Apakah Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung?

Home / Shaklee Products / Healthy Nutrition / Bone Health / Apakah Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung?

Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung

Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung | Sedang enak dibuai mimpi tiba-tiba terjaga dan ARGHHH!!! Kejang Kaki!! Perit sangat kan?

MV memanggilnya tarik mengkarung. Ada juga yang panggil simpul biawak. Tentu ramai dikalangan ibu hamil yang pernah mengalaminya kan?, MV pun tak terkecuali juga.

Mengalami kekejangan kaki semasa hamil adalah perkara yang normal. Biasanya ia kerap berlaku ketika trimester kedua dan ketiga kehamilan.

Kejang kaki berlaku akibat daripada pengumpulan asid dalam serat otot yang menyebabkan otot menjadi kejang terutamanya di bahagian betis.

Selain dari itu kekejangan otot juga boleh berlaku akibat daripada kekurangan kalsium di dalam aliran darah. Kejang kaki semasa hamil tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh mengakibatkan kematian mengejut kepada baby di dalam kandungan.

BERKAITAN : Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil

Apakah Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung?

Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung

Punca-punca kekejangan otot boleh berlaku daripada salah satu daripada sebab atau gabungan sebab kemungkinan.

  1. Perubahan hormon ketika hamil. Penambahan hormon progesterone memberi kesan kepada otot semasa hamil
  2. Bebanan berat dan perkembangan kandungan. Bebanan berat yang semakin meningkat dan perut yang semakin membesar ketika hamil membuatkan otot kaki lebih cepat letih.
  3. Pembesaran uterus. Rahim yang semakin mengembang sejajar dengan perkembangan janin memberikan tekanan kepada salur darah besar pada kaki.
  4. Diet yang mengandungi lebihan fosforus tetapi kurang kandungan kalsium dan magnesium. Kekurangan nutrien seperti kalsium dan magnesium dalam darah akan berlaku apabila bayi mengambil nutrisi yang diperlukan daripada simpanan badan si ibu.

Tips Berkesan Untuk Menghindarkan Kejang Kaki Semasa Hamil

Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung

  1. Berdiri menghadap dinding pada jarak 75 sentimeter (30 inci). Pastikan kaki rata pada lantai, gerakkan tubuh ke depan sambil tangan menahan dinding. Bengkokkan kaki perlahan-lahan.
  2. Regangkan kaki setakat mana yang selesa. Tahan posisi regangan itu selama 30 saat dan biarkan kaki seperti biasa. Ulang dua kali atau hingga rasa sakit mula surut.
  3. Minum susu 2 gelas sehari untuk membekalkan keperluan kalsium badan.
  4. Pengambilan Suplemen kalsium, magnesium dan vitamin D juga digalakkan
  5. Alaskan kaki semasa tidur. Pastikan kaki lebih tinggi daripada badan.

Credit : Mylegcare & momjunction

Sebagai langkah mengatasi kejang kaki ketika hamil, MV mengamalkan OsteMatrix™ sebagai suplemen kalsium selain minum susu. Sepanjang pengalaman hamil dengan consume Ostematrix, tarik mengkarung semakin berkurangan dan hampir tiada semasa hamil anak kedua. Sampai sekarang pun MV amalkannya.

Apakah Kebaikan OsteMatrix™ kepada ibu hamil?

Ibu hamil memerlukan 1000-1200mg kalsium sehari. Kelebihan OsteMatrix™ ni ia mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D. Selain Boron dan Mangan di tambahkan dengan ke dalamnya. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. Vitamin D pula merangsang penyerapan kalsium.

BERKAITAN : Manfaat Boron untuk Kesihatan Tulang

Testimoni OsteMatrix™ membantu ibu hamil mengatasi kaki kejang

Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung

“Sje nk share produk ostematrik..sy nie pregnant 7 bulan..Mmg kerap la, malam2 kne cramp dekat betis n perut yg berulang2 setiap hari..Baru 3 hari amalkn ostematrik 4 bji..mcm x precaya lak..mlm tadi xkena langsung..Walhal hujan lebat n cuace sjuk sangt…”

MV syorkan anda consume Set Healthy Prenatal salah satu daripada YES Wellness Pack yang telah MV war-warkan sebelum ini. Ianya lengkap untuk menyokong kesihatan ibu dan bayi didalam kandungan.

Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung

Anda masih lagi berpeluang mendaftar sebagai AHLI seumur hidup dengan setiap pembelian Set Healthy Prenatal dan menikmati diskaun serta:

  • Mendapat 1 botol Vita-lea for FREE!
  • 1 botol COMPLIMENTARY vita-lea
  • Layak mendapat CASH BACK RM20++

MV sediakan link paling mudah sekiranya anda berminat nak buat belian secara terus ke laman sesawang shaklee..hanya klik pada imej eSell yea 😉

esell-shaklee-logo-500x351

Follow Noriza Abdul Rahman untuk tips kesihatan dan pelbagai lagi kisah menarik pengguna Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke "Join Now' dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at mommavogue.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di mommavogue.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau rawatan kelewatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

21 Comments

Comments are closed.