Author Archives: noriza rahman

About noriza rahman

mommavogue, noriza shaklee, shaklee malaysia, shaklee bandar baru bangi, shaklee kajang, shaklee putrajaya, shaklee semenyih, shaklee bangi, pengedar shaklee,blog shaklee, set bersalin, set breastfeeding, set sendi, masalah kolesterol, kolagen shaklee, jana pendapatan dari rumah, side income shaklee, work at home mom, kerja dari rumah, WAHM, buat duit, bisnes online, shaklee online.

5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating

5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating | Alhamdulillah, berjaya juga MV mengharungi 5 hari cabaran detoks bersama #gengJDECanggun dan #jomdetoxshakleeways. Mula-mula nak start tu memang macam-macam alasan ada, takut tak sempatla, takut nanti makanan tak sedap la..

Bagi MV la, kalau tak mencuba takkan tahu apa keputusannya, dan juga takkan tahu apa kebaikan detoks ni kepada badan MV sendiri. Sebelum ni memang la amalkan makan vitamin suplemen Shaklee ni setiap hari, namun cara pemakanan tu sangat TIDAK menepati cara yang betul. Asal boleh masuk anak tekak ja MV makan.

Tapi setelah di guide oleh kak cun Tuty Rahiza, memang terasa oh bagusnya makan macam ni, masak cara macam ni, dan makan pula tu sampai 6 kali sehari. Penat tau MV sebab nak kena makan sampai 6 kali ni. hehe

Tak Sangka 5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating

Hari pertama tu memang kami wajib timbang berat badan masing-masing dengan ukur lilit semua. Sebab, kita nak tahu apa kesan setelah kita selepas mengharungi cabaran 21 hari cabaran detoks Shaklee dan Clean Eating ni.

Senamancircuit training setiap Isnin, Rabu dan Jumaat wajib dihabiskan. Kalau siapa yang nak mengelat tu memang rugi la kan. Coach memang tak rugi apa pun. MV buat memang sampai kejang kejung habis betis dan paha ni. Mau taknya urat dah keras dan bersipul-simpul kot..

Selama seminggu ni pula, MV menjalani ibadah puasa sunat sempena bulan Rejab. So, sesambil kita detoks dengan vitamin dan makanan eat clean ni puasa pun bagus juga untuk metabolisma badan kan?

5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating

MV hanya amalkan vitamin detoks DTX Complex, Alfalfa Complex dan Herb-lax sepanjang 21 hari ni. Wajib selfie tau, jadi MV pun terpaksa la ambik juga gambar. Nampak tak betapa tembamnya wajahku walaupun berat badan adalah dalam range BMI yang normal. So, kita kuruskan bahagian muka saja la yea 😎

5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating

Inilah rupa 3 vitamin detoks yang MV amalkan

Nak tengok tak apa yang MV makan sepanjang minggu ni? Walaupun berpuasa tapi bes sangat sebab bersahur dan berbuka makanan semua sedap. Yang penting NO garam, NO gula, NO msg dalam masakan. Yeah!

5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating

Ini hidangan yang MV makan selama 5 hari eat clean

 Memang sepanjang ikut program clean eating ni perut diajar untuk bagi ‘saka’ makan. So, lepas saka tu dah dapat makan makanya MV takkan merapu lagi nak makan jajan atau apa-apa makanan yang tak menyumbang ke arah kesihatan badan MV. Best kan?

5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating

Jom nyahkan toksin dan singkirkan semua toksin dengan mulakan detoks hari ini dan beralih kepada cara memasak yang lebih sihat. Bila kita start berpuasa nanti pun badan dah ready dan senang melakukan ibadan sebab badan dah sihat dan ringan.

esell-shaklee-logo-500x351

21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating

21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating | Hari ni bermula la cabaran MV bersama group Jom detoks Eat Clean bergurukan kak Cun Tuty Rahiza.

3 perkara ditekankan dalam 21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating ni:

  1. Detoks dengan suplemen Shaklee
  2. Makan sedap-sedap sebanyak 6 kali sehari dengan menu Eat Clean.
  3. Bersenam setiap hari.

