Author Archives: noriza rahman

About noriza rahman

mommavogue, noriza shaklee, shaklee malaysia, shaklee bandar baru bangi, shaklee kajang, shaklee putrajaya, shaklee semenyih, shaklee bangi, pengedar shaklee,blog shaklee, set bersalin, set breastfeeding, set sendi, masalah kolesterol, kolagen shaklee, jana pendapatan dari rumah, side income shaklee, work at home mom, kerja dari rumah, WAHM, buat duit, bisnes online, shaklee online.

1001 Kebaikan Sebiji Lemon , Penyembuh Semulajadi

Kebaikan Sebiji Lemon | Buah Lemon? Masam, pahit dan wangi, itulah buah lemon. Tapi masyarakat kita terutamanya orang Melayu jarang menggunakan buah lemon dalam masakan atau minuman harian kan?

Kita lebih kerap guna limau purut, limau nipis, limau kasturi dan asam jawa sebagai penambah perisa ke dalam masakan kita. Kenapa ya? mungkin sebab harganya yang boleh mencecah rm3.50 sebiji tu, jadi ramai orang tak MAMPU nak membeli.

Tapi tahu tak khasiat sebiji lemon ini mampu membantu menyembuhkan pelbagai penyakit?

Baunya yang harum juga mampu menghilangkan rasa loya di awal kehamilan. Banyak juga orang menggunakan lemon sebagai rawatan kecantikan.

Kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati mengambil buah lemon yang kaya denga asid sitrat dan aromanya yang melegakan dapat memberikan banyak manfaat kepada orang yang minum perahan lemon di pagi hari.

Jom kita korek apakah rahsia kebaikan sebiji Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Sebiji Lemon

Sebiji lemon ini mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, sumber vitamin B, vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.

Selain kaya dengan vitamin dan mineral, lemon juga mengandungi pektin dan sebahagiannya adalah pati minyak limonene, alpha terpinene, alpha pinene, beta penene dan bioflavonoids yang membantu menguatkan dinding-dinding kapilari darah.

Tanpa kita sedar, jus daripada sebiji buah lemon sahaja mampu menyumbang sebanyak 33 peratus daripada keperluan vitamin C dalam kehidupan harian manusia.

Pada masa yang sama, lemon juga dapat merangsang selera, selain melawaskan penghadaman dan menguatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan kekejangan serta memberikan kesegaran secara menyeluruh.

Lemon juga merangsang pengeluaran enzim dan jus pencernaan di selaput nipis di dalam perut yang akhirnya membantu meningkatkan penyerapan zat besi dan kalsium melalui makanan dan suplemen yang diambil.

Kebaikan dan Manfaat Minum Air Lemon Setiap Pagi

Buah lemon yang masam manis memang sedap dibuat minuman.

Kalau nak buat jus lemon, perah dulu jus lemon tu sampai habis. Kulitnya bubuh dalam bekas lain dan tuang air panas ke dalamnya. Sebab apa? Sebab kita nak dapatkan manfaat lycopene dan bukan sekadar vitamin C sahaja.

Bila dah suam baru campurkan ke dalam jus yang diperah tadi. Masa ni kalau nak tambah ais ke air tak kisah dah. Sama juga caranya kalau nak buat minuman ‘iced lemon tea’.

Yang penting jangan campurkan jus yang kita dah perah terus dengan air panas, dikhuatiri hilang vitamin C pula.

Khasiat Sebiji Lemon

Ini MV minum jus lemon suam setiap pagi sebelum sarapan

Kebaikan Sebiji Lemon

So, kita dapat dua kebaikan iaitu lycopene dan vitamin C

Khasiat Sebiji Lemon

Dalam seminggu 2-3 kali MV amalkan detoks dengan campuran lemon+timun+pudina+halia

Mudah sahaja nak sediakan infused water lemon ni. Hanya tambah 3-5 keping timun, separuh limau, dan beberapa tangkai daun pudina untuk 250 ml air ais sejuk. MV tambahkan 1 inci hirisan halia muda untuk rasa ‘pedas’ dalam minuman ni.

