Sistem imun adalah mekanisme pertahanan tubuh terhadap penceroboh asing – seperti virus, bakteria, jangkitan, dan sel-sel kanser. Kita bergantung sepenuhnya kepada sistem imun untuk melawan penyakit dan menjaga kesihatan kita.

Bayangkan apabila sistem kekebalan tubuh kita lemah akibat ‘stress’, tak cukup tidur, kurang zat pemakanan, atau jarang melakukan senaman, kita terdedah untuk dijangkiti virus dan bakteria. Fungsi sistem imun juga akan menurun selari dengan pertambahan usia kita.

Dalam kes-kes lain, sistem imun boleh rosak, menyerang ke tisu badan kita sendiri dan menyebabkan penyakit autoimun seperti arthritis rheumatoid, multiple sclerosis, dan lupus (SLE).

Asid lemak penting (EFAs) telah menunjukkan kesan yang baik terhadap sistem imun. Makanan Tambahan EFAs yang paling penting ialah biji rami (flax seed) dan minyak rami (flax oil) (mengandungi ALA); minyak ikan (mengandungi EPA dan DHA); dan minyak borage, minyak evening primrose atau minyak blackcurrant (mengandungi GLA).

EFAs adalah lemak polyunsaturated yang berfungsi melalui mekanisme kompleks untuk mengawal selia fungsi-fungsi sel di seluruh badan. Sel-sel imun mengandungi jumlah asid lemak tak tepu dalam kandungan membran sel.

EFAs terlibat dalam tindak balas imun, sebahagiannya menghasilkan sebatian hormon yang dipanggil prostaglandin, yang mengendalikan proses selular.

EFAs juga mengawal sitokin, yang dilepaskan dari sel imun sebagai tindak balas kepada kecederaan, jangkitan, atau pendedahan kepada bahan asing. Diet asid lemak juga boleh membantu mengawal selia komunikasi sel dan gen yang terlibat dalam imuniti.

GLA, ALA, EPA dan DHA semuanya boleh memberi kesan yang baik untuk pesakit lupus, penyakit sistem imun yang menyebabkan keradangan pada kulit, sendi, buah pinggang dan otak.

Manfaat Omega-6

Hari ini, MV ingin menyentuh sikit mengenai manfaat omega-6 untuk sistem imun badan kita.

Omega-6 adalah asid lemak penting (EFAs) yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh sebab itu, hanya ada satu cara untuk mendapatkannya iaitu melalui makanan dan makanan tambahan.

Walaupun omega-6 adalah EFA pro-radang, tubuh badan kita masih perlu mengambil kedua-duanya.

Omega-6 telah menunjukkan kepada:

  1. Mengurangkan kesakitan saraf
  2. Kurangkan tekanan darah tinggi
  3. Menyokong kesihatan tulang
  4. Menyokong kesihatan otak

Asid lemak omega-6 dalam bentuk asid linoleik dan ditukar kepada GLA dalam badan.

GLA Complex dari Minyak Borage untuk Rangsang Hormon Prostaglandin

Selain dari makan Vitamin C untuk tingkatkan imun sistem, GLA Complex juga disyorkan untuk menjadi perisai kita.

Mengapa pilih GLA?

Di dalam tubuh manusia, asid gamma-linolenik (GLA) digunakan untuk menghasilkan prostaglandin (hormon yang membantu untuk mengawal selia sistem imun). Ia dapat meningkatkan fungsi metabolik dan memberikan penebatan dalam tubuh untuk membantu berfungsi dengan baik dan bertindak sebagai sistem pertahanan terhadap kuman dan penceroboh.

Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi fungsi prostaglandin. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

GLA boleh didapati di dalam minyak yang berasaskan tumbuhan seperti evening primrose oil, borage oil dan black currant seed oil.

GLA dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

Dalam rangkaian suplemen Shaklee, terdapat suplemen asid gamma-linolenik yang dikenali sebagai GLA Complex. GLA Complex merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

GLA daripada minyak borage lebih 2 kali ganda dari GLA didalam evening primrose oil. Kaum wanita pula sering mencari GLA untuk mengatasi masalah haid tidak teratur. Ibu menyusu bayi yang runsing tak datang haid juga boleh mengambil GLA ni,

Bagaimana NAK ORDER GLA Complex?

Mudah jer, sila whatsapp terus ke sini >>> www.wasap.my/60122050258

 

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

Asid Lemak Omega 6 Rangsang Hormon Prostaglandin untuk Tingkatkan Sistem Imun

6 thoughts on “Asid Lemak Omega 6 Rangsang Hormon Prostaglandin untuk Tingkatkan Sistem Imun

Comments are closed.