Sebenarnya kak cun Tuty ni adalah anak didik dari program Eat Clean Cikgu Yun. Kalau nak tahu siapa beliau sila terjah IG @heyitsyunyun ya.

21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating

MV sangat kagum dengan semangat beliau yang dahulunya 120 kg, kini turun berat sebanyak 40 kg dalam masa setahun setengah. Dan beliau masih lagi terus bersemangat menurunkan berat badan beliau sebanyak 20 kg. Hebat!!!

21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating

Ini la coach MV, kak cun Tuty yang pada asalnya 82kg berat selepas bersalin dan beliau bermula pada 78kg untuk batch 8 (bulan Disember) dan berakhir pada 73kg ( Januari) untuk batch 9. Now, dah mencecah ke nombor 69kg dengan mengikuti program Eat Clean ni. Best kan dapat turunkan berat badan dengan clean eating ni?

Siapa cakap nak KURUS terpaksa BERLAPAR?  😎

Portion pinggan 21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating ni macam mana ya?

Sepanjang 21 hari cabaran ni, MV perlu mengisi pinggan secara sihat dengan ;

21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating

  • 1/2 Sayuran bukan berkanji
    Separuh pinggan kita diisi dengan sayur-sayuran nonstarchy, seperti brokoli, kubis, lobak merah, kubis bunga, kacang hijau, salad, dan zucchini.
  • 1/4 Makanan bijirin
    Satu perempat daripada pinggan kita pula diisi dengan gandum atau makanan bijirin, seperti beras perang, kacang hijau, kentang manis, dan roti gandum.
  • 1/4 Protein Lean
    Baki satu perempat daripada pinggan kita pula dengan makanan protein tanpa lemak, seperti ikan, ayam, telur, dan daging tanpa lemak atau produk soya seperti tauhu.
  • Buah-buahan dan / atau Minuman tenusu
    Hidangan buah-buahan, seperti epal kecil, atau satu hidangan tenusu rendah lemak, seperti yogurt tanpa lemak, atau kedua-duanya sebagai pelan sampingan dibolehkan dalam program ni.
  • Lemak sihat
    Kalau nak memasak, disarankan menggunakan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam kuantiti 2 sudu besar sahaja.
  • Air sebanyak 3 liter sehari amat digalakkan. Dan, kalau nak sedap minum air disarankan sediakan air teh hijau atau air infused lemon. Di Shaklee ada cinch tea mix, so lebih senang la nak lengkapkan air 3 liter sehari tu.

Selain Makan Dengan Menu Yang Ditetapkan selama 21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating ni, Perlu Ke Suplemen?

21 Hari Cabaran Detoks Shaklee dan Clean Eating

Agen detoks Shaklee yang terkenal ialah Alfalfa Complex, DTX Complex, Herb-lax, Peppermint-Ginger Plus dan Vivix. Semua produk ini sangat membantu menyingkirkan toksin daripada salur darah, usus dan hati kita.

Paling minimum suplemen apa yang diperlukan?

Sepanjang cabaran ni, MV diwajibkan ada sekurang-kurangnya 3 item dari produk detoks Shaklee. Sebab itu group ini dinamakan #gengJDECanggun singakatan Jom Detox Eat Clean The Shaklee Ways.

MV ambil yang paling minimun iaitu Herb-Lax , DTX Complex dan Alfalfa

37 tahun dah MV hidup, jadi MV menyahut seruan DETOX inni supaya hidup lebih sihat untuk 30 tahun akan datang, insyaAllah.

esell-shaklee-logo-500x351

Cara Mudah Hilangkan Demam dan Selsema TANPA Ubat

Hilangkan Demam dan Selsema TANPA Ubat | Dulu masa MV tak mengenali Shaklee kalau demam dan selsema pasti mencari paracetamol seperti panadol actifastpanadol soluble ataupun Vitamin C soluble kat farmasi.

Paracetamol ni sebenarnya mengurangkan penghasilan tentera-tentera baik dalam badan kita. Kalau tentera pun tiada maka tiada la peperangan kan?

Sebab tu badan kita bila makan paracetamol cepat lega demam. Padahal apa yang terjadi, kalau kuman tu jenis virus biasa saja dia akan singgah berehat di mana-mana nod limfa. Kalau yang jenis ganas, dia akan menyerang organ dalaman kita. Maka, jadilah pneumonia, bronkitis, meningitis dan asma.