Selain menyihatkan badan, jus lemon dan air detoks ni sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang memang sedang dalam proses menurunkan berat badan dan mendetoks badan.

Ha, mesti ramai yang nak KURUS kan? So, apa lagi, jom pi beli lemon buat stok di rumah dan jadikan lemon perisa makanan dan minuman kita setiap hari 🙂

Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma dan Menjejaskan Kesuburan

Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma | Tahun lepas MV bersembang dengan kakak ipar sulung. Masa tu kakak MV baru sahaja melahirkan anak lelaki tunggal mereka (anak ke-5). Mereka berkahwin pada tahun yang sama namun dia masih belum diberi rezeki zuriat. Alhamdulillah mereka ni pasangan yang sangat sabar.

Arwah mama dan ibunya juga berkali-kali suruh dia berubat, ambil jamu, berurut dan bermacam lagi lah ikhtiar yang lain dan memang kakak tu pergi buat even berjumpa dengan Pakar O&G, Dr Hamid Arshat. Namun, mungkin belum rezeki mereka lagi tak dikurniakan zuriat, sedangkan pada pandangan MV, kakak tiada masalah kitaran haid atau pun masalah kesihatan yang lain secara zahir.

Tapi pada masa yang sama MV lihat abang tu memang tak pernah lekang dari mulut dengan rokok. Sehari sampai berbatang-batang rokok dia hisap. Sebut je rokok apa yang dia tak hisap, semua dah pernah try kot.

MV terdetik juga masa tu, adakah mungkin masalahnya pada abang? MV tidaklah mengatakan dengan pasti puncanya daripada abang. Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita berikhtiar. Tapi dalam kes seperti ini, bukan sahaja isteri, malah suami pun perlu usaha memperbaiki taraf kesihatan diri dan amalkan gaya hidup sihat.

Kesan Merokok Pada Kesuburan & Sperma Lelaki

Kajian menunjukkan sebanyak 50 peratus kaum lelaki di Malaysia adalah perokok dan rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma

Kadar nikotin yang tinggi dalam rokok menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat, oleh itu nikotin mengakibatkan masalah erectile dysfunction iaitu mati pucuk.

Asap rokok memberi kesan jangka panjang kerana boleh menyebabkan kerosakan kekal pada sel yang bertanggungjawab menghasilkan sperma, mengakibatkan kurang sperma dihasilkan.

Kajian American State University mendapati sperma perokok lelaki mengalami perubahan yang menyebabkan proses persenyawaan menjadi sukar.

Semua perubahan ini berlaku kerana kandungan bahan dalam tembakau boleh meniru bahan kimia semula jadi badan, iaitu asetilkolin. Asetilkolin ialah kimia yang membawa maklumat ke sel saraf dan ketidakseimbangannya boleh memberi kesan kepada tekanan darah, corak tidur, ingatan, fungsi mental dan aktiviti seksual.

Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma

Jumlah sperma yang sangat kurang

Merokok juga mengurangkan kuantiti sperma. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat galian.

Oleh sebab itu, ada pasangan yang sukar mendapat zuriat kerana masalah kesuburan.

Merokok merendahkan tahap hormon kesuburan diperlukan untuk pembiakan sperma dalam kilang. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka dalam keadaan serius.

Merokok juga mengganggu pergerakan sperma. Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya dapat bergerak dalam kelajuan baik supaya mudah sampai ke destinasi. Ini terhalang akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai tidak cukup untuk berinteraksi dengan ovum bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur semasa proses persenyawaan.

Merokok juga menyebabkan penghasilan sperma abnormal akibat tindak balas bahan radikal bebas daripada bahan kimia rokok.

MV berharap agar maklumat ini dapat membuka minda dan mendorong para suami untuk berhenti merokok.

Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma, Jadi BERHENTI MEROKOK Sekarang!

MV nasihatkan para suami berhenti merokok jika mahu sperma berkualiti dan keluarga tercinta. Kurangkan stress dan ambil masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga.

