerima CASHBACK pada pertengahan Oktober nanti terus ke dalam akaun anda 🙂
  • Selain tu, jika anda jika anda tak mahu beli 1 set, boleh dapatkan twinpack ESP dengan diskaun 5%. Ini pun membantu anda berJIMAT.

Promosi Sempena Bulan Kemerdekaan

Harga 2 canister yang masih ade GST pon RM302.10
kalau tak termsuk GST mesti lebih murah dan berbaloi-baloi kan.. hanya RM285 sahaja untuk 2 canister..

  • Promosi YES WELLNESS PACK yang menawarkan 5% diskaun dari HARGA AHLI dan COMPLIMENTARY Sebotol Vita-lea untuk pek Set Prenatal atau Postnatal.

Promosi Sempena Bulan Kemerdekaan

Kalau ahli lama beli dapat FREE sebotol, jika baru nak daftar AHLI boleh dapat FREE 2 botol. Sebotol pun dah RM88.75, cuba darab 2 tengok? Pastinya berbaloi-baloi kan?

ESP ni bukan untuk orang hamil dan berpantang sahaja, suami isteri, datuk dan nenek, seisi keluarga pun boleh consume. Jadi, beli 1 set (BUY 7 at 6) pastinya boleh dapat seorang 1 canister kan????

Tawaran ini akan berlangsung selama 30 hari sahaja: bermula daripada tengah malam Isnin (00:01) 31 Ogos 2015 sehingga tengah malam Ahad (23:59) 30 September 2015.

Buat pesanan anda SEKARANG!

Dapatkan lebih penjimatan jika anda mendaftar ahli dan berpeluang memilki multivitamin TERTUA didunia secara PERCUMA! . Jom SAYA NAK DAFTAR AHLI SHAKLEE SEKARANG!

Promosi Sempena Bulan Kemerdekaan

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

Sindrom Carpal Tunnel Menyerang Pengguna Komputer?

Sindrom Carpal Tunnel 

Sindrom Carpal Tunnel | Kerap sakit dan kebas-kebas tangan dan jari? Sehinggakan nak mengangkat barang pon mudah terjatuh? Atau anda merasa kebas di bahagian tangan iaitu pada ibu jari, jari telunjuk dan sebahagian daripada jari manis? Kalau jawapan anda ialah “ya”, anda mungkin mempunyai masalah Sindrom Carpal Tunnel (CTS).

Apa itu Sindrom Carpal Tunnel?

Menurut National Institue of Neurological Disorders and Stroke, CTS ialah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang.

Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.

Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

sindrom carpal tunnel

Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.

Antara keadaan yang dikaitkan dengan sindrom ini termasuk:

  1. Kepatahan yang berlaku dipergelangan tangan. Ia termasuk kepatahan di tulang ‘Radius’ dan juga tulang-tulang kecil ‘Carpal bones’ yang membentuk terowong pergelangan tangan.
  2. Simen atau plaster yang dipasang bagi merawat kepatahan juga boleh menyebabkan keadaan ini sekiranya ia terlalu ketat.
  3. Sendi pergelangan tangan yang terseliuh juga boleh menyebabkan tekanan kepada saraf ini.
  4. Sebarang ketumbuhan di dalam ‘carpal tunnel’ akan menyempitkan ruang di dalam terowong ini dan menekan saraf
  5. Pesakit yang mengandung
  6. Proses penuaan yang menyebabkan ‘Osteoarthritis’
  7. Masalah hormon pembesaran (‘Growth hormone’)
  8. Masalah penyakit metabolic seperti kencing manis dan gout
  9. Pelbagai penyakit dari kumpulan ‘Connective tissue disorders’ seperti Amyloidosis dan Haemochromatosis
  10. Idiopathic – tiada sebab yang diketahui

Bahaya Sindrom Carpal Tunnel kepada Pengguna Komputer

Sebenarnya, MV sendiri pernah mengalami Sindrom Carpal Tunnel ni. Selalu dengan laptop dan pegang mouse tak betul. MV sering rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti penyapu, telefon atau pen atau semasa bangun dari tidur. Bila ini berlaku MV akan berasa sakit berdenyut pada sendi tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari. Selalunya berlaku selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

Kebanyakan dari pengguna komputer termasuk MV tidak mengambil serius mengenai sindrom ini, yang membahayakan sendi pergelangan kita. Sindrom Carpal Tunnel ini mampu mengakibatkan sendi pergelangan tangan terputus dan tangan tidak akan dapat berfungsi sama sekali.

Jadi, Bagaimana Nak Mengelakkan Sindrom Carpal Tunnel ini?

sindrom carpal tunnel

  • Pilih mouse yang sesuai dengan tangan dan tidak terlalu kecil yang menyebabkan hanya ibu jari dan kelingking yang digunakan. Gunakan mouse yang mudah dipegang dan menyentuh seluruh permukaan telapak tangan.
  • Pegang mouse dengan cara yang betul dan posisi tangan tidak tergantung di atas meja ketika memegangnya.
  • Gunakan papan kekunci dengan betul.
  • Pastikan tangan lurus apabila menggunakan keyboard dan mouse

Pencegahan Dan Kawalan Sindrom Carpal Tunnel (CTS) Dengan Supplemen

Sebagai langkah pencegahan dan kawalan, MV amalkan suplemen yang sangat bagus untuk membantu masalah kebas-kebas dan sakit tangan ini. Antaranya ialah:

1. B-Complex ~ Vitamin B-Complex membantu memperbaiki kecederaan pada saraf, mengurangkan kekejangan otot dan juga membantu mengurangkan tekanan.