Petua hilangkan demam dan selsema TANPA ubat dengan cepat

Kalau anak-anak dan MV demam, kami memang amalkan minum air kosong ni dalam 1-3 liter sehari. Ini bertujuan untuk membersihkan sistem tubuh badan dari kuman. Selain tu, ia juga berfungsi untuk mengelakkan dehidrasi akibat pengeluaran hingus dan kahak yang berlebihan.

Bila dah ada demam ni, batuk dan selsema tu bonus la kan. So, MV suka buat minuman teh halia madu dengan hirisan lemon ke dalamnya untuk memberi kelegaan pada batuk dan sakit tekak.

Anak-anak pula memang digalakkan makan Chewable Vita-C dan juga OmegaGuard.

  • Antibiotik semulajadi Bawang putih

Hilangkan Demam dan Selsema TANPA Ubat

Kalau dah ada batuk tu mesti akan berkahak kan? Anak MV yang kedua ni memang risau sikit kalau dia demam. Jadi MV selalu lah sediakan minyak bawang putih untuk urut dia setiap malam supaya senang dia nak bernafas.

Tidur malam tu, mesti sapu minyak kat tapak kaki dan pakaikan stokin untuk dia.

Style MV pula, memang ambil 2 biji Garlic Complex untuk hilangkan kahak semasa demam dengan cepat. Kalau nak makan mentah memang tak tertelan la sebab bau bawang putih ni sangat kuat.

  • Air asam jawa

MV memang ada stok asam jawa yang banyak kat rumah ni. Selain masakan, inilah gunanya untuk menghilangkan demam dengan cepat. Air asam jawa ni MV gunakan untuk lumur kepala dan badan anak-anak. Sifatnya yang menyejukkan tu membantu menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat.

  • Air Kelapa Muda

Air ni favourite la kalau family MV demam. Selain menyejukkan badan, air kelapa ni pun sebenarnya antibiotik semulajadi untuk melawan virus demam dalam badan kita tu.

Tambahkan Immune Booster Shaklee untuk hilangkan demam dan selsema tanpa ubat dengan cepat

Sejak mengenali Shaklee selama 5 tahun ni, MV dan suami mengamalkan Garlic, Vitamin C dan Zinc untuk meningkatkan sistem imun badan. Anak-anak pula Chewable Vita-C dan OmegaGuard memang menjadi suplemen kegemaran mereka berdua .

“Sistem Imun Anak Lebih Kebal TANPA Ubat”

Dan, kalau demam kami up kan dos dari biasa. Bukan tak percayakan ubat tetapi kalau boleh berikhtiar dengan cara yang semulajadi pastinya itu pilihan utama kami. Sekurang-kurangnya kalau demam, badan kami tak la seteruk seperti orang yang tak ambil vitamin langsung.

Bulan ni pula, mungkin secara kebetulan kita masih lagi dalam cuaca panas yang terik dan pastinya ramai yang kurang sihat kan?

Hilangkan Demam dan Selsema TANPA Ubat

So, MV dengan rasa suka hati mengumumkan promosi BUY 6 at 7 dan juga BUY 2, 5% LESS untuk pembelian Vita-C Plus dan OmegaGuard ni.

Hilangkan Demam dan Selsema TANPA Ubat

Kita boleh jadikan sebagai First Aid kit di rumah sekiranya keluarga kita demam dan selsema ni sebelum dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar kesihatan.

Jom dapatkan HARI INI juga untuk kesihatan diri dan keluarga kita!

esell-shaklee-logo-500x351

Jangan Kerana Bau Ketiak Masam Kita Hilang Kawan

Bau Ketiak Masam | Masalah bau ketiak masam dan bau badan tengik ni tak kira lelaki atau perempuan.

Kita mungkin mengira bau ketiak masam atau bau badan ni sama dengan dengan bau peluh kan?. Padahal, peluh kita sebenarnya tak ada bau pun.

Hish cuba bayangkan kalau bau ketiak kita yang masam tu dekat dengan orang? agak-agak la kan orang sekeliling kita tu nak lari ke nak tunggu? Malu kan..