Apa Kaitan Merokok & Vivix?

Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma

Tahukah kita yang Vivix membantu para lelaki diluar sana lenyapkan ketagihan merokok dengan mudah dan seterusnya berhenti merokok?

Merokok Mengurangkan Kualiti Sperma

Alhamdulillah, akhirnya perokok tegar berhenti merokok dengan Vivix Shaklee. Sebenarnya kunci terpenting untuk berhenti merokok adalah iman dan ketaatan kepada Allah (kerana Allah melarang hambaNya memudaratkan diri), serta kemahuan yang kuat. 🙂

esell-shaklee-logo-500x351

Pilihan Green Smoothies untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Green Smoothies untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi | Oh! Hari baru bulan baru ni cuaca sungguh terik walau pun jam baru menunjukkan pukul 9.00 pagi! Nampaknya sinaran cahaya matahari menerangi seluruh Bangi ni dengan teriknya. Syukur ada juga matahari kan  🙄

Siapa yang suka smoothie? Mesti ramai kan yang suka smoothie, macam MV kalau ke Alamanda, Putrajaya memang suka ke kafe BOOST, MV dan suami berkongsi minum weekend warrior protein smoothies (banana, blueberries, oat, low fat milk, vanilla yogurt, chia seeds and protein booster) , manakala anak-anak suka local favourite juices campuran watermelon dan lychee. Rasanya yang fresh TANPA gula sangat melazatkan.

Smoothies ni sebenarnya boleh dijadikan ‘meal replacement’ yang berkhasiat dan mudah. Mudah sahaja nak buat smoothies ni. Hanya sediakan buah-buahan atau sayuran yang kita nak then blend ja. Kita juga boleh tambah serbuk protein ke dalam smoothie sebagai energy booster.

Sangat elok untuk diet kerana apabila kita diet, kita perlu dapatkan bekalan protein yang secukupnya. Bukan terus tak makan tau.

Smoothies yang sihat juga sebenarnya boleh membantu mengimbangi tahap tekanan darah kita.

Menurut Harvard School of Public Health, kita perlu berusaha untuk mengambil sekurang-kurangnya sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari, tetapi tentu sukar bagi sesetengah orang yang tak suka nak makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk ikut cadangan tu. So, paling senang dan melazatkan buatla smoothies  😉

Menyediakan smoothie yang sihat dengan menggabungkan semua makanan yang baik pastinya memenuhi citarasa kita juga.

Kalau ada dikalangan ahli keluarga kita yang mengalami masalah hypertension ni, kita digalakkan untuk makan makanan TERBUKTI secara santifik untuk turunkan tekanan darah yang kaya dengan potassium, nitrate dan vitamin C kerana ianya boleh membantu melawan kesan natrium pada tekanan darah.

Makanan ini juga boleh membantu mengurangkan risiko kegagalan buah pinggang dan kehilangan mineral tulang dalam badan kita.

Campuran makanan yang kaya dengan antosianin bersama-sama dengan makanan yang kaya dengan nitrat, kalium, dan probiotik adalah smoothie yang sesuai untuk menurunkan tekanan darah kita.

Kebanyakan sayur-sayuran mengandungi pelbagai mikronutrien – vitamin dan mineral, serta sebatian bermanfaat lain. Banyak sayur-sayuran menyediakan sumber yang kaya dengan vitamin C, sejenis nutrien yang membantu mengekalkan tisu penghubung, serta vitamin B penting untuk metabolisme kita.

7 Jenis Green Smoothies untuk tekanan darah tinggi yang boleh diamalkan setiap hari

Selalu kalau minum smoothie, kita letak buah-buahan dan sayuran je kan, tapi kali ini MV nak berkongsi resipi Green Smoothies untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi berserta protein terbaik Shaklee iaitu Cinch® Shake Mix, ESP – Soy Protein Isolate Powder dan Meal Shakes untuk kita amalkan.