BERKAITAN : Ketahui Kepentingan Komponen B-Complex

2. OsteMatrix™ ~ Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

3. Advanced Joint Health Tablet ~ mengandungi glucosamine untuk melincirkan sendi dan saraf. Kandungan aktif ekstrak Boswellia Serrata mengurangkan kesakitan sendi dan menghalang tindak balas kimia dalam otak yang melibatkan keradangan.

BERKAITAN : Sakit Sendi Derita Sepanjang Hayat

4. GLA Complex ~ membantu mengekalkan kesihatan sendi dengan mengrangkan keradangan dan menstabilkan hormon.

JANGAN ANGGAP KEBAS TANGAN TIDAK BAHAYA!

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal

Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA kos yang Mahal

Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat | Rembesan sebum yang berlebihan oleh kelenjar minyak adalah punca utama di sebalik masalah ini. Jerawat biasanya berlaku di muka, leher, belakang dan bahu. Walaupun keadaan tidak begitu kritikal, namun jerawat boleh membuat seseorang merasa down kerana penampilan mereka.

BERKAITAN : Kenali Tahap Kesihatan Melalui Kedudukan Jerawat

Umumnya, semua wanita pasti akan bahagia jika seseorang mengatakan padanya betapa cantiknya penampilan dan wajahnya. Maka tidak hairan la jika ramai wanita menggunakan pelbagai cara untuk kelihatan cantik dihadapan semua orang.

Untuk kelihatan cantik tidak semestinya memerlukan kos yang mahal, tetapi kita dapat memanfaatkan bahan-bahan semulajadi disekitar kita untuk menjaga kecantikan kulit wajah dan tubuh. Selain itu, kita juga tak perlu menghabiskan banyak waktu untuk melakukan perawatan di salon kecantikan kerana, untuk menjadi cantik semulajadi, anda sebenarnya boleh melakukan perawatan sendiri dirumah.

Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat dalam Tempoh Masa yang Singkat.

kaedah semulajadi menghilangkan jerawat

MV kongsikan dengan anda petua yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat.

Aspirin. Yang ini adalah satu rawatan anti-radang dan ia boleh menjadi langkah yang mudah dan murah untuk mengurangkan jerawat. MV rasa ramai dikalangan kita mempunyai ubat ini di rumah kan? Kaedah paling mudah untuk menggunakan aspirin untuk merawat jerawat adalah untuk mencampurkan 3 bahagian air suam dengan 1 bahagian Aspirin.

kaedah semulajadi menghilangkan jerawat

Aloe Vera. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian yang ada jerawat. Aloe vera mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan keradangan jerawat.

Ubat Gigi. Ubat gigi mengandungi bahan-bahan yang mengeringkan jerawat. Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air suam.

kaedah semulajadi menghilangkan jerawat

Bawang putih. Bawang putih mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi, anti-virus, anti-bakteria serta anti-kulat. Potong bawang putih kepada 2 bahagian. Gosok bawang putih pada jerawat dan biarkan selama lima minit sebelum mencuci kulit dengan air suam.

BERKAITANBawang Putih Penyembuh Semulajadi Jerawat

kaedah semulajadi menghilangkan jerawat

Steam. Wap membantu untuk membuka liang. Lebih-lebih lagi, ia menghalang liang pori daripada tersumbat selain ia menyahtoksin dan melembapkan kulit.

Timun. Timun dikenali sebagai ubat anti-radang. Gabungkan timun parut dengan beberapa sudu kecil jus lemon. Selepas itu sapukan pada kulit untuk sepuluh minit.

Lemon. Penggunaan jus lemon, yang kaya dengan vitamin C. Jus lemon membantu jerawat kering lebih cepat. Gunakan jus lemon segar dan bukan jus didalam botol yang mempunyai bahan pengawet.

Tea Tree Oil. Teh minyak pokok adalah sangat baik untuk merawat jerawat. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria yang membantu melawan bakteria yang menyebabkan masalah-masalah kulit. Tambahan pula, ia mempunyai sifat menenangkan yang membantu mengurangkan kemerahan dan keradangan jerawat.

kaedah semulajadi menghilangkan jerawat

Kulit Kayu Manis. Campuran serbuk kulit kayu manis dan madu untuk membuat masker membantu membuang kekotoran yang berlebihan dari kulit. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih selepas 10-15 minit. Amalkan 3 kali seminggu.

Credit : acnebestwaytogetridof & top10homeremedies

Jika guna rawatan secara semulajadi ini juga tidak menjadi, MV cadangkan anda tambahkan suplemen Shaklee untuk kulit wajah licin dan berseri tanpa jerawat. Rawatan semulajadi memang bagus, cuma kesannya mengambil masa untuk direalisasikan.

Selamat mencuba!