PETUA MENGHILANGKAN BAU KETIAK MASAM

Sebenarnya bau ketiak masam dan bau badan yang tengik ni adalah disebabkan pengumpulan toksin dalam badan. Toksin boleh berkumpul di mana-mana sama ada di bawah kulit, dalam salur darah, dan pada organ contohnya perut dan usus.

Namun jangan gusar kerana petua orang-orang lama kita banyak yang boleh kita amalkan untuk menyingkirkan segala bau yang kita tak suka tu.

Bahan yang digunakan pun sangat mudah la kita nak temui di dapur rumah tu.

  1. Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
  2. Setiap kali mandi,  gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.
  3. Pengambilan bawang putih yang berlebihan juga akan menyebabkan badan berbau.
  4. Sental ketiak dan badan dengan hampas kelapa sekaligus akan membantu melembutkan kulit
  5. Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.
  6. Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.

Kalau kita rajin dan banyak masa boleh la cuba cara tradisional tu.

Tapi kalau rasa tiada masa nak mandi limau ke nak cari sirih rebus ke, mudah ja, ambil la produk yang menggalakkan detoksifikasi secara semulajadi.

bau ketiak masam
Agen detoks yang terkenal ialah Alfalfa Complex, DTX Complex, Herb-lax, Peppermint Ginger Plus dan Vivix. Semua produk ini sangat membantu menyingkirkan toksin daripada salur darah, usus, dan hati kita.

Perjalanan darah menjadi lancar begitu juga proses perkumuhan oleh organ hati dan usus kita.

Alfalfa membantu usus untuk menyingkirkan toksin dari badan kita

The alfalfa herb is very good at detoxifying and better purifying the blood.

Herb-lax yang mengandungi 9 jenis herna termasuk herba senna membantu proses detoksifikasi dan merangsang tindakan pembersihan yang lembut dan mengurangkan penyerapan lemak.

Senna is a herb that is generally used for its laxative properties

Selain usus, hati juga perlu melalui proses detoks. Produk yang sesuai ialah DTX Complex. Ia mempunyai herba milk thistle yang membantu singkirkan bahan kimia berbahaya dari hati kita.

Hati kita dianggap kilang pemprosesan dalam tubuh kita dan ia menjalankan banyak fungsi kritikal serta regenerasi sel. Ia juga organ yang menapis bahan-bahan kimia yang melalui darah kita.

The active ingredient, or liver-protecting compound in milk thistle is known as silymarin. This substance, which actually consists of a group of compounds called flavonolignans, helps repair liver cells damaged

Peppermint ginger dengan halia dan 4 lagi herba utama sebagai ramuan membantu mengatasi masalah penghadaman dan pencernaan.

Perut Sebu Kurang Selesa dan Berangin

Vivix dengan campuran resveratrol polygonum cuspidatum, muscadine grape dan polifenol, terbukti secara klinikal 10 kali lebih berkesan dari resveratrol sendiri. Ia membantu badan kita detoksifikasi secara keseluruhan.

Gabungan semua suplemen ini ternyata hebat untuk sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan bukan sahaja bau ketiak masam.

Paling digemari ramai untuk menghilangkan masalah bau ketiak masam ni Alfalfa Complex la. Ada banyak testimoni pengguna yang berjaya menghilangkan bau badan mereka selepas konsisten dengan pengambilan Alfalfa.

Testimoni #1.

“Alhamdulillah tak sampai seminggu makan dengan cara yang disarankan, hari ini dia perasan yang badan dia dah tak berbau walaupun berpeluh”

Bau Ketiak Masam

Testimoni #2.

“Suami saya makan 10 biji sehari untuk hilangkan bau badannya yang tengik selepas balik kerja, Alhamdulillah bau badan hilang dalam masa 5 hari”

Bau Ketiak Masam

Tak guna kalau sembur berbotol-botol minyak wangi tapi kita tak bantu untuk flush out toksin tu keluar daripada badan.

Selepas bantu tubuh kita menyingkirkan toksin, badan akan lebih sihat dan segar, masalah bau ketiak masam dan badan berbau tengik tiada lagi dan kita boleh bergerak dengan bebas dan yakin.