“Cinch Shake TERBUKTI Rendah Indeks Glisemik”

Senang je resipinya dan siapa yang ada Shake n Take tu lagi senang, blend semua bahan-bahan, siap dan boleh terus minum!

Strawberry Lemonade Shake:

Green Smoothies untuk tekanan darah tinggi

Mangosteen Energizer:

Green Smoothies untuk tekanan darah tinggi

Vitamin C Booster Smoothie:

Green Smoothies untuk tekanan darah tinggi

Kale Booster Smoothie:

Green Smoothies untuk tekanan darah tinggi

Cinch Strawberry kiwi Smoothies:

Green Smoothies untuk tekanan darah tinggi

Strawberry Banana Shake:

Green Smoothies untuk tekanan darah tinggi

Meal Shakes Chocolate Banana Smoothie:

Green Smoothies untuk mengawal tekanan darah tinggi

Buah-buahan berry seperti blueberry dan strawberry kaya dengan antocyanin serta membantu menyingkirkan natrium dan air yang berlebihan dari badan. Pisang kaya dengan kalium dan nutrien penting yang lain membantu dalam menurunkan darah tahap tekanan. Buah kiwi kaya dengaan vitamin C pula membantu dalam memerangi radikal bebas.

Kale dipenuhi dengan serat dan sulfur yang membantu hati kita sihat dan berfungsi dengan lancar.

Kalau smoothies ini ditambah dengan yogurt, susu (fresh milk, full cream milk atau skim milk) dan badam pasti melazatkan lagi campuran smoothies kita. Dan, untuk rasa lebih kenyang taburkan la flaxseeds atau chia seeds.

Untuk hasil yang terbaik, boleh amalkan minum smoothie ni setiap hari sewaktu sarapan atau snek petang.

Diet hanyalah satu permulaan …

Sudah tentu terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi tekanan darah tinggi.

Ini termasuk aktiviti fizikal, tidur yang cukup, pendedahan cahaya matahari, meditasi dan cara kita mengawal stress.

Namun, paling penting What goes into your mouth pastinya faktor yang sangat mempengaruhi tekanan darah kita.

Terdapat begitu banyak makanan semulajadi yang boleh membantu mengawal tekanan darah kita terutamanya jika kita nak mengelakkan pengambilan ubat-ubatan farmaseutikal untuk tempoh jangka masa panjang.

esell-shaklee-logo-500x351

Masalah Selaput Mata Sembuh Tanpa Pembedahan

Masalah Selaput Mata Sembuh Tanpa Pembedahan | Mata berselaput memang sangat mengganggu penglihatan. Ia kelihatan seperti lemak putih. Masalah selaput mata atau ‘pterigium’ disebabkan oleh pertumbuhan fibriosis yang membentuk selaput nipis dari bahagian putih mata yang berbentuk segitiga dan membesar ke arah kornea.

Masalah selaput mata ni pernah dialami oleh mak mertua MV tahun lepas. Ia menyebabkan penglihatannya semakin kabur dan terpaksa membuang selaput pada mata menerusi pembedahan.

Selepas selamat menjalani pembedahan, MV memberikan sebotol CarotoMax kepada mak untuk mempercepatkan penyembuhan pembedahan tu. Tak sangka pula selepas seminggu, bila buat susulan di klinik, Doktor sahkan saraf mata mak dah kembali ok.

Bagaimana penyakit selaput mata @ Katarak ini Memberi Kesan Kepada Penglihatan?

Protein berkumpul di lensa mata menyebabkan penglihatan kabur kerana cahaya minima yang masuk ke dalam. Pada awalya mungkin tidak disedari kerana ia berlaku secara perlahan.Tapi lama kelamaan ia makin besar dan semakin mengganggu penglihatan.

Sumber : National eye institute

Penyakit katarak atau selaput mata merupakan masalah penglihatan yang paling kerap dihadapi oleh warga emas di seluruh dunia. Proses peningkatan usia dikenal pasti punca penyakit tersebut.

Masalah Selaput Mata Sembuh Tanpa Pembedahan

Kanta mata asal yang jernih bertukar secara perlahan-lahan menjadi keruh menyebabkan pandangan menjadi kabur.

Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit ‘usia emas’ itu menyumbang kepada 48 peratus atau 18 juta penduduk dunia.

Senario yang sama juga turut berlaku di negara ini. Ramai warga emas mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau swasta kerana masalah katarak.

Rata-rata pesakit katarak berusia melebihi 60 tahun. Penyakit ini berlaku secara perlahan-lahan dan biasanya melibatkan kedua-dua belah mata tanpa mengira jantina lelaki atau wanita.

Antara faktor yang menyebabkan penyakit ini adalah kencing manis, pendedahan kepada sinaran cahaya ultraviolet, merokok dan pengambilan alkohol.

Masalah Selaput Mata Sembuh Tanpa Pembedahan

Masalah Selaput Mata Sembuh Tanpa Pembedahan

Happy sangat Bila Boleh beri kesihatan pada mak..

Mak mengalami masalah katarak mata kedua belah menyebabkan penglihatan mak kurang jelas.. Takut Nak menjalini katarak mata saya belikan mak Vivix Shaklee pada 08.02.16

Alhamdulillah mak baru Minum 1/2 botol Vivix, nampak perubahan mata mak terutama sebelah kiri yang bebas dari katarak tersebut.

Bukan Itu Sahaja, mak juga mengalami masalah lutut, Kini lutut mak semakin ok Dan mak tak perlu Kan painkiller untuk hilangkan sakit lutut mak..

Happy sangat, InshaAllah berbakti pada orang tua adalah satu nikmat yang sangat membahagiakan seorang Anak..

Testimoni ke-2

Masalah Selaput Mata Sembuh Tanpa Pembedahan

Mak mengalami masalah katarak dan susah untuk berjalan walaupun bertongkat 4, sendi lutut mak yang sakit menyukarkan pergerakan mak.

Syukur Alhamdulillah, kini mak dah boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat dan boleh solat macam dulu.

Selain set sendi, dah tentulah suplemen terbaik Shaklee iaitu VIVIX

Testimoni ke-3

Masalah Selaput Mata Sembuh Tanpa Pembedahan

“Mak rasa mata makin terang selepas mencuba vivix..macam tak rasa pakai spec pun”

Amalkan karotenoid bagus untuk kesihatan mata kita. Paling mudah amalkan pengambilan CarotoMax, 2 biji sehari.

Carotomax mengandungi 6 jenis karotenoid yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat antioksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold dan lain-lain.

“Antioksidan Berfungsi Melindungi Sel dan Menguatkan Sistem Imun”

Pakar nutrisi juga mencadangkan kita mengambil 5-9 hidangan sayuran dan buahan bagi mengekalkan kepekatan beta karotena di dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan mata, kulit dan mencegah kanser.

Siapa yang belum kenal dengan Vivix Shaklee ni, sila angkat keyboard  😎

Ramuan yang digunakan untuk menghasilkan 1390mg pati botanikal dalam sebotol vivix ni memang mempunyai kuasa antioksidan yang kuat.

Walaupun hanya 150ml sebotol, vivix dapat memberi bekalan antioksidan untuk 1-2 bulan lamanya. Ia hanya memerlukan sesudu kecil sahaj setiap hari.

MV syorkan Vivix ini untuk dihadiahkan kepada mereka yang tersayang terutamanya kedua ibubapa kita.

Tak rugi kita mencuba kaedah alternatif yang bersifat semulajadi kan? Kalau buat pembedahan pun paling murah RM4000 sebelah mata. Kalau beli sebotol vivix baru RM475.