Jom DETOX HARI INI JUGA!

Kalau ada kawan-kawan di luar sana yang alami masalah macam ni, sila la cari penyelesaian ya. Kalau nak order Shaklee, klik ja imej kat bawah ni dan order. 😉

esell-shaklee-logo-500x351

1001 Kebaikan Sebiji Lemon , Penyembuh Semulajadi

Kebaikan Sebiji Lemon | Buah Lemon? Masam, pahit dan wangi, itulah buah lemon. Tapi masyarakat kita terutamanya orang Melayu jarang menggunakan buah lemon dalam masakan atau minuman harian kan?

Kita lebih kerap guna limau purut, limau nipis, limau kasturi dan asam jawa sebagai penambah perisa ke dalam masakan kita. Kenapa ya? mungkin sebab harganya yang boleh mencecah rm3.50 sebiji tu, jadi ramai orang tak MAMPU nak membeli.

Tapi tahu tak khasiat sebiji lemon ini mampu membantu menyembuhkan pelbagai penyakit?

Baunya yang harum juga mampu menghilangkan rasa loya di awal kehamilan. Banyak juga orang menggunakan lemon sebagai rawatan kecantikan.

Kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati mengambil buah lemon yang kaya denga asid sitrat dan aromanya yang melegakan dapat memberikan banyak manfaat kepada orang yang minum perahan lemon di pagi hari.

Jom kita korek apakah rahsia kebaikan sebiji Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Sebiji Lemon

Sebiji lemon ini mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, sumber vitamin B, vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.

Selain kaya dengan vitamin dan mineral, lemon juga mengandungi pektin dan sebahagiannya adalah pati minyak limonene, alpha terpinene, alpha pinene, beta penene dan bioflavonoids yang membantu menguatkan dinding-dinding kapilari darah.

Tanpa kita sedar, jus daripada sebiji buah lemon sahaja mampu menyumbang sebanyak 33 peratus daripada keperluan vitamin C dalam kehidupan harian manusia.

Pada masa yang sama, lemon juga dapat merangsang selera, selain melawaskan penghadaman dan menguatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan kekejangan serta memberikan kesegaran secara menyeluruh.

Lemon juga merangsang pengeluaran enzim dan jus pencernaan di selaput nipis di dalam perut yang akhirnya membantu meningkatkan penyerapan zat besi dan kalsium melalui makanan dan suplemen yang diambil.

Kebaikan dan Manfaat Minum Air Lemon Setiap Pagi

Buah lemon yang masam manis memang sedap dibuat minuman.

Kalau nak buat jus lemon, perah dulu jus lemon tu sampai habis. Kulitnya bubuh dalam bekas lain dan tuang air panas ke dalamnya. Sebab apa? Sebab kita nak dapatkan manfaat lycopene dan bukan sekadar vitamin C sahaja.

Bila dah suam baru campurkan ke dalam jus yang diperah tadi. Masa ni kalau nak tambah ais ke air tak kisah dah. Sama juga caranya kalau nak buat minuman ‘iced lemon tea’.

Yang penting jangan campurkan jus yang kita dah perah terus dengan air panas, dikhuatiri hilang vitamin C pula.

Khasiat Sebiji Lemon

Ini MV minum jus lemon suam setiap pagi sebelum sarapan

Kebaikan Sebiji Lemon

So, kita dapat dua kebaikan iaitu lycopene dan vitamin C

Khasiat Sebiji Lemon

Dalam seminggu 2-3 kali MV amalkan detoks dengan campuran lemon+timun+pudina+halia

Mudah sahaja nak sediakan infused water lemon ni. Hanya tambah 3-5 keping timun, separuh limau, dan beberapa tangkai daun pudina untuk 250 ml air ais sejuk. MV tambahkan 1 inci hirisan halia muda untuk rasa ‘pedas’ dalam minuman ni.

Selain menyihatkan badan, jus lemon dan air detoks ni sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang memang sedang dalam proses menurunkan berat badan dan mendetoks badan.

Ha, mesti ramai yang nak KURUS kan? So, apa lagi, jom pi beli lemon buat stok di rumah dan jadikan lemon perisa makanan dan minuman kita setiap hari 🙂