Promosi hebat vivix bulan ini anda akan mendapat:

Masalah Selaput Mata Sembuh Tanpa Pembedahan

Jika hendak mendaftar sebagai ahli, boleh hubungi MV. Jom sama-sama rebut peluang sementara promosi masih ada ni. Tetapi kalau nak beli terus melalui shaklee, anda boleh klik eSell ya  😉

esell-shaklee-logo-500x351

Alhamdulillah, Akhirnya Perokok Tegar Berhenti Merokok

Perokok Tegar Berhenti Merokok | Sudah bermacam iklan di tv memberikan kesan negatif tentang bahaya nikotin dan rokok ni. Namun, berapa ramai yang ambil kisah dan berapa ramai pula yang tak endah langsung?

MV kurang pasti akan kewujudan ubat untuk berhenti merokok. Tetapi, jika mencari penawar untuk mengurangkan ketagihan kepada menghisap rokok ini memang ada. Dari kurang ketagih sehingga akhirnya terus nak berhenti dari jadi perokok tegar.

Akhirnya Perokok Tegar Berhenti Merokok

Seperti abah kawan kita ni yang ambik Vivix sebagai ihtiar. Akhirnya dapat juga berhenti menghisap rokok. .

Alhamdulillah ….tak sangka abah perokok tegar akhirnya tak nak hisap rokok lagi…..bayangkan dari umur 5 tahun dah merokok…akhirnya dapat juga penawar nya.

“Jangan biarkan Rokok Merosakkan Kesihatan”

perokok tegar akhirnya berhenti merokok

Ini adalah kenyataan. Tetapi mengapa vivix? Apa benda didalam sebotol vivix ni?

perokok tegar berhenti merokok

Vivix ialah resveratrol yang kaya dengan polifenol dan mengandungi 4 ekstrat botani yang utama

  • Ekstrak Anggur Muscadine
  • Ekstrak Lobak Ungu
  • Ekstrak Elderberry Eroppah
  • Ekstrak Polygonum Cuspidatum

Bagaimana vivix membantu perokok tegar berhenti merokok?

Banyak kajian yang dijalankan untuk mengetahui kaitan resveratrol dan nikotin ni. Kajian ini dijilidkan dan boleh didapati menerusi US National Library of Medicine National Institue of Health.

studies have confirmed that resveratrol can modulate multiple pathways involved in cell growth, apoptosis, and inflammation. Its anti-carcinogenic effects appear to be closely associated with its antioxidant activity, and thus the use of resveratrol in human cancer chemoprevention, provide a rationale in support of its use.

  1. Vivix menyingkirkan nikotin dari dalam darah, organ dan seluruh badan kita. Apabila kandungan nikotin semakin berkurangan dan tiada didalam darah, maka ketagihan merokok pun akan hilang.
  2. Selain sebagai agen detoks, Vivix juga mengurangkan peningkatan dopamin didalam otak. Dikatakan mereka yang mempunyai masalah ketagihan dengan bahan terlarang seperti nikotin, tahap dopamin dalam neuron otak akan meningkat. Vivix sangat bagus untuk melenyapkan ketagihan merokok dengan mudah.
  3. Vivix juga mengurangkan simptom ‘withdrawal’ bila berhenti merokok. Simptom ni boleh jadi teruk mengikut keadaan badan perokok tu. Sebab tu, bila perokok tegar ni cuba nak berhenti, dia kena macam-macam penyakit, senang cerita badan ‘shocked’ dengan keadaan yang dia tak biasa (tiada sumber nikotin). InsyaAllah, vivix boleh meredakan kejutan badan perokok tu.

“Rokok Terasa Pahit Setelah Mencuba Vivix”

Tidak mustahil perokok tegar akhirnya berhenti merokok sekiranya:

  • Niat dengan disusuli perbuatan
  • Berikhtiar untuk berhenti dengan bersungguh-sungguh
  • Berdoa dengan penuh kesabaran
  • Tidak mudah putus asa
  • Sokongan dan semangat dari ahli keluarga

Jika anda di luar sana gusar bagaimana nak menghentikan tabiat merokok suami atau ayah, anda boleh mulakan dengan mencuba vivix.

Kali ini anda berbelanja untuk HIDUP, bukan berbelanja untuk MATI!

esell-shaklee-logo-